define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Night Out - Pagi Hari di Durham

Night Out

Aku dan Mahadi dalam kereta. Mahadi still kat sini lagi. Esok baru balik Dundee. Eh, pagi ni, lagi 4 jam macam tu.

Nak kona masuk simpang rumah, tetiba aku cakap, ‘nak jalan-jalan dulu tak?’tesco

‘Okey ja’. Kitorang gelak. Sebabnya waktu kat Pulau Pinang dulu, memang rajin buat bebenda camni. Bosan-bosan malam-malam, pederas motor pusing-pusing amik angin. Itu kat Penang. Sini, dengan hawa beku 0-2 darjah malam ini, kira buang tebiat sikit la.

Kitorang pergi pusing ke Pekan Durham. Dah pukul 1 pagi dah. Tapi ramai giler bebudak muda (yang aku rasa pelajar-pelajar Durham Uni gak nih) yang baru keluar dari pub. Takder kelas ke esok? Aku takde…

Pastu kitorang pergi isi minyak kat Tesco 24 jam kat Gilesgate. Mata dah macam nak mengantuk, tapi masuk jugak Tesco. Sempat pulak aku bershopping baju kat situ.

Tup tup balik dah 3.30 pagi. Giler best. Dah lama tak keluar pusing rawak-rawak macam nih. Tambah pulak kul 2-3 pagi. Sayang betul takde kedai-kedai kopi kat UK buka time-time camni, kalau tak boleh pergi melepak. Sini bar dan pub ajer yang buka time-time macam ni.

[Gambar: 1.59 pagi di Tesco. Still wondering why it's called as 'Pagi Hari di Durham' now?]


3 Responses to “Night Out”

  1. Pingu Toha says:

    wei! mane hang photoshoot ala2 model tu? cam mnarik je…

  2. Pingu Toha says:

    tp aku brpndapat, mmg patut kita buang tebiat skali-skala…tambah2 klo dh keja ni… br la trasa thrill hidup ni. yg penting… kita ENJOY!

  3. Lutfi Amri says:

    Halim, can I not answering ur question:) especially here!

Leave a Reply

See also: