Answering Halim

So Halim asked me some questions. Well, I think that I typed about it already in my previous blog but it would be too much to ask him to go around and read it honestly. But anyway Halim, if you want to read the insight of my life when I was still new to UK, you can read my Jurnal dari Pinggir London – October 2006.

Otherwise, here are my answers. Bleh tak aku nak demand di’cameo’kan dalam ko punya cerita. Cameo jer, bukan watak utama pun. Haha.

- kiblat hala ke arah mana? waktu solat camne?

Kiblat arah 120 darjah dari utara. Hampir-hampir ke arah timur/matahari naik. So kalau katakan sampai ke tempat yang tak tahu arah kiblat, pastu takde kompas, biasanya mengarahkan diri ke timur lah, as oppose to Malaysia, ke barat.

Waktu solat plak berubah mengikut musim. Macam sekarang, subuh masuk kul 5 lebih, matahari terbit dalam 7.30 pagi. Zohor dalam 11.45 pagi dah masuk dan Asar plak kul 1.45 macam tu. Kul 4.10 dah Maghrib.

Kalau waktu solat Jumaat, kitorang still stick pukul 1 tengah hari (walaupun dah ujung-ujung Zohor tu) sebab orang break kerja pukul 1. This thing happen all around UK – sepatutnyalah sebab kat London, Glasgow dan sini pun camtu. So aku generalisekan lah.

- hang selalu turun london ke? brp lama tmpoh pjlnan dr durham ke london?

Jarang gak la. Sebab costly dan perjalanan agak lama. Sebenarnya kalau beli tiket train awal-awal bleh dapat murah dalam 10 pound sehala. Kalau beli last minit, mau 40 – 70 pound return. Kalau naik train best, sebab 3 jam dah sampai London. Kalau naik bas, sampai 7 jam. Mana taknya, dia stop banyak sangat untuk pickup orang. Tak macam bas transnasional.

- kalau sewa keta, apa prosedur or terms & conditionsnya?

You know what, talking about car renting – that’s the time I feel bad for being young. Mana taknya, kalau bawah 25 tahun, kita kena bayar 10pound extra per day untuk sewa kereta. Sebab insurans pemandu muda nih mahal sikit.

Biasanya kitorang sewa syarikat Enterprise, sebab bleh dapat dalam 10 pound sehari untuk kereta kecil. Kitorang pernah sewa kereta 7 seater, pun boleh lah sebab dalam 30 pound lebih sehari, bahagi 7 orang taklah teruk sangat.

Term and conditions? Hm.. takde aper, tempah, pastu kalo dengan Enterprise, diorang mai amik kat rumah. Tunjuk lesen, tunjuk passport, tunjuk dokumen yang ada alamat rumah (sebab dia nak make sure kita duduk kat situ) dan bayar 100 pound deposit. Pastu dia tanya nak amik insurans excess tak (untuk cover kerosakan di bawah 500 pounds sebab insurans asas hanya cover kerosakan yang lebih 500 pounds sahaja), pastu aku biasanya amik insurans excess kat syarikat online, sebab murah sikit, pastu amik kereta.

Hmm.. camtu jer.

- hang ada kenal sape2 yg ngaji medic kt UK? aku nk tanya dia nnti.

Kenal tapi tak rapat. Ader la bebudak kampus kesihatan Durham yang aku tau nama dan pernah bertegur sapa setakat ‘hi hi’ macam tu. Tapi takde contacts address diorang.

- kalau ada tips baik punyer ttg khidupan di UK, tolong inform aku!

Aku pun tak tahu tips apa yang hang nak. Tips mendapatkan orang-orang UK kah? Sebab aku tak tahu yang itu. Hehe. Tapi, kalo hang betul-betul nak insight of foreigner living in UK, aku cadangkan hang try membaca blog-blog berikut

  • Blog lama aku tuh. Banyak gak cerita-cerita fasal life in UK.
  • Blog sorang budak Newcastle nih. Aku tak kenal. Tapi dia pernah tinggalkan komen sekali kat blog aku. Link di sini.
  • Arni, Zeah, Mahadi, Kak Nur dan Amirul. Tu suma kat UK tuh. Link kat senarai link di sebelah kanan.
  • Blog Faiza (kawan Kak Nur, dan aku kenal dia sebelum tu lagi kot friendster). Dia baru sampai di Preston dan blog dia banyak cerita fasal pengalaman dia baru duduk kat UK. So, masih fresh lagi dan up to date la. Link di sini.

That’s all Halim. I’m glad to answer anything more (suppose that I’m not busy). Jangan lupa, cameokan aku dalam buku hang. Haha. (Sorry aku belajar demand-demand cameo nih dari Shahrill!!)


12 Responses to “Answering Halim”

  1. dijah says:

    Wah Am, info yang sangat2 berguna..Rasa mcm baca sesi kemusykilan dalam paper..kekeke

  2. errrkk??bila masa plak aku demand wat cameo appearance? eleh..hang balik melesia pun bukan nak calling2x aku..asyik call NAZ jer…ahahaha!!!

  3. Lutfi Amri says:

    Shahrill, dulu.. waktu aku ajak main The Mole. Hang kan taknak main tapi nak cameo jer. Hehe

  4. Pingu Toha says:

    am! thanks a bunch! tips hang tu bagus gk…aku akn cut-n-paste masuk novel aku nnti. tang cameo tu aku tak pasti lg cz citer kt london tu dlm tempoh 4 bln je dr keseluruhan citer n aku dh cameokan bdak2 aman yg lain dlu… tp tatau la kot hang blh sesat masuk dlm citer tu sbg pervert…hehe! atau hang blh masuk ntuk next book aku yg satu lg…

  5. Pingu Toha says:

    satu lg aku nk tanya…brapa lama flight dr KL ke london n brenti kt heathtrow ka? terminal brapa? hang tau train ke York? brapa jauh York ke london? ada tesco tak area situ? sebnarnya byk lg aku nk tanya…

  6. Lutfi Amri says:

    Jawapan: KL ke London dalam 12 jam. Kalau naik MAS. Berhenti kat heathrow, terminal 3 kalau tak silap. Train ke York dalam 2 jam lebih sebab York ke Durham dalam 40 minit.

    Tesco, kat England ada. Kat Scotland tak brapa ada. Jarang-jarang baru jumpa.

    Weh, hang tulis jer dulu base on ur current knowledge and imagination. Pastu proof reading for the fact, boleh lah aku tengok2kan. Writer should have some imagination, right?

  7. Haha, ko pun slalu sewa krt kat Enterprise. Same la dgn aku kat sini. Service dieorg pn not bad.

  8. cibilzsonic says:

    “Blog sorang budak Newcastle nih. Aku tak kenal. Tapi dia pernah tinggalkan komen sekali kat blog aku.”

    ye, saye la budak newcastle tu.. tapi skrg dah balik ada di kg halaman di Penang.. tuan empunya blog ni pun org penang gak kan?

  9. Lutfi Amri says:

    Hafeez, a ah, itulah. Kalo tak check homepage kengkadang, termasuk yg US punya. Cari Durham, terus dapat list Durham kat North Carolina.

    Cibilzonic, eh tak tak. Saya orang Kedah. Tapi biasa ja kalau kena kutuk tak brapa bunyi Kedah sebab dulu dok Perak sampai Darjah 5.

  10. Pingu Toha says:

    klo nak ke hull naik tren brapa lama dr london? brapa tambang? aku tgh research bab2 medic ni… watak aku tu ppuan, final year medic. mungkin salahku juga krn begitu ambitious mletakkan dia di UK…

  11. Lutfi Amri says:

    Tak sure plak.
    Halim, try check jadual dan tambang train dari
    http://www.nationalrail.co.uk

  12. Faiza says:

    Wahhh…blog saya pun masuk dalam list rujukan jugak ye..hehe…:-)Anyway,selamat datang ke UK,pada sesiapa yg akan datang ye…all the best…

Leave a Reply

See also: