Jiran

2009
02.17

Hari tu, aku bergossip dengan jiran sebelah bilik aku fasal jiran depan bilik yang sudah pindah keluar (Zeah and the gang tahu sapa).

Kitorang kat sini kalau basuh baju, sidai baju dalam bilik jer tepi heater sebab kalau sidai kat luar, conform sampai summer ini baru ada potensi nak kering. Kat Brackenbury (bangunan aku) ni, ada common room yang diorang boh ampaian dalam bilik. Jiran sebelah bilik aku bagitau yang jirang baru depan bilik guna ampaian tu sejak 2-3 hari lepas.

Aku tanya, ampaian tu sapa punya. Dia bagitau memang Ustinov (nama desasiswa/kolej kediaman aku) sediakan.

Aku cakap, ‘oh ye ke? Aku ingatkan jiran depan bilik yang sudah pindah keluar itu punya’.

‘Tak, tapi jiran depan bilik yang sudah pindah keluar itu memang buat macam wardrobe dia’ a.k.a lepas sidai tak angkat, pastu nak guna amik jer.

Aku tersengih. Yer lah tu. Sebab jirang ujung bilik aku bagitau yang ampaian tuh jiran depan bilik yang punya waktu aku baru-baru masuk pindah. Dia pun salah faham sampai camtu.

Aku dah add jiran depan bilik yang sudah pindah itu dalam Facebook. So, aku tertahu la yang dia nih Virgorian. Aku pun Virgorian. Aku sedikit ketawa dengan idea ampaian sebagai wardrobe nih.

Bukannya apa, dulu aku pernah terfikir waktu aku kat Malaysia lagi. Kan ke Malaysia nih panas dan hujan tak menentu. Aku paling tak suka waktu kena berkocoh-kocoh lari ke belakang rumah amik baju bila hujan tiba tiba turun secara ’surprise’.

Apa kata kalau buat ‘bilik menyidai baju’ (baca dengan nada Doraemon bawak keluar barang-barang ajaib)

Nama: Bilik menyidai baju
Kaedah:
1. Buat satu bilik dengan bumbung lutsinar.
2. Sediakan tingkap untuk pengaliran udara keluar.
3. Rak sidaian yang boleh ditolak tarik.
4. Kalau boleh ada tempat air mengalir keluar.
Konsep: Baju-baju selepas basuh terus jer disidai secara tidak perlu perah. Air basah mengalir keluar. Bilik dipanaskan sebab ada bumbung lutsinar. Wap-wap air yang terkondensasi dialirkan keluar melalui tingkap. Disebabkan bumbung tuh, taklah lutsinar kesemuanya, jadi taklah kena panas baju tuh sepenuhnya disebabkan sudut sinaran matahari yang berubah sepanjang hari. Lepas balik kerja, tolak jer rak sidaian yang dah kering ke tepi. Tak payah lipat, dan boleh reduce penggunaan seterika.

Cuma sekarang nih dah ada dryer.. so konsep bilik nih dah kurang praktikal la. Tapi dek kerana jiran depan bilik yang dah pindah itu yang Virgorian itu buat sebegitu rupa – jadikan bilik common room sebagai wardrobe dia; aku terasa, mungkin walaupun perbezaan budaya dan lokaliti, jauh di sudut hati, kitorang masih mempunyai perasaan malas yang sama untuk melipat baju (Boleh tak kesimpulan macam nih?). Takleh generalisasikan orang-orang Virgo sebab ada yang memang rajin dan kemas. Contohnya macam Ali, ex-roomate aku kat KMPP. Aku selalu mengacah hendak melompat atas katil dia lepas dia dah tarik cadar elok-elok:D

15 Responses to “Jiran”

  1. Mahadi says:

    Huh, part one yg kat atas penuh dengan gosip2. Euw…..

  2. ayam yg suka menyamar menjadi alien says:

    Aku plg x suka membasuh baju (secara manual), melipat baju dan menggosok baju. Rasa stress sgt bila buat benda2 ni!

  3. Lutfi Amri says:

    Cis cis Mahadi. Bukan hang teman seper’gosip’an aku ke?

    Yes Naz, gimme five!

  4. alien mulut besar says:

    Wah, menarik!
    Akak tak suka basuh baju manually. Tapi sbnrnya better manual dari guna machine sbb baju2 akan kurang kedut. Menyidai pasti akan guna hanger sebab malas nak lipat. I enjoyed ironing baju, sebab leh berangan2..ahaha

  5. zeah says:

    Wah jiran itu….. (membayangkan reaksi seseorang) hehehehe…. aku pun malas jugak dengan bab2 cuci baju ni… nak iron pun malas…. hahaha…

    Suka berangan time ironing?… wah bahaya tu… nanti baju berlobang cap iron… hahahaha

  6. WaReMoN says:

    Weh..byk betul jiran ang..sekejap jiran sebelah, jiran depan..jiran hujung..ang ni bergosip bersama rakan2 di dalam kawasan rumah ka..hahhahaha XD

  7. Lutfi Amri says:

    Fariz, flatmates aku tuh aku panggil jiran la..

  8. aHaDa says:

    i have know one virgorian… but this person has good ability in doing all the task that most people doesn’t like to do, such as ironing and etc… in fact, the person is a man….

  9. Lutfi Amri says:

    Perhaps zodiac generally define characteristics; tapi rasanya it’s too rigid to say that if someone belong to a zodiac group, he/she gonna have the same quality, ye tak?
    Otherwise; ada 12 jer lah type of characteristics then. Hehe.

  10. aHaDa says:

    agree on that… people is different in their own ways… even twins also has their own unique characteristic than can make people identify them personally…

  11. Pingu Toha says:

    Virgo je la…mnede virgo-rian… virgo ntuk single, virgos ntuk plural…agaknya…

    jiran ke jirang? konsisten la skit am… aku dh konpius td…ntah bila plak ang ni dok ganu. atau ang nk bg hint yg jirang ang tu bdak ganu…

    n bilik sidai baju tu ada bdak sekolah menengah mana ari tu buat cadangan dlm rancangan inovasi tempatan. idea basi dh tu…tp tadapat sambutan…biasa la, malaysian…

  12. Lutfi Amri says:

    Aku baru check dictionary.com;
    Virgoan rupanya perkataan yang betul. Tertambah ‘ri’ sesuka hati.

    Aku kat sini pantai timur UK la.. So, terpickup la sikit accent pantai timur Malaysia. Boleh? Orang tuh UK lah.

    Er.. rasanya tak der sambutan sebab tak praktikal la. Buat per nak dedicate satu bilik untuk bilik sidai baju, ye tak?

  13. ergh acara membasuh semua ni aku x suka…me n kedai dobby are good buddies:)

    weh hang create on skin layout ke? camna ha? aku nak masukkan music kat wordpress tapi hampeh!

  14. Lutfi Amri says:

    Er.. aku embed Youtube jer Shahrill.
    Tapi aku boh autoplay. Hang bleh cari dalam google ‘Youtube autoplay’ dapat la.

  15. wordpress takleh embedded boleh taruh url dia je..i hate wordpress for that!

Your Reply

Spam Protection by WP-SpamFree