4.29 pagi. Hm.. sesuai dengan tajuk blog – Pagi Hari di Durham.
Terasa sedikit happy sebab ‘ter’dapat idea untuk research yang tengah buat sekarang nih. Idea nih kurniaan Illahi (In fact, everything is). Kengkadang baca 4-5 kali journal pun tak tentu bleh keluarkan idea baru. Sambil membelek bintik hitam di hidung kat cermin (oops), tetiba ‘ter’dapat idea. Terus tompok-tompok kat cermin tuh berubah menjadi imejan model tiga dimensi aku.
Makan
Aku sudah bosan dengan mi. Sebelum balik Malaysia, 2-3 hari sekali, mesti aku masak maggi goreng. Sekarang dah tak berapa terasa. Roti dengan daging kebab pun aku dah tak berapa rasa nak makan. Sekarang aku rajin meratah ayam goreng yang dicelup tepung, atau ayam roast resipi aku sendiri yang boleh tahan jugak sedapnya. Tak perlu konsep perap. Just gaul-gaul dengan resipi-resipi rahsia (sebab malas nak tulis), dan bubuh dalam oven berkipas selama setengah jam di bawah suhu 180-200, dah siap. Kalau aku masak, pasti satu kitchen tu akan berbau wangi. Nasib baiklah budaya UK ini tak perlu pelawa, dan tak perlu ajak-ajak ayam sekalipun. Jadi aku tak perlu rasa bersalah kerana makan sorang-sorang.
Wii
Sejak kebelakangan nih aku agak rajin bermain game. Sama ada Dragon Ball Budokai Tenkaichi atau game baru yang aku beli – Dancing Stage Hottest Party yang lebih kurang sama macam Dance Dance Revolution itu. Dragon Ball punya game ada story mode, dia imbas balik dari waktu abang Goku datang dan culik Gohan sampai abis Dragon Ball Z. Aku sekarang baru lepas kalahkan Fliza, kira tak masuk lagi part yang Cyborg 19 & 20 datang.
Uh, those sweet time where Dragon Ball the comic was a hit..
Jumaat
Ada orang Malaysia kat sini yang jual nasi minyak kat masjid lepas solat Jumaat. Bagus betul. Malam Jumaat lepas, sebelum tido, aku dah terfikir, ‘leganya hari ini.. lepas Jumaat bleh beli makanan kat masjid’.
Oh, Durham agak tidak best dari segi makanan. Walaupun Durham Uni lebih berprestij dari Brunel yang aku buat Master dulu, tapi kat Brunel ada kedai ayam goreng. Malas-malas, bleh pergi beli situ. Kat sini, ada la jugak Pizza King, tapi ayam goreng dia tak best, dan kedai dia buka pukul 5 petang. Sigh.
That’s it.. rawak di pagi hari.
P.S: Tengah menunggu subuh, pastu tido terus. Sekarang subuh dah masuk pukul 5.05. Tengah bulan depan dah dalam 4.14 camtu. Hari dah semakin panjang. Bak kata Kak Nur dalam post baru dia, “cuaca nya sudah agak panas, sudah 10 degree”. Aku angguk setuju sebelum aku baca komen anak murid dia yang pelik bila dia cakap 10 degree tuh kira panas. Ah, darn, kitorang sudah terkena sindrom orang UK. 10 degree itu panas. Ah, abis la kena pancung kalau cakap kat Malaysia camni. Ahaks
tetiba nak makan ayam goreng radix…nyumymy …
Gi gi. Gunakan masa yang ada sebaiknya untuk makan benda-benda yang takleh nak dapat dah nanti.
am, im having prob.. i dah tak leh nak tulis blog entri i sembarangan sebab i pasal orang lain yang akan baca and terasa. sedangkan before this i damn write what ever i want to. but now, i dah jadi takut. i dah tak jadi emmy.
yaya… 10degree sudah boleh dikira panas. keluar rumah pakai sweater biasa, takperlu jaket tebal
10 degree tu 10 darjah celcius la kan? over tau kata panas! kat terengganu nih dah cecah 32 darjah celcius okehhhhhhh!!!!!! *mode tak puas hati*
ps yg takde kena mengena sangat ngan entry: Am, movie drangonball depa cakap tak best sebab laki yg blakun jadik goku tu omputih yg tak seperti goku. Akak tak minat goku..minat trunks..gagagagga!
Emmy, no wonder why you havent updated ur blog for so long. Perhaps you can start writing somewhere on blogger.com and make it a private blog just for your friends by invitation. Sounds cool?
Mahadi, haha. Say it to Kak Dijah’s face:D
Kak Dijah, ala ala, Kak Dijah tak cecah lagi benua tuh. Nanti kalo dalam blog Kak Dijah ada cakap 10-15 degree tuh panas, saya akan ajak Mahadi mengeji bersama-sama (bleh tak camtu?)
Oh, diorang bagi orang putih sebab nak bagi pasaran barat la tuh. Tapi saya tengok ok jer..
Lutfi, jom main Wii Sports!! Kita lawan tenis~~ aku dah Pro level 2000 XD
Fariz, internet connection kat asrama tertutup, Wii aku takleh connect online
Haha… betul tu alien mulut besar.. Kt Malaysia skrg mmg agak panas. Sumtime bleh cecah sampai 36 darjah celcius.
Oh..maksud aku nanti la, side-by-side..nak main online susah, aku pun takde Wii ni XD
Good…
selamat mencoba recipe2 baru…dgn oven baru…
mudah-mudahan tiada lagi seperti “tragedi sambal telor” itu…
ngeeeeeee…
Good…Am…
selamat mencoba recipe2 baru…dgn oven baru…
mudah-mudahan tiada lagi seperti “tragedi sambal telor” itu…
ngeeeeeee…
bintik hitam aka BLACKHEADS??? EWWWW…..
and to Emmy, I actually relate to what she expereinced..sbbb when I was in a bank, I didn’t know that the whole Affin Islamic was reading my blog..including Deputy CEO! erm..luckily I didn’t bash anyone..more about my self-struggling je le..it can be a hinder bila kena constraint x leh tulis apa kita nak kat blog sbb org lain akan baca…huhuhuh
Mak aih..satu bank tu baca blog ang Shahrill? Mantaplah~ XD
Terkeluar dari topik jap… TAR Durham tu bila rasanya ada eh?????