Hari tu lagi aku buat appoinment waktu kat Malaysia. Tarikh yang dapatnya hari ni, so baru pergi pagi tadi.
Aku tertanya adakah sesiapa student kat UK ini yang sangat kerap melawat doktor gigi seperti aku? Kak Khalid, you better do not start lasering me, or otherwise I’ll giving you hard time going through this hectic crazy time in between of Malaysia and your Aussie. [Kejam nih! Hehe]
Gigi aku yang sakit waktu kat Malaysia itu, samalah masalahnya seperti yang diberitahu doktor gigi kat Malaysia – elok di luar, tapi buruk di dalam. Sebab tempat tu bekas tampalan. So, belah dalam dah cam problemo sikit la. So, apa yang dia akan buat, dia akan buang tampalan dan boh tampalan, pastu buat rawatan er… urat, aku dengar macam dia sebut ‘canal’ apa ntah.
Anyhow, aku kena pergi lagi 2 kali. Dah buat appoinment dan tarikh seterusnya ialah 4 Mac dan 6 Mac. Sebulan lagi. Sebab kes tak serius kot.
Tapi, bagi orang yang berpengalaman dalam rawatan gigi di UK, setelah menerima rawatan di klinik swasta (yang cajnya, gilerr….) dan rawatan di hospital Sunderland di bawah NHS (National Health System) yang mana aku tak kena caj langsung walaupun pembedahan, bius, tido hospital suma. Aku confuse tadi bila klinik yang aku pergi tadi minta caj. Er? Aku ingatkan bawah NHS? Ke kena claim pulak?
Sebab caj jer dalam beberapa belas pound jer, selepas dia dah x-ray gigi aku belah kiri dan kanan. Kalau klinik swasta, of coz dia dah fidyah (camni ke eja dia ek?) dalam 60-70 pounds. Seriously.
Pastu aku tanya receptionist, berapa aku kena bayar next time, dia kata dalam 28 pounds. Still, ini bukan rate klinik swasta. Takpelah, nanti aku call NHS tanya, takpun boleh jer nak claim balik dari USM.
Tapi aku agak impress dengan klinik tadi. Walaupun terletak di tempat yang bernama Ferryhill yang agak ulu banat, tapi klinik dia agak besar dan selesa dan ada banyak gak doktor kat situ. Me, myself, and the dental system of NHS; habis PhD boleh tulis buku nih.
Buatlah lagu, rentak mcm Seize the Day by Avenged Sevenfold..ahahahhaa
Dentist situ pakai X-ray siot..dentist kita guna x-ray gak ke? Selalu aku nampak diorg guna cara tradisional dgn menggunakan batang bercermin dan korek2 mulut kita..say “Aaah”
Fariz, klinik lama kat SP pun ada jugak x-ray. Tapi kalau gigi dah memang nampak problem kat luar, buat per nak x-ray XD
~guna batang bercermin dan korek-korek mulut dah cukup
agaknya am gosok gigi, tapi teknik tak betul….hehe.
kesimpulan: kalsium tak cukup. sila minum Anlene Hi Calcium Non-Fat Powder Milk. kalau dpt yg full-cream lagi bagus. kasi berisi sket. kurus je, “tak selera”, (bak kata student smklb)