Mahadi
Mahadi dah dihantar pulang. Aku, Zeah, Arni dan Kak Shifa pergi hantar Mahadi kat Newcastle Airport tadi. Pada ketika aku menulis, Mahadi sepatutnya dalam penerbangan ke Kuala Lumpur. Hari ni (Ahad) Mahadi patut sampai dalam pukul 5 petang waktu Malaysia.
[Gambar: kat depan pintu departure kat Newcastle Airport]
Kuih Raya
Kak Khalidah dan Ina dah mula tanya-tanya fasal kuih raya. Uh, penat jugak announce nak buat kuih raya kat blog.
Khamis dan Jumaat ari tu aku pergi jumpa supervisor, so tak sempat keluar cari bahan. Hari ni lepas hantar Mahadi, baru sempat cari-cari bahan yang patut. So, InsyaAllah aku buat soon enough.
Lagu Raya
Oh, projek yang aku memula berbolak-balik nak buat atau tak. Last-last Zeah tolong aku buat lirik. So, tadi kitorang dah ‘masuk studio’ untuk rakam suara. So called masuk studio. Rakam guna laptop aku jer. Esok shooting video clip. So, stay tuned.
AJK Hari Raya
Orang-orang Malaysia nak buat sambutan hari raya, so aku dah ditugaskan untuk membeli hamper-hamper. Ader diorang buat game-game skali. Aku join jer.
So, nak raya-raya nih, banyak gak la projek yang aku join. Projek peribadi (kuih raya), projek kengkawan (lagu raya) dan projek komuniti. Hm.. not bad eh.
Waaaah tak sabarnya nak tggu video klip…..kekeke
wah semangat nyer.camni rupanya orang yg beraya kat oversea erk
bengkak di gusi dah surut??? cookies apa yang u buat ??? kat sana senang dapat raw material …