define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Putih Bersih - Pagi Hari di Durham

Putih Bersih

Battle

Ingat tak saat-saat kegelisahan aku waktu mak dan ayah aku balik hari tu disebabkan masalah-masalah yang timbul – flight delay, takleh check ini, takder wheelchair? [Rujuk Restless 2 dan That’s Nice] dan kemudian aku hantar surat pada Gulf Air untuk buat aduan dan diorang minta maaf [Rujuk Raya, Gulf Air & Kehidupan].

Aku dapat surat rasmi dari Gulf Air beberapa lama dulu berkenaan aduan aku. Dan bagaimana diorang nak check. Isu dia mudah jer – tak sediakan wheel chair. Macam simple jer isu ni, tapi disebabkan mak aku tak berapa sihat hari tu, memang aku sedikit kecewalah bila servis itu macam. Diorang dah minta maaf, aku dah sejuk hati.

Tapi semalam dapat email, yang diorang memang sangat-sangat minta maaf, dan nak bagi sedikit pampasan terhadap hal yang telah terjadi. Okey la jugak amaunnya. Wah, bleh tahan yek. Aku taklah sangka sampai nak dapat pampasan. Sudah cukup baik nih. Alhamdulillah. Rezeki parents aku lah macam tu.

Moral of the story: Kalau korang berhadapan dengan isu camni, buat surat rasmi dan hantar. Ada rezeki, bleh la dapat reimbursement.

Salji

Salji turun lebat semalam. Sejak pukul 4 pagi lagi (Aku tak tido lagi waktu tuh). Dan bila aku bangun, masih lagi turun. Aku pergi training course pun turun lagi. Dah dekat pukul 1 baru berhenti. Maka putihlah kawasan sekeliling, jalan licin tapi cantik.

Atas nih gambar dari bilik aku. Boleh tahan kan pemandangannya. MasyaAllah.

Bergambar dengan Yusran kat tepi school. Cam jalan kat country side jer padahal kat Durham Uni jugak.

Seperti biasa, mesti posing-posing kat mana yang boleh. Credit to Yusran sebab amik gambar di atas. Aku suka gambar atas nih.

Aku dan Abang Amir. Kitorang keluar jap waktu break training course. Kamera Yusran tuh. Tuh sebabnya cam lain sikit. Tapi aku suka tengok pokok-pokok. Salji berkumpul sampai putih pokok-pokok itu.

I love snow! Sekali-sekala turun bleh la cakap camtu. Flatmates aku dari China cakap dia tak suka, sebab kat sana dah selalu turun. Dan memang pun, asal turun salji, bas lambat dan jalan jem sebab orang pakat-pakat guna kereta. Yusran cakap dia naik bas 1 jam dari Bowburn ke Science Site yang sekadar 3 batu tuh. Salji punya fasal:)


16 Responses to “Putih Bersih”

  1. Faiza says:

    Subhanallah…cantikkk sangat!!!…bila lah Preston ku ini nak turun snow…kesejukkan dah melampau dahh…huhu…

  2. Naz says:

    oOHhh…. aku nye alien mmg kaler hijau terang dan ada banyak kaki yer?

  3. iNa says:

    posing sakan..=p

  4. dijah says:

    Wah..cantiknye

    *komen utk test dapat alien apa..keke*

  5. Mahadi says:

    sedikit pampasan?cukupla sponsor aku tgk satu movie.crita biar aku pilih pun takpa.

  6. Mahadi says:

    ish alien kale ape nih…tu kale sliper febret hg, warna salmon skin

  7. Lutfi Amri says:

    Sudah Mahadi! Usah kau bermain kata lagi. Sedang alien yang diassign secara rawak ini pun memaparkan pink sebagai kaler hang. Hang tak mampu berdalih lagi!

  8. K.Nur says:

    Wah…ada gamba peluk pokok! errk… i mean..pegang pokok…:D

    P/s – test jugak nak tgk kaler alien warna apa

  9. K.Nur says:

    wah huduh nyer!!! mahadi…jom tukar alien! hehehehhe

  10. zeah says:

    wah dapat pampasan? Best nye… aku setuju pulak dengan mahadi…. aku pun nak jugak di sponsor tengok movie… hehehe

  11. zeah says:

    wah alien aku bentuk hati…. hmmm kenapa ek?… hehe… adakah ada kena mengena dengan hidup aku?… hahaha… Kak nur… alien kak nur comel…. Mahadi… alein warna pink?… siapa yang suka warna tu sebenarnya?… hahahah

  12. Lutfi Amri says:

    Weh, semua pampasan tu akan diberikan pada parents aku la. Korang mintaklah parents aku belanja movie camtu:D

    Mahadi, aku masih teringat kenangan di USM dulu. Apa yek yang warna pink hang tuh? Muahaha

  13. mahadi says:

    K.Nur-nk tukar? okeh je..tp lutfi msti nk jugak.

    Lutfi Amri-Aku tiada kenangan di USM

  14. Lutfi Amri says:

    Mahadi, haha. Yeah, right!

  15. [...] di atas dari post yang sebelum ini [Rujuk Putih Bersih]. Sebenarnya avatar-avatar nih dilinkkan oleh gravatar.com. So, kalau korang nak tukar gambar, [...]

Leave a Reply

See also: