Sebenarnya aku sedikit gusar bila nak masukkan cover buku Halim dalam video clip I’m Yours hari tu. Bukannya apa, product placement nih bleh tinggalkan impak pada penonton. Kalau respon penonton terhadap video – negatif, sekali semua benda dalam tuh dikira negatif. Selain page Kak Dijah dan Kam, aku dah jumpa 2 lagi page yang meng’embed’kan video I’m Yours itu dalam blog diorang. Komen diorang pun okey, so, maksudnya okeylah.
Halim, Zeah tanya camna nak dapatkan buku ko kat Brunei. Aku cakap bleh kot order secara pos. Jawab ler ya Halim. Kot-kot ko dapat luaskan pasaran kat Brunei.
Product placement banyak dalam citer tv US. Tujuannya untuk cover budget. Kalo survivor atau Amazing Race, product placement dia kurang obvious sangat. Sebab diberi dalam bentuk hadiah. Kalau The Biggest Loser, banyak giler dan cam iklan jadinya.
Aku duk rajin tengok The Biggest Loser. Reality tv game show fasal orang gemuk nak kuruskan badan. Aku bagitau Mahadi, aku take note tentang perbicangan kalori diorang. Sebab diorang selalu bincang fasal makanan ini patut diambil kerana kurang kalori dari makanan yang satu lagi. Jadi aku tahu, aku kena amik makanan yang satu lagi untuk menambah kalori. So no-fat mayo is a no no for me; diet coke aku drink for the taste, not because it’s diet.
I always advice myself, as my dad adviced me; the most important thing is to be happy. Makan kenyang, otak sihat; okey la kan. Tapi aku masih ada drive hendak menambah jisim badan. Sekarang nih 55kg jer. Giler apa. Dulu waktu sampai pun 56-57kg. Sigh..
P.S: Rupanya Halim dah jawab, tapi sebab ada link, komen-komen yang ditinggalkan perlu dimanual approved dan aku baru jer approved dan check. Sori ek.