Archive for January, 2009

Hot and Cold


2009
01.31

[Soundtrack of the hour: Katty Perry - Hot and Cold. Cari sendiri dalam Youtube]

Mengalami sindrom bertukar-tukar fikiran. Tidak, bukan dalam hal-hal yang penting seperti study mahupun private personal matters.

Friends

Kepulangan Zeah dan Arni sedikit sebanyak meninggalkan impak pada kitorang. Dengar-dengar Kak Dijah Durham (as to differentiate with Kak Dijah x-Sains Kejihayat USM, ) pun nak balik bulan Mac ini. Wah, ramainya nak balik. I’m going with the flow. Terasa nak pergi Newcastle untuk beli ayam. Tetiba terfikir, nak ajak Kam/Kak Nur/Kak Dijah Durham; ke nak pergi sendiri. Berjalan sorang-sorang kat bandar UK nih mengingatkan zaman-zaman aku kat Brunel dulu. Quite fun. Time for self-revelation. Tapi rasa cam best lak kalo pergi ramai-ramai. Juga terasa macam nak cari rebound friend. Bolehkah macam itu?

Home

Aku pernah share kat Mahadi betapa risaunya aku kalau nak balik Malaysia untuk bercuti. Sebab it takes A LOT of my time to recover for lame stuff like jet lagging. Pastu tuntutan jiwa dan raga untuk berjalan-jalan kat Penang dan melayan Secret Recipe dan mamak dah curi masa aku. Aku rasa lagi takut nak balik raya. Sebab raya kat Malaysia = sebulan. Paling koman seminggu.

Hari raya pertama = famili asas, rakan-rakan rapat, famili dekat kampung
Hari raya kedua = rakan-rakan rapat yang tak sempat perabih, famili datang bertandang
Hari raya ketiga = rakan-rakan kurang rapat, rakan-rakan bertandang, famili dekat di luar kawasan bermukim
Hari raya keempat = rakan-rakan ayah mak aku datang bertandang
Hari raya kelima = famili jauh di luar kawasan bermukim

Hm.. mana sempat nak pegang buku tuh?

Tapi… dengan kewujudan AirAsia X nih, yang ada flight London – KL, aku terfikir-fikir plan 5-6 bulan akan datang. Balik seminggu ke? Mak aku kata, kalau balik seminggu, toksah. Sebab jetlag jer dah seminggu. Sampai-sampai, jetlag, pastu dah nak kena balik. Tapi kalau balik lama-lama, takut kerja tak jalan. Wah, ala-ala kaya duk balik seminggu. Disclaimer : sebenarnya lebih kurang sama ja elaun yang kitorang bebudak tajaan nih dapat, tapi bergantung la camna dibelanjakan – banyak yang gi jalan-jalan Eropah: Rome, Venice dan sebagainya. Aku.. consider balik rumah.

Out and About

Sebenarnya rasa cam nak naik Dundee. Lepak ngan Mahadi. Selalunya lepak dengan Mahadi best sebab kerja bleh jalan, pastu tup-tup ada makanan enak disediakan (Pujian ini diberikan kerana ada maksud tersirat). Hehe. Nanti ah, gi crash tempat Mahadi. Aku consider lepas antar proposal Isnin nih.

Tapi tetiba terasa cam malas pun ada nak jalan jauh-jauh. Lepak-lepak kat tempat sendiri cam best gak. Camner nih?

Early or Late

Nak tidur pun berkonflik diri. Kebelakangan nih, aku memang tidur awal. Lewat-lewat pun pukul 1. Tapi rasanya macam best lagi tidur lewat sebab boleh force buat kerja sampai siap. Kalau tidur awal, siang macam berlalu dengan sangat pantas. Ish.

P.S: Kak Dijah (x-Sains Kejihayat), first rangkap lagu Hot and Cold tuh mengingatkan saya pada akak la:D

P.S2: To my reader, cerita fasal Sains ‘Keji’hayat boleh didapati dari sini.

Budokai Tenkaichi


2009
01.31

Semalam beli game baru untuk Wii. Dragon Ball Z: Budokai Tenkaichi 2. Okeylah. Bleh buat power – bola jiwa, Kame Hame Ha, etc. Tapi agak bosan. I play game to release the tense. Ini makin tension sebab asyik kalah. Tetiba teringat game-game simple macam Roller Coaster Tycoon. Takyah pening-pening kepala ketika main. Terus aku nak download dari internet, tapi memandangkan game Roller Coaster Tycoon nih, sekali dah main akan amik masa lama, aku skip dululah.

For study: Aku nak kena hantar proposal dan literature survey Isnin ini. Maka agak busy sedikit lah weekend ini.

For personal: Aku nak siapkan jugak homepage Pumpkin Race 5, simple-simple pun jadilah. Boh gambar sikit camtu. Second, aku nak siapkan editing Amazing Race Durham. Kalau bleh minggu depan nak publish. Bukannya apa. Kalau dah boh dalam Youtube, bleh buat demo untuk bebudak Malaysia/Brunei kat UK. Hari tu kawan-kawan Kam dari Cardiff datang, tengok; diorang berminat. Aku cakap, bleh jer kalo nak buat versi Cardiff asalkan diorang support tempat tinggal, makanan untuk aku dan crew (kalo bleh nak ajak Mahadi sekali jadi crew).

Anyhow, mood kebelakangan ini sangat baik. Walaupun ada 1-2 personal drama, tapi tidak mengaffect aku pun. So, kira okeylah. Dengar citer Kak Khalidah dapat fly Australia. Good for her. Good luck in ur PhD and finding those ‘thing’ you are seeking for.

They say that UK’s gonna have severe weather in next 1-2 days. Somehow it will be afflicting the southern region more – London, Bristol etc rather than this north east. Will the snow falls? I don’t care. I’m feeling gratitude for the warmth of my room – I care the other less.

Cry


2009
01.29

Tema hari ini ialah : Let make the girls cry. Kejamnya aku.

I made at least 2 girls cry today. Not sure if the third one cry or not. I guess nope, but I’ve kinda hearing Kak Khalidah’s voice of saying, ‘bolehlah buat macam tu..’.

At least 2 girls cry in a day – anyone STILL thinking that I’m that innocent? [Mode separa jiwa kacau]

Anyway, I’m gonna tell you ONE of the crying girl.

Aku pergi train station. Baru aku tahu yang Arni pun nak balik jugak hari ni. Balik Brunei. Aku sentap. Mahadi (selepas diberitahu) juga sentap. Takde angin, takde ribut.. (metafora jer, angin tengah kencang kat luar nih). So, kiranya Arni balik sekali dengan Zeah la. Whoa, that’s a shocker.

Aku pernah sembang dengan Mahadi. Waktu kat USM dulu, tak terasa sangat bila kawan-kawan blah sebab senang nak jumpa. Boleh jumpa lagi. Masih dalam kemampuan selagi mahu. I feel bad when matrix years ended – but now I’ve realise how I can still cherish the moments. Jumpa Ali, Fariz dan Dzul ari tu is one of the example. Tak lama, but sweet.

I had a breakdown when I said goodbye to Ken (my host bro in Japan) as well as Tahir and Chris (when I finished my Masters). Coz knowing that it’s not gonna be easy to meet them again. I’ve been wanting to go to Japan again to meet Ken. But, it is not an AirAsia away. Met Chris last year on graduation. Too bad we didn’t spend time together.

With Zeah (Arni said she’s coming back), I was feeling sad as well. But I keep telling myself – now I got a reason to visit Borneo. If Zali stays there, I can visit him and then go to Brunei to meet my fellow Durham friends. If I’ve been given chance of still breathing on earth and have appropriate money, InsyaAllah. It’s just an AirAsia away.

The train is coming, and I sung to Zeah the Sapphire Elia’s song – Do It All Over Again; the same song I used for Pumpkin Race.

Zeah’s tears coming out when I reached the chorus. I feel bad for singing the song.

I walked home after waving goodbye in the blurry of haze.

Hm…

Video Around The World oleh Aqua, tiada kaitan dengan entri. See Mahadi, yang ni baru ler betul-betul takde kaitan.

Love Story


2009
01.28

Love Story

Esok Zeah balik Brunei. Abis dah course dia. She’s my biggest rival in board game. I think I’m gonna miss her a lot. Kak Khalid, I have already invite Zeah over for Pumpkin Race 6 (InsyaAllah). Bet you both are gonna have a lot of fun teaming up and ‘keji’ing me.

Anyway, aku dengan Zeah worked out of translating Taylor Swift : Love Story. Malas nak boh dalam internet sebenarnya. Tapi, specially dedicated for Zeah:- Love Story Malay Version.

Disclaimer: Seperti aku bagitahu Zeah dan Mahadi, lagu dan lirik ini tidak ditujukan kepada sesiapa sama ada yang hidup atau yang mati (Surely someone is saying, ‘perlu ke?’).

Study Story

Busy is the word. Taklah busy sangat. Sempat keluar ari tu tengok Bride Wars dengan Mahadi, Sarvin dan Zeah. Pastu melepak kat Costa seperti yang dirancang. Hari yang keluar tengok Bride Wars tuh, aku sangat knackered sebenarnya.

Salah seorang orang penting dalam bidang aku datang Durham Uni untuk bagi seminar 1 jam. So, aku pergi la hang out dengan dia dan supervisor aku. Walaupun aku sedang buat PhD, aku sebenarnya tak berapa reti sangat melepak dengan orang-orang akademik. Orang akademik nih ada tendency bersembang fasal bebenda akademik sepanjang masa. Seriously. Waktu aku kat Brunel dulu, asal ada parti tidak liar melibatkan pensyarah kitorang, bebudak Austria mesti bersembang fasal maths. Bukanlah tak boleh, malah baguslah attitude macam tu. But come on, it is a party. I guess that’s just my attitude.

Jadi waktu melepak dengan orang penting ini, aku sedikit awkward. On the way, aku berjalan sebelah seorang pensyarah yang biliknya bertentang dengan office aku. Lumrah orang akademik, dia akan tanya fasal research apa yang aku buat, aku tanya balik dan sebagainya. Aku senang intimidated bila orang tanya fasal research. Hari tu waktu aku hendak share dengan Kak Khalidah tentang research aku, aku stumble. Tak mampu berkata-kata. Tetiba terasa kecut perut. Ala, korang takkan tak tau Kak Khalidah camner about research (kan Kak Dijah, Abg Tra kan?)

Anyway, selepas tidak tahu nak bersembang apa dengan pensyarah yang aku jalan saing tadi, aku terus menukar mode ramah berbincang fasal cuaca. It turns out well. Aku – kalau bersembang fasal bebenda nih boleh menjadi lebih ramah. Dia pensyarah dari Hong Kong. So aku sempat masuk fasal cuaca, suhu, ucap selamat tahun baru, bahasa Cina yang ada 4 tone (dia kata Cantonese ada 9 tone), pizza sempena raya Cina dan burger prosperity pun masuk sekali. Well.. that’s me.

Tadi supervisor aku bagi some credits sebab menanyakan soalan waktu seminar yang diberi oleh orang penting bidang aku tuh. Sebab ari tu ada pensyarah dari Oxford datang bagi seminar, sapa pun tak tanyakan soalan. Sebab suma orang tak faham la tuh. The thing is – seminar bawah Computer Science department nih besar sangat dia punya skop. Aku buat surface modelling, Abg Amir buat program slicing aper ntah, ada lagi yang melibatkan graphics, networking dll. So kalau bukan orang-orang dari bidang aku datang bagi seminar; asal aku tak faham, aku terus bawak keluar jurnal, dan extract!

Supervisor aku duk bercadang nak hantar aku keluar 3 bulan macam tu. Dia nak suruh gi buat research kat Jerman, tempat lama dia. Tapi dia kata kalo ada fund la. Aku … cakap ya jer. Ada peluang bleh merasa lepak kat Jerman. Bleh jumpa Chris. Yes Mahadi, just Chris!

Tahun Baru Cina


2009
01.26

Mahadi kat bilik aku sekarang nih. Aku lak kat ofis. Baru jumpa one of the key writer dalam bidang aku. Japgi ada seminar dia dalam pukul 4 lebih.

Semalam sesampainya Mahadi, aku bawa dia pergi rumah Yusran dan Rosmin (rumah lama aku). Rosmin masak laksa – boleh tahan jugak sedapnya. Amalina pun ada sekali kat situ. Tetiba terasa cam sambut raya cina pulak sebab ada kuih raya sekali. Rosmin dapat dari bos dia.

Pastu pergi rumah bebudak Brunei. Lawan fussball dengan Zeah dan Mahadi. Pastu kitorang beramai-ramai gi antar Nurul kat train station. Nurul datang UK untuk konvo dia kat Leicester.

Kitorang dah sewa kereta sebab nak gi jalan-jalan Newcastle malam ni. Pastu cadang gi lepak kat kedai kopi Costa dekat service (aka R&R) dekat Durham. Believe me, although ‘lepak’ing at Costa sounds posh and Starbucks like; kedai mamak tetap di hati. Right Mahadi?

9.53


2009
01.24


9.53 pagi. Bangun pukul 7 lebih. Kak cakap yang mak aku happy for my new schedule. Aku bangun sama ada dalam pukul 6 atau 7 lebih. Tidur pun agak awal.

[Soundtrack of this hour: BSB - Drowning. Tetiba teringat nak dengar lagu ni. Nih agak version lain sikit from the released version if you guys notice]

Tadi dah makan cereal. Dah lapar balik. Mungkin nak read sikit dalam setengah jam sebelum cari roti. Petang sikit nak gi rumah bebudak Brunei. Nurul (yang pergi sekali Scotland dengan aku dulu) ada kat UK. Dia dah balik tahun lepas. Datang untuk konvo kalau tak silap.

Semalam, student baru supervisor aku datang bersembang-sembang dengan aku. Malu alah jugak aku sebab walaupun aku dah 9 bulan, in the stage of PhD, I can barely say that I’m better than him. Tapi okeylah. Dapatlah jugak share apa-apa yang ada.

I called my parents this morning. Mom seems fine. Good to hear that.

Uh, it’s a beautiful day outside. Perhaps I’m gonna go touring the small city of Durham, buy something, perhaps [teruknya perangai, takde plan nak beli apa-apa tapi terasa nak membeli. ish ish]

Chapter 2: Tengah hari di Durham


2009
01.22

Let’s call it the afternoon phase. Second round. Whatever.

Sampai sini tak berapa jetlag lah pulak. Malam pertama tidur dari 9 malam sampai 6 pagi. Semalam, tidur dari 1 pagi sampai 8 pagi. Sentap dengan diri sendiri. Balik Malaysia jetlag gila-gila. Balik sini tetiba jadi okay.

Aku baru lepas jumpa supervisor. Dapat aura okey daripada dia. Dia cakap, ada 2 jenis bad English (merujuk pada struktur ayat dan grammar). Satu bad English yang kalau orang baca menimbulkan kekeliruan. Satu lagi bad English yang jelas. Dia rujuk aku punya literature review sebagai bad English yang jelas. Okey la. I take it as a compliment.

Semalam sudah sempat bergossip dengan Zeah. Membincangkan konsep mesra alam yang diamalkan oleh kami berdua (lanjutan dari perbincangan dengan Kak Khalidah). Sarveen (watak baru blog ini – budak Durham dari Malaysia juga yang sekarang duduk kat rumah Kak Zila, tapi selalu melepak kat rumah bebudak Brunei. Dia baru abis Master dan nak cari kerja kat sini) turut menambah fasal konsep mesra alam ini. Katanya kalau kita sayangkan flora dan fauna, kita kena bagitahu flora fauna mana yang kita sayangi. Aku dan Zeah kurang bersetuju. Apa salahnya kalau flora fauna itu kita buat macam biasa jer. Asalkan tak buat pencemaran yang boleh menyebabkan kepupusan. [Kak Khalidah mungkin punya pendapat yang berbeza]. Anyway…

Mahadi is coming this Sunday. Amik barang-barang yang dipesan. Bleh ar gi lepak kedai kopi tengah-tengah malam:)

I’m back in UK


2009
01.20

Dah sampai Durham beberapa jam lalu.

Agak penat.

Thanks for those who’s sending me at the airport.

Aku transit kat Amsterdam selama 3 jam. Sangat bosan. Lapar. Pergi tukar duit. Abang Jun, tau dak, adik spend duit lebih kurang sama dengan yang kita makan kat Secret Recipe untuk membeli kopi dan er.. kuih apa ntah gulung-gulung tuh (duk UK dah lebih setahun pun tak tau lagi namanya). Abis duit sebab kena tukar kat money exchange dan dicaj pulak 3 euro.

Semalam, sempat lah aku take a break makan kek kat Secret Recipe dengan abang aku dan Abang Tra. Abang aku tanya, ‘kak kat mana?’ sebab kak aku pun nak datang menghantar.

‘Kak dekat BJ. Abang Asri (abang ipar) ada nak beli apa-apa kot’.

Kitorang gelak sebab nak menghantar aku cam takde aper je. Yerlah, tak pernahnya sampai setahun kat UK, mesti balik. Aku cakap kat mak aku, yang aku balik lagi kerap daripada kak aku waktu dia duduk Sarawak dulu. Tetiba terasa sentap, macam statement kaya sangat. Sebenarnya elaun yang kitorang dapat lebih kurang sama jer untuk pelajar-pelajar kat UK nih (maybe undergrad rate lain, aku tak tau); tapi kebanyakan student Malaysia kat overseas, selalunya spend duit elaun untuk gi cuti-cuti Europe waktu cuti universiti. Aku … amik peluang balik Malaysia.

Wah, kata penat, tapi masih mampu menulis banyak lagi yek. Anyway, tak boh gambar sebab malas nak pergi amik card reader dalam beg.

Kepada kengkawan UK – Mahadi, Zeah, Kak Dijah Durham, Kak Nur, Yusran dan Abang Amir; barang-barang yang dipesan ada dibeli. Ada beberapa barang tak dibeli, minta dimaafkan. Just for entertaining my reader; antara barang-barang yang dipesan termasuklah mentol lampu, Twisties dan biskut Tiger. Hehe. Tour Europe mana nak cari menatang tu weh (mentol lampu ada la kan..)

2 hours to go


2009
01.19

I am still typing my literature review even though it is 2 hours before I leave. Mom is sleeping on the couch and I feel a little bit hard to think that I am going to be leaving soon.

Anyway, going to UK had taught me a lot in term of being separated from the family. I developed a shield of emotion from faltering apart when I say goodbyes to my family. Seriously. I haven’t been crying in the airport when I bid farewell to them. In contrast, I was crying badly when I said goodbye to Tahir and Chris thinking I would never see them again last time I finished my Masters.

Anyhow, last 9 months was easier. Mom was well fit. So I was fine. Right now, it might be a little bit trickier seeing how mom is not that well. She said that she feels the difference of before the surgery and after the surgery.

Well…

I think I will be fine. I hope she will be fine.

Distracting from this topic, do you guys know that Ryan Seacrest (the host of American Idol) had produced a dating game reality tv? A bit like The Bachelor. But it’s called ‘Momma’s Boys’. Interestingly enough, the 3 leading male (they do 3, instead of 1, perhaps for more drama) are being assisted by their mom in selecting among 36 potential candidates. Weirdly enough, as I thought that American guys don’t go much with their family’s choice; these 3 bachelor surely do. This week is the finale of the season. Gonna download it once I’m in UK:)

Don’t Trust Me


2009
01.18

[Soundtrack of the hours : 3Oh3 - Don't Trust Me. I heard this song from a Youtuber and suddenly liking the song. Anyone try to relate the lyrics to my mood - uh, you already got my paranoia. Nothing to do with the lyrics for it to become the soundtrack, just the 'fast-paced' rythm that kinda describe of what I'm going through]

Going back to UK in less than a day. Hoping and praying that mom is gonna be fine.

Maybe one of the thing that I’m feeling good of going back to UK is avoiding people discussing about relationship and marriage. Kinda tired of answering to relatives and friends. Angkat air jamu tetamu yang datang pun, dapat respon ‘rajin anak teruna ini’ dengan nada-nada ‘bila nak kahwin’. Buat penyegan tak tolong kang.

Tetiba otak kacau. Haha.