Archive for February, 2009

Lesen UK


2009
02.28

Hari ni sedikit moody. 2-3 hari lepas sangat memenatkan. Lesen provisional dan pamphlet berkaitan yang sampai 3-4 hari lepas baru aku belek hari ni.

Aku dah apply lesen provisional UK minggu lepas. Siap kena hantar passport lagi melalui pos untuk proses pendaftaran. Cuak jugak, takut-takut hilang dalam pos. Tapi kalau dah prosedur diorang macam tu, maksudnya diorang rasa sistem pos diorang boleh dipercayailah.

Dulu waktu kat Brunel, aku tak buat lesen. Tak terfikir pun sebab tak berapa ada pekdah untuk memandu kat London. First, jalan jem semendang (semendang = sentiasa).? Second, kalau masuk London pada waktu-waktu sibuk, kena caj kesesakan (congestion charge) lebih kurang 8 pound. Kat Durham ni, yang agak hulu, kalau ada kereta sangat senang. Tak bercadang pun nak beli kereta lagi. Tapi kalau nak sewa pada masa hadapan, kira senang lah kalau ada lesen.

Tetiba aku excited sebab akhir suku ketiga tahun nih, aku dah 25 tahun. Kat sini, kalau bawah 25 tahun, kalau sewa kereta, kena bayar 10 pound extra (sebab insurans orang-orang muda mahal sikit). Kejam betul. So, kalau dah cecah 25 tahun, bleh la sewa kadar normal.

Lepas mengalih-alih pamphlet, baru aku tahu yang taklah susah sangat prosedur nak dapatkan lesen penuh di UK. Yang agak bagusnya sebab bleh mengelakkan orang tengah (kecuali part driving instruction). Next, kalau dah sedia, aku bleh terus pergi apply untuk theory test.

Pastu bleh la plan slow-slow untuk practical test:)

Delay


2009
02.27

Dekat pukul 8 pagi. Izzat tanya aku waktu aku masuk dapur, ‘are you just wake up or about to go to sleep?’

Well, I guess I’m easy to be learnt. Sleeping late, cranky when I’m hungry, hate you-know-what-kind of attitude, and love Lola kind of attitude; yeah, that’s me.

Aku jawab, ‘I’ve slept at around 7pm, woke up at 1.30am, and plan to sleep after Jummah prayers’.

Menjawab Zeah punya komen, aku sekarang ni sedang take a break from personal project.? Tengoklah weekend ini macam mana. Sekarang nih tengah tungging terbalik work on a project. Kalau sempat, nak try submit dalam conference kat Cardiff. Kalau tak sempat, other conference la kot. Anyway, kinda wanna try it all la. Weh Zeah, mana ada aku tengah mengedit video ‘Cuba’. Semua tuh on a break.

Sekarang ni, kalau ada waktu terluang, aku akan lepak tengok American Idol, Biggest Loser, Survivor Toncatins, Amazing Race, Ugly Betty, Desperate Housewives, Gossip Girl dan Friends. Selalunya sambil makan. Ataupun menghabiskan masa main game lama – Roller Coaster Tycoon 2. I DO have time to work on editing personal project, but I just can’t tire up my brain of doing that at the mo.

Thankfully, there’s no drama around. So, I am glad.

A bit cranky lately since my sleeping schedule is so all over the place. Dan jadual makan jua. But weekend is coming, and weekend usually means, better sleeping time.

February is just tomorrow and March is coming.

Aku dah ada jadual yang ‘tight’ for March.

4hb – appointment dental 1 – rawatan akar?
6hb – appointment dental 2 – rawatan susulan sambil memecah rekod kunjungan pergigian di UK
7hb – pergi Dundee untuk menghabiskan beras Mahadi (plus Mahadi masak best)
8hb – masih di Dundee, bergossip dan berbicara tentang hal-hal politik, ekonomi dan sosial
9hb – masih lagi di Dundee – duduk sampai Mahadi bosan
10hb – baru reti nak balik Durham
13hb – turun London, lepak dengan Andros
14hb – lawat Tahir dan family, pastu balik Durham malam tu

Nampaknya separuh bulan Mac akan berlalu dengan cepat. Tak risau sangat fasal pergi Dundee sebab kitorang punya konsep lepak-lepak, kalau Mahadi nak kena pergi lab ke apa, pergi jer, asalkan ada internet di rumah dia, aku okey jer. Aritu pun waktu Mahadi datang sini, aku buat camtu gak.? So, turun London jer la yang conform tak study.

Anyway, aku dapat email dari host mother aku di Jepun. Dia kata nak datang melancong kat Malaysia akhir bulan Julai nih. Aku cakap la yang aku takleh conform balik Malaysia waktu tuh. Tapi kalo ada rezeki, aku aim untuk balik time dia datang lah. Hari tu baru jer cakap dengan Mahadi, ‘it’s kinda scary to go back to Malaysia because there are too much of distraction!’.

Tapi, fikir-fikir balik; there’s no place like home. And I know I’m gonna regret it later if I do not take a chance of going home just for the sake of saving up money (since the money will probably be spent in the nearest game store or clothes shop).

Rawak di pagi hari


2009
02.23

4.29 pagi. Hm.. sesuai dengan tajuk blog – Pagi Hari di Durham.

Terasa sedikit happy sebab ‘ter’dapat idea untuk research yang tengah buat sekarang nih. Idea nih kurniaan Illahi (In fact, everything is). Kengkadang baca 4-5 kali journal pun tak tentu bleh keluarkan idea baru. Sambil membelek bintik hitam di hidung kat cermin (oops), tetiba ‘ter’dapat idea. Terus tompok-tompok kat cermin tuh berubah menjadi imejan model tiga dimensi aku.

Makan

Aku sudah bosan dengan mi. Sebelum balik Malaysia, 2-3 hari sekali, mesti aku masak maggi goreng. Sekarang dah tak berapa terasa. Roti dengan daging kebab pun aku dah tak berapa rasa nak makan. Sekarang aku rajin meratah ayam goreng yang dicelup tepung, atau ayam roast resipi aku sendiri yang boleh tahan jugak sedapnya. Tak perlu konsep perap. Just gaul-gaul dengan resipi-resipi rahsia (sebab malas nak tulis), dan bubuh dalam oven berkipas selama setengah jam di bawah suhu 180-200, dah siap. Kalau aku masak, pasti satu kitchen tu akan berbau wangi. Nasib baiklah budaya UK ini tak perlu pelawa, dan tak perlu ajak-ajak ayam sekalipun. Jadi aku tak perlu rasa bersalah kerana makan sorang-sorang.

Wii

Sejak kebelakangan nih aku agak rajin bermain game. Sama ada Dragon Ball Budokai Tenkaichi atau game baru yang aku beli – Dancing Stage Hottest Party yang lebih kurang sama macam Dance Dance Revolution itu. Dragon Ball punya game ada story mode, dia imbas balik dari waktu abang Goku datang dan culik Gohan sampai abis Dragon Ball Z. Aku sekarang baru lepas kalahkan Fliza, kira tak masuk lagi part yang Cyborg 19 & 20 datang.

Uh, those sweet time where Dragon Ball the comic was a hit..

Jumaat

Ada orang Malaysia kat sini yang jual nasi minyak kat masjid lepas solat Jumaat. Bagus betul. Malam Jumaat lepas, sebelum tido, aku dah terfikir, ‘leganya hari ini.. lepas Jumaat bleh beli makanan kat masjid’.

Oh, Durham agak tidak best dari segi makanan. Walaupun Durham Uni lebih berprestij dari Brunel yang aku buat Master dulu, tapi kat Brunel ada kedai ayam goreng. Malas-malas, bleh pergi beli situ. Kat sini, ada la jugak Pizza King, tapi ayam goreng dia tak best, dan kedai dia buka pukul 5 petang. Sigh.

That’s it.. rawak di pagi hari.

P.S: Tengah menunggu subuh, pastu tido terus. Sekarang subuh dah masuk pukul 5.05. Tengah bulan depan dah dalam 4.14 camtu. Hari dah semakin panjang. Bak kata Kak Nur dalam post baru dia, “cuaca nya sudah agak panas, sudah 10 degree”. Aku angguk setuju sebelum aku baca komen anak murid dia yang pelik bila dia cakap 10 degree tuh kira panas. Ah, darn, kitorang sudah terkena sindrom orang UK. 10 degree itu panas. Ah, abis la kena pancung kalau cakap kat Malaysia camni. Ahaks

Dia taklah berkenan pun kat hang


2009
02.22

Tadi aku pergi tengok ‘He’s just not that into you’. Filem yang menampilkan banyak pelakon-pelakon popular termasuk Jeniffer Aniston, Ben Affleck dan Drew Barrymore.

[Gambar kiri: dari video clip I'm Yours Malay Version]

This movie is good! Mungkin disebabkan ada Jeniffer Aniston (oh yeh, if Shahrill has a thing for Angelina Jolie; uh, Kak Nur like her as well; I am so into Jeniffer Aniston. Totally different story, Kak Nur pernah tanya aku dan Andros fasal Angelina Jolie. We kinda give her the same respond of hm.. well.. she’s obviously pretty but not into her acting that much. I really should stop saying bad thing about Angelina Jolie coz Shahrill is so gonna trash me for it if he reads this. Lol)

This movie should fall under romance comedy, I suppose. But it’s obviously not that typical kind of story. The main issue is as stated as the title – whether a guy is into a girl or not; and about reading different kind of signs that guys give to girls.

Hm.. I suppose that many people may relate to one of the character. Just a tidbit (especially for you Zeah who ; even though you are in Brunei, but you still cannot? watch it! Ha~ ha (gelak keji ko seperti dalam TAR Durham)).

As for myself, if you guys ever watch the movie, my personality is more towards Alex (Justin Long, pix beside) for the first third quarter of the movie (Note: until right after the party scene). The last quarter part … I haven’t reach that part yet. Ahaks.

This movie is really good for people who are looking for love, for people who are reading all the signs from the prospective candidate and wonder if it is a real sign, for those who love sarcasm, for those who are environtmental friendly, and for those who love Jeniffer Aniston.

Anwyay..

Oh, aku pergi sorang jer tadi, naik train ke Newcastle, tengok kul 7.40 malam, pastu balik nak bas sebab keretapi dah tamat perkhidmatan (komannya northeast region nih, kul 10 dah takde train). I never done this before here – keluar sorang-sorang gi Newcastle malam-malam. Selalunya dulu, Zeah la yang confirm ikut kalo tengok citer kat Newcastle.

It always remind me of my life back in Uxbridge, pinggir London. Dulu, selalu jer keluar London jalan sorang-sorang, which is fun actually. I never feel bad of doing thing on my own. Even back in USM. I could just go to Bakti Permai, beli nasi goreng ayam dan lepak depan tv, bukanlah sebab nak tengok sangat pun, tapi sebab dah makan sorang kan. Ataupun bangun tengahhari dan pergi ke McDonald Sg 2. Sebab taklah kaya pun, so aku akan beli chicken burger atau double cheese burger yang berharga RM2.50 waktu tuh. Just that. Takde air, takde fries (kalo tak.. bankrup la). Atau kekadang amik aiskrim. Walaupun seketul burger, aku akan eat-in. Lantaklah, aku bayar, ye tak?

Don’t feel sorry for it. If you do, watch He’s Just Not That Into You and remember … I’m more like Alex! Than you would not feel sorry for me anymore… Ha~ ha

Sedih


2009
02.20

Agaknya superpower aku diaktifkan? Tiba-tiba hari ini terasa down dan sedih meskipun tidak ada perkara yang signifikan berlaku. Yang aku tahu, salah seorang rakan aku tidak berapa stabil dengan masalahnya, salah seorang rakan aku yang lain sedang ingin melakukan satu perubahan separa besar, rakan lagi satu seperti ada masalah; tiba-tiba aku seperti terserap aura-aura negatif tersebut. Sigh.

Apekah?

Tiba-tiba terasa down. Sambil melempar pandangan jauh ke luar tika di dalam bas. Hujan turun renyai-renyai.

Lagu untuk orang yang kesedihan dan orang yang terkena aura kesedihan..


[Mitch Hewer & Sapphire Elia, Britannia High - Growing Pains]

Open Project 2: Cuba


2009
02.19

First of all – no, Open Project would not be this frequent in the future. It is supposed to be a buzz-creator; one that keep people/my readers talking about it, and see the potential of the project a.k.a my singing; be seen as something cool or something bad. Coz if it seems like a bad idea, it’s better to wrap it up before it begun.

This one is actually from my sister. Kak aku, big fan of Faizal Tahir, dah translate lagu Cuba kepada Bahasa Inggeris. Lirik semua dah siap. Sekarang nih, aku tengah tunggu sorang mamat yang aku randomly pilih dalam Youtube untuk buatkan piano version untuk lagu nih. Sebabnya, tak dapat nak buang vocal guna Adobe Audition sebab ada hiss dan noise kat belakang.

Here it goes:-

However, kalo release takde video clip, macam tak best. So; aku nak go round 1. Nak tanya ada sesapa yang ingin menggedik menyumbangkan video tak? Of yourself la. Lelaki mahupun perempuan. Yang kenal aku mahupun tidak. Yang aku kenal mahupun tidak. Temanya: sunyi dan gembira.

Video bleh dirakam guna digital camera mahupun phone camera. Sorang dalam 20 – 30 saat pun dah okey. Pastu file tuh bleh dihantar ke phdurham_alert (at) yahoo.com (Email nih tak check selalu). Tapi sapa antar tak conform masuk keh.

For the first round, jangan rakam lagi. Just nak tengok sapa nak angkat tangan nak join jer dulu. Kalo sikit jer yang nak menggedik join, takyah ar videoclip.

Product Placement


2009
02.19

Sebenarnya aku sedikit gusar bila nak masukkan cover buku Halim dalam video clip I’m Yours hari tu. Bukannya apa, product placement nih bleh tinggalkan impak pada penonton. Kalau respon penonton terhadap video – negatif, sekali semua benda dalam tuh dikira negatif. Selain page Kak Dijah dan Kam, aku dah jumpa 2 lagi page yang meng’embed’kan video I’m Yours itu dalam blog diorang. Komen diorang pun okey, so, maksudnya okeylah.

Halim, Zeah tanya camna nak dapatkan buku ko kat Brunei. Aku cakap bleh kot order secara pos. Jawab ler ya Halim. Kot-kot ko dapat luaskan pasaran kat Brunei.

Product placement banyak dalam citer tv US. Tujuannya untuk cover budget. Kalo survivor atau Amazing Race, product placement dia kurang obvious sangat. Sebab diberi dalam bentuk hadiah. Kalau The Biggest Loser, banyak giler dan cam iklan jadinya.

Aku duk rajin tengok The Biggest Loser. Reality tv game show fasal orang gemuk nak kuruskan badan. Aku bagitau Mahadi, aku take note tentang perbicangan kalori diorang. Sebab diorang selalu bincang fasal makanan ini patut diambil kerana kurang kalori dari makanan yang satu lagi. Jadi aku tahu, aku kena amik makanan yang satu lagi untuk menambah kalori. So no-fat mayo is a no no for me; diet coke aku drink for the taste, not because it’s diet.

I always advice myself, as my dad adviced me; the most important thing is to be happy. Makan kenyang, otak sihat; okey la kan. Tapi aku masih ada drive hendak menambah jisim badan. Sekarang nih 55kg jer. Giler apa. Dulu waktu sampai pun 56-57kg. Sigh..

P.S: Rupanya Halim dah jawab, tapi sebab ada link, komen-komen yang ditinggalkan perlu dimanual approved dan aku baru jer approved dan check. Sori ek.

Jiran


2009
02.17

Hari tu, aku bergossip dengan jiran sebelah bilik aku fasal jiran depan bilik yang sudah pindah keluar (Zeah and the gang tahu sapa).

Kitorang kat sini kalau basuh baju, sidai baju dalam bilik jer tepi heater sebab kalau sidai kat luar, conform sampai summer ini baru ada potensi nak kering. Kat Brackenbury (bangunan aku) ni, ada common room yang diorang boh ampaian dalam bilik. Jiran sebelah bilik aku bagitau yang jirang baru depan bilik guna ampaian tu sejak 2-3 hari lepas.

Aku tanya, ampaian tu sapa punya. Dia bagitau memang Ustinov (nama desasiswa/kolej kediaman aku) sediakan.

Aku cakap, ‘oh ye ke? Aku ingatkan jiran depan bilik yang sudah pindah keluar itu punya’.

‘Tak, tapi jiran depan bilik yang sudah pindah keluar itu memang buat macam wardrobe dia’ a.k.a lepas sidai tak angkat, pastu nak guna amik jer.

Aku tersengih. Yer lah tu. Sebab jirang ujung bilik aku bagitau yang ampaian tuh jiran depan bilik yang punya waktu aku baru-baru masuk pindah. Dia pun salah faham sampai camtu.

Aku dah add jiran depan bilik yang sudah pindah itu dalam Facebook. So, aku tertahu la yang dia nih Virgorian. Aku pun Virgorian. Aku sedikit ketawa dengan idea ampaian sebagai wardrobe nih.

Bukannya apa, dulu aku pernah terfikir waktu aku kat Malaysia lagi. Kan ke Malaysia nih panas dan hujan tak menentu. Aku paling tak suka waktu kena berkocoh-kocoh lari ke belakang rumah amik baju bila hujan tiba tiba turun secara ’surprise’.

Apa kata kalau buat ‘bilik menyidai baju’ (baca dengan nada Doraemon bawak keluar barang-barang ajaib)

Nama: Bilik menyidai baju
Kaedah:
1. Buat satu bilik dengan bumbung lutsinar.
2. Sediakan tingkap untuk pengaliran udara keluar.
3. Rak sidaian yang boleh ditolak tarik.
4. Kalau boleh ada tempat air mengalir keluar.
Konsep: Baju-baju selepas basuh terus jer disidai secara tidak perlu perah. Air basah mengalir keluar. Bilik dipanaskan sebab ada bumbung lutsinar. Wap-wap air yang terkondensasi dialirkan keluar melalui tingkap. Disebabkan bumbung tuh, taklah lutsinar kesemuanya, jadi taklah kena panas baju tuh sepenuhnya disebabkan sudut sinaran matahari yang berubah sepanjang hari. Lepas balik kerja, tolak jer rak sidaian yang dah kering ke tepi. Tak payah lipat, dan boleh reduce penggunaan seterika.

Cuma sekarang nih dah ada dryer.. so konsep bilik nih dah kurang praktikal la. Tapi dek kerana jiran depan bilik yang dah pindah itu yang Virgorian itu buat sebegitu rupa – jadikan bilik common room sebagai wardrobe dia; aku terasa, mungkin walaupun perbezaan budaya dan lokaliti, jauh di sudut hati, kitorang masih mempunyai perasaan malas yang sama untuk melipat baju (Boleh tak kesimpulan macam nih?). Takleh generalisasikan orang-orang Virgo sebab ada yang memang rajin dan kemas. Contohnya macam Ali, ex-roomate aku kat KMPP. Aku selalu mengacah hendak melompat atas katil dia lepas dia dah tarik cadar elok-elok:D

I’m Yours (Malay Version) – Lyrics


2009
02.16

*Lirik versi final dari Open Project : I’m Yours
*Lirik major dari Amri dan Pingu Toha
*Turut serta: Naz, Ads4Bucks, Kak Dijah, Zeah, Fariz, Awin & the aliens

Kau tahu kau buat ku rasa begini
Jauh ku kembara tetapi ku ingin kembali
Biarpun berlabuh malam? tidak ku berhenti
Sebelum terlewat, ingin yang terbaik untukmu
Takkan siapa mampu menghalang azamku
Inilah masanya pelajari sesuatu

Takkan ku tunggu lagi
kini
aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau temu cinta
Dengarlah muzik ini lagu juga irama
Kita semua bersama
Punya hati jiwa untuk mahu dicinta cinta

Dan, Takkan ku sangsi
Aku pasti takkan tunggu lagi
Usah ragui masa lalu
Kini aku milik kamu

Dengar bisikan hatiku
Kau kan tahu cerita

Lama benar ku membelek diri di depan cermin
Berpusing menari pabila tiada sesiapa
Melihat rentakku sendiriku tertawa
Kini aku sedar tentang kehidupan ini
Tak perlu pura-pura, jadilah diri sendiri
Itulah diriku
Dan kamu pun tahu

Takkan ku tunggu lagi
kini
Aku milik kamu

Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau tahu luas dunia
Dengar dengar dengarlah
Ikutlah rentak kita
Inilah masa
untuk kamu percaya
cinta

Weekend and Tag


2009
02.15

Weekend

Hujung minggu ini sangat aman. Baru lepas viva lah katakan. Abang Amir berseloroh, ‘kalau kat Malaysia, dah celebrate kat KFC dah nih, ye tak?’

‘Ya, ya,’ kata aku sambil merindui suasana memperabiskan duit kat KFC atas alasan celebrate sesuatu. Ataupun memperabiskan duit atas alasan cranky. Boleh jugak yang mana-mana pun. (Kak Khalid, sila sokong!)

Sepanjang minggu lepas hendak ke Tesco. Tetapi tidak sempat. Beras dah abis, roti tinggal 2 keping, susu dah abis, jus oren dah abis, cappucino segera dah abis? (tiba-tiba list menjadi daripada keperluan kepada kehendak). Esok kena pergi beli. By hook or by crook. Hari ni dah lewat bangun sebab tido lewat semalam mengedit I’m Yours. Kak aku tanya, brapa lama buat. Aku bagitau, sejak minggu lepas. Melukis dan menscan masuk dalam komputer.

I’m Yours

Kepada sesapa yang tak perasan, I’m Yours dah siap. Jangan lupa tengok. MP3 nanti dulu. Malas nak upload lagi. Tapi rasanya ramai dah orang tahu camna nak download Youtube punya video kan? Kalau aku, aku menggunakan http://keepvid.com/

Video I’m Yours tuh ada yang high quality version. So, kalo korang download yang saiz besar, sedap la sikit mata memandang.

Tag

Aku tidak menjawab tag yang aku rasa kurang menarik. Emmy ada tag aku dalam Facebook fasal 25 randoms facts about yourself kind of stuff, tapi aku tak larat nak fikir. On the other hand, Kak Dijah men’tag’ aku jugak. Agak menarik; buka playlist Winamp atau seangkatan yang ada senarai lagu-lagu dalam komputer; pastu play shuffle. Lagu apa yang keluar, tulis kat bawah.

So, here we go:-

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends
5. Everyone tagged has to do the same thing. (u don’t have to if u choose not to ;) )
6. Tag whoever tagged you so they know what you got!

DON’T CHEAT!

OPENING CREDITS:
Ashley Tisdale, Lucas Grabeel – Fabulous (dari HSM 2)
*Uh, sungguh memalukan untuk mengaku ada lagu ini dalam playlist.
*Fabulous.. ouch!

WAKING UP:
Clay Aiken – The Way
*Uh, sangat suka lagu ini. Yep, just the song.
*Keji keji (say it before other start kejiing)

FIRST DAY AT SCHOOL:
Robbie Williams – Lovelight
*Yeah right. I was innocent k.. ‘WAS’

PUPPY LOVE:
Ronan Keating & LeAnn Rimes – Last Thing on My Mind
*finally a decent song…
*oh, lagu ni sangat sweet, baru jer betul-betul mendengar beberapa hari lepas.

FIGHT SONG:
Leona Lewis – Bleeding Love
*ini fight aper? Fight cinta kah?

BREAKING UP:

Blue – One Love
*Wah, break up pun masih ceria
*It is so me!!

PROM:
Backstreet Boys – Any Other Way
*Okey la, kira dancing yang tak classic sangat la sebab lagu ni weird sounding sikit
*Tidak mahu berbicara tentang kandungan lirik. Ahaks

LIFE IS GOOD:
Chris Richardson (American Idol contestant) – Don’t Get Around Much Anymore
*wah, cam merujuk fasal dah jarang-jarang gi rumah bebudak Brunei (eh, skarang dah banyak Malaysian)

DRIVING:
Simple Plan – What If
* So true!!!! Memang aku pasang lagu ni kalo drive
* Lagu mode-mode jiwa kacau, best drive dengar lagu nih

FLASHBACK:
Backstreet Boys – Climbing The Walls
*Lagu ni start dengan ‘close your eyes, make a wish’
*Sesuai la kan

TRUE LOVE:
Britannia High featuring Lola – Body to Body
*Lagu ni agak keji sebenarnya sebab Lola tengah berangan nak dating dengan cikgu dia.
*Wah, true love sangat!!!!!
*Damn, I’m so physical eh

WEDDING:
Hilary Duff – Stranger
*Er.. kalo bleh, taknak la pasang lagu-lagu omputih kat wedding
*Lagu nih pulak… sangat akan mengundang kontrovesi

MOMENT OF TRIUMPH:
Carrie Underwood – Last Name
*Keji, moment of triumph aku sangat keji
*Lirik pun dah cakap, ‘Last night, I did things I’m not proud of

DEATH SCENE:
Backstreet Boys – Shining Star
* Yer yer, aku ada suma mp3 BSB kecuali yang dari first album..

FUNERAL SONG:
Evanescence – My Immortal
* Err…

END CREDITS:
Nick Lachey – I can’t hate you anymore
*wah, sedihnya end credit..

IF SOMEONE SAYS ‘ARE YOU OKAY’ YOU SAY?
Westlife – In This Life
* agak la.. aku memang tak suka jawab kan. jadi bagi jawapan-jawapan pelik

HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Blue – Bubblin
*yeah baby!
WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Rihanna – Disturbia
*sentap!! But yeah, perempuan-perempuan gedik is kinda disturbia which is my type, aite?

HOW DO YOU FEEL TODAY?
Blue – Where You Want Me
*wah, sentap! Ini jawapan untuk aper??

WHAT IS YOUR LIFE’S PURPOSE?
N’Sync – Just Don’t Tell Me That
* Uh, tidak menjawab soalan

WHAT’S YOUR MOTTO?
Natural – Left 2 Right
*Oklah, kiri ke kanan = jadi lebih baik, ye tak?

WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Jesse Mccartney – Right Where You Want Me
*Yup, I know! (with Monica’s voice)

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Pussycat Dolls – Buttons
*sentap!

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Britney Spears – Everytime
*Well, very often is everytime right?? I’m so answering the question!!

WHAT IS 2 + 2?
Mirwana feat JJ – Aku tanpa cintamu
*ader lah lagu nasyid…

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Five – Feel The Love
*He he

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Brian Mcfadden – Real To Me
*Hmm… so lovin it, and so true

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
Kelly Clarkson – Never Again
*Hm.. never again of what eh. Hehe

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
One Republic – Mercy
*Poor to the person I like

WHAT WILL/DID YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Fall Out Boys – This Ain’t a Scene, It’s an Arms Race
*Wah, camna nak nari kalau bride pakai baju kurung dengan lagu nih. Rancak giler

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Blue – If You Come Back
* First, jangan la pasang lagu at my funeral
* Second, wah, if you come back??

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST?
David Cook – Light On
*Mode bermotivasi!!!

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Jesse Mccartney – Daddy’s little girl
* Ha ha ha!!! TRUE! TRUE!!!!

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Simple Plan – The End
* Shhh.. it’s a secret

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
Miley Cyrus – Simple Song
*yeh, apa-apa simple song, takyah pening-pening kepala.

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
BB Britannia High – The Things We Don’t Say
* Right guys and girls, it’s the things we don’t say:)

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Leona Lewis – Yesterday

nak tag orang-orang yang tengah rajin update blog
1. Mahadi – supaya ada modal untuk update hari ini
2. Zeah – saja membusykan diri ko
3. Kam – the new follower of my blog
4. Naz – yang tak pernah jawab tag aku. Saja boh nama hang kat sini
5. Fariz – sebab aku nak tengok hang punya playlist macam mana
6. Halim – well, u should do it. Ur reader will love it
7.
8.
9.
10.

6 dah orang dahlah..