define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Talking to Jack - Pagi Hari di Durham

Talking to Jack

(Masih lagi cerita semalam)

Semalam debat habis pukul 9. Bas percuma dari kawasan universiti ke rumah aku sampai pukul 9.25 malam. Jadi, aku buat keputusan untuk menunggu di foyer dewan kuliah Elvet Riverside (bukannya River Elvetside yer, orang itu. Haha).

Kebetulan salah seorang budak debat yang satu kumpulan dengan aku tadi ada kat situ juga. Jadi aku pun cuba-cuba la meramahkan diri. Nama dia Jack. Nama aku ‘Lut’. Haha. Sudah tukar lagi sekarang. Rasanya kak aku tak berapa suka panggil gelaran ni. Tapi memandangkan Andros dah panggil macam tu, jadi biarlah kawan-kawan Durham panggil Lut atau Lutfi.

Jack sedang menunggu kawannya, juga budak debat tapi dari kumpulan lain yang belum habis lagi sesi latihan. Tengah-tengah berbual, dia cakap, ‘I couldn’t even understand some people here’, merujuk kepada loghat tempatan yang agak kuat. Kat sini, orang-orang Newcastle, Durham, Sunderland, Darlington dan area-area timur laut England nih mempunyai loghat yang dipanggil Geordie.

Dia sambung lagi, ‘sometimes, I feel like I’m in a foreign country’.

Aku ketawa, ‘I’m so glad to hear that.’ Dia orang London, tidak berapa biasa dengan loghat sini. Aku bayangkan, macam aku tak faham loghat Kelantan, macam tulah jugak kot orang-orang England lain tak faham loghat sini. Ada sesetengah Malaysia berseloroh Newcastle = Kota Bharu.

Hm…


Leave a Reply

See also: