New Place

2008
11.20

Malam ni malam kedua aku di Brackenbury. Bilik nih selesa. Luas. Ada bilik air dan tandas sekali. So, okey la. No complaint about it. Ada bas jugak dari sini ke school aku. Free during term time. So, not bad.

Aku baru sempat tegur … er.. Henry, asyik lupa ja nama dia. Dia duduk sebelah bilik aku. Aku nampak ada sorang lagi bertentangan dengan bilik aku. Dan sepatutnya ada sorang perempuan sebab nampak ada rice cooker pink. Anyway, nanti-nanti jumpa lah tu.

So far so good. Bilik panas, so I kinda like it. Walaupun ada certain time yang diorang tak buka heater, bilik masih panas sebab bilik nih kinda diapit dengan dinding-dinding berlapis-lapis. So, okay la. Waktu pagi, heater on automatik, tetiba rasa panas. Yang tak bagusnya, bila tidur dalam panas, tekak boleh kering. Entah macammana, semalam aku termimpi Yusran. Dia cakap, ‘kan aku dah cakap tidur tak payah pasang heater’. Lebih kurang macam tu lah. Wah, okey la Yusran, walaupun dah tak duduk dengan ko, tapi masih lagi dapat nasihat dalam mimpi. Hehe.

Bilik masih berkelabung. Kat sini aku cepat mengantuk. Ciao.

P.S: Terima kasih kepada Zeah, Arni, Mahadi dan Yusran yang tolong mengangkut barang-barang aku. Aku duk mula pindah sikit-sikit sejak Ahad hari tu. Isnin pindah banyak-banyak. Hari ni bawak pindah kasut. Tu ada lagi sikit-sikit barang kat rumah tu. Giler banyak benda aku beli dalam 8 bulan nih.


2 Responses to “New Place”

  1. yan says:

    pompuan yang biasenye byk barang … tak sangka laki pun byk gak erk

  2. Lutfi Amri says:

    Oh, sebab kat sini memasak sendiri. So pinggan mangkuk, periuk belanga, senduk, makanan-makanan kering, rempah, bawang, makanan basah, daging ayam, keju, maggi, jem, teh, milo, kopi, horlicks, gula, pisau, beras, makanan-makanan rapu. Itu saja sudah 7-8 plastik.

    Tak masuk komputer, mic, kamera, hard disk external, earphone dan printer – itu sudah satu kotak, dan satu beg.

    Pakaian – baju sejuk jer dah 2-3 jenis – musim panas punya, musim luruh awal-awal punya, dan musim sejuk punya.

    Cumanya kalau perempuan, toiletries mungkin banyak la. Aku – sabun, syampu, berus gigi dan ubat gigi. Zeah cakap smalam waktu nak beli syampu baru – ‘ni kena pakai conditioner kalau pakai syampu ni’. Aku cakap, ‘aku mana pernah pakai conditioner (separately) seumur hidup aku’.

Your Reply