define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Bas X1 - Pagi Hari di Durham

Bas X1

Waktu semester dibuka, ada bas percuma yang kitorang boleh naik. Bas ni menghubungkan kampus kesihatan, Queen Campus ke kampus induk. Perhentian bas paling dekat dengan rumah aku merupakan laluan bas tersebut. Jadi takder lah masalah untuk ulang-alik ke universiti, pergi school mahupun aktiviti persatuan. Pekan Durham pun termasuk sekali, so nak pergi pekan pun senang.

Tapi ada satu benda aku tak puas hati. Jadual bas memang ada, dan bas tu datang dalam 30 minit sekali pada waktu biasa.  Kalau hari-hari aku nak pergi on-the-dot, mulalah bas tu sampai awal. Tadi, nasib baik sempat menahan bas tuh. Betul-betul nak bergerak dah depan aku. Hari tu pun sama.

Tapi, kalau hari-hari aku datang awal, 5-10 minit awal dari dijadualkan; 10-15 minit lepas dijadualkan baru sampai. What does the bus driver has against me eh?


One Response to “Bas X1”

  1. khalidah says:

    welcome to real life… :)

Leave a Reply

See also: