[Soundtrack of the hour: Katty Perry - Hot and Cold. Cari sendiri dalam Youtube]
Mengalami sindrom bertukar-tukar fikiran. Tidak, bukan dalam hal-hal yang penting seperti study mahupun private personal matters.
Friends
Kepulangan Zeah dan Arni sedikit sebanyak meninggalkan impak pada kitorang. Dengar-dengar Kak Dijah Durham (as to differentiate with Kak Dijah x-Sains Kejihayat USM, ) pun nak balik bulan Mac ini. Wah, ramainya nak balik. I’m going with the flow. Terasa nak pergi Newcastle untuk beli ayam. Tetiba terfikir, nak ajak Kam/Kak Nur/Kak Dijah Durham; ke nak pergi sendiri. Berjalan sorang-sorang kat bandar UK nih mengingatkan zaman-zaman aku kat Brunel dulu. Quite fun. Time for self-revelation. Tapi rasa cam best lak kalo pergi ramai-ramai. Juga terasa macam nak cari rebound friend. Bolehkah macam itu?
Home
Aku pernah share kat Mahadi betapa risaunya aku kalau nak balik Malaysia untuk bercuti. Sebab it takes A LOT of my time to recover for lame stuff like jet lagging. Pastu tuntutan jiwa dan raga untuk berjalan-jalan kat Penang dan melayan Secret Recipe dan mamak dah curi masa aku. Aku rasa lagi takut nak balik raya. Sebab raya kat Malaysia = sebulan. Paling koman seminggu.
Hari raya pertama = famili asas, rakan-rakan rapat, famili dekat kampung
Hari raya kedua = rakan-rakan rapat yang tak sempat perabih, famili datang bertandang
Hari raya ketiga = rakan-rakan kurang rapat, rakan-rakan bertandang, famili dekat di luar kawasan bermukim
Hari raya keempat = rakan-rakan ayah mak aku datang bertandang
Hari raya kelima = famili jauh di luar kawasan bermukim
Hm.. mana sempat nak pegang buku tuh?
Tapi… dengan kewujudan AirAsia X nih, yang ada flight London – KL, aku terfikir-fikir plan 5-6 bulan akan datang. Balik seminggu ke? Mak aku kata, kalau balik seminggu, toksah. Sebab jetlag jer dah seminggu. Sampai-sampai, jetlag, pastu dah nak kena balik. Tapi kalau balik lama-lama, takut kerja tak jalan. Wah, ala-ala kaya duk balik seminggu. Disclaimer : sebenarnya lebih kurang sama ja elaun yang kitorang bebudak tajaan nih dapat, tapi bergantung la camna dibelanjakan – banyak yang gi jalan-jalan Eropah: Rome, Venice dan sebagainya. Aku.. consider balik rumah.
Out and About
Sebenarnya rasa cam nak naik Dundee. Lepak ngan Mahadi. Selalunya lepak dengan Mahadi best sebab kerja bleh jalan, pastu tup-tup ada makanan enak disediakan (Pujian ini diberikan kerana ada maksud tersirat). Hehe. Nanti ah, gi crash tempat Mahadi. Aku consider lepas antar proposal Isnin nih.
Tapi tetiba terasa cam malas pun ada nak jalan jauh-jauh. Lepak-lepak kat tempat sendiri cam best gak. Camner nih?
Early or Late
Nak tidur pun berkonflik diri. Kebelakangan nih, aku memang tidur awal. Lewat-lewat pun pukul 1. Tapi rasanya macam best lagi tidur lewat sebab boleh force buat kerja sampai siap. Kalau tidur awal, siang macam berlalu dengan sangat pantas. Ish.
P.S: Kak Dijah (x-Sains Kejihayat), first rangkap lagu Hot and Cold tuh mengingatkan saya pada akak la:D
P.S2: To my reader, cerita fasal Sains ‘Keji’hayat boleh didapati dari sini.
well budak kajihayat mmg suka mengeji kot..hahaha
muahahahahaha
hang ingat akak sebab ada perkataan PMS tu ek? Eh, leh jadik modal utk satu lagi superpower nih. super PMS.ahaha
ps: baguihla hang differentiatekan dengan jelas n nyata antara i ngan dijah durham (hi dijah!), takut nak bagi komen kat entry yg tulis ‘kak dijah’ sebab takut terperasan sendiri..huks.
hang tulis je kak dijah keji or kak dijah pms, akak leh paham.ahaha
Uh, tak bleh panggil kak dijah camtu, nanti imej saya tercalar (cewah, bleh tak?)
Maksud tu sgt JELAS.lgsung tak tersirat.
:p
Hmm… kelakar giler pasal kejihayat tu… Tapi sememangnya kekejian (dan juga ‘kemantapan’) budak2 kejihayat tidak dapat dinafikan lagi.. =)
ajak aja org2 kat rumah 60 tu pegi newcastle.. at least dapat beli ayam sesama… hehe… and most probably dapat shopping.. kan kau dah suka pegi shopping2 nie… hehehehe
baca balik post kejihayat tu..ceh!
Term ‘rebound’ tu mai dari basketball ke? (rebound ball). Hmm..x dpt bygkan camna ang nak dpt ‘rebound friend’..
Rebound ball: bola yg x masuk dimasukkan semula
Rebound friend: kwn yg x kenal dikenalkan semula (?)
yeah.. kalau nak pegi newcastle.. ajak aja kitorang.. tapi the boss of the kitchen is Dijah.. hee.. so she knows kalau dah nak habis stock ayam/daging kita~ heee….
HAHA.. kau dah suka shopping ya? haha..
Fariz, rebound tuh orang suka guna kalo lepas clash, cari yang baru dengan cepatnya = rebound girl / rebound guy. Aku guna konteks lain sikit.
Uh-oh…mcm tu ka..