Archive for September, 2008

Cabut gigi


2008
09.17

Aku dah keluar dari hospital. Nih video log untuk cabut gigi di Sunderland Hospital. Muka masih lagi bengkak.

cimg2968

Disebabkan banyak darah keluar dari mulut, sebab luka, bengkak pipi sebelah kanan. Cuba tutup separuh gambar kat bawah, korang bleh la tengok macammana muka aku kalau gemuk:)

img_3762

Dari ward C33


2008
09.16

cabut gigi bongsu shouldnt be that hard. At least thats what ppl think, or at least, thats what happened to the others.

Gigi aku kena cabut dalam pukul 1 ptg lebih. Kak nur, kak shifa, yasmin dan zeah datang menghantar, tapi kak nur dan kak shifa balik durham sbb ada makan2 kat ustinov.

Yasmin dan zeah yang tengok2kan aku lpas aku jaga dr bius.

Tp rahang aku lak sakit. Darah keluar dr mulut bukan main byk lg. Kira kalau nk blakon citer hantu, mmg boleh.

Menangis2 aku smentara nk dpt pain killer. Zeah dan yasmin tukang melayan kerenah aku. Sakit woo.

Dalam kul 5, mkn painkiller, dah ok.

Pastu aku bsiap2 nk kluar. Dh pakai jeans dan sweater. Datang nurse lelaki cabut jarum yg salur makanan/ubat dr tgn kiri aku, terus aku pitam.

Zeah panik. Aku mmg x sedar. Sedar dlm agaknya 5 minit lpas tu, 4-5 org nurse keliling aku. Doktor pun ada.

Diorg cam tak pnah dgar kes pitam sbb phobia jarum – yes, im that different.

Last-last takleh balik. So terpaksa aku tido sini mlm ni. Nih baru je mkn biskut cicah air teh. Nikmatnya… Tak terkata.

Zeah, and yasmin. Thanks a lot. Kak dan abang, jgn bgtau mak fasal adik terstranded kat hospital. Risau nanti.

Oh, hospital nih ada tv sorang satu. Intrnet pun bleh surf tp kena bayar kot.

Sekian dr sunderland hospital.

Patience


2008
09.16

I wanna be more patient. Not because I am fasting as if I say that, it seems like I do not have to calm down after this month. I wanna be more patient as it is the right thing to do. I talked to Andros about moral judgment as it is his dissertation topic. And this one is my moral judgment, driven by mind and guidance from prophet S.A.W

I copy from a site of his saying, the one I read when I was a kid and the one that I just remember after a long time of forgotten:-

“Orang yang kuat itu bukan terletak pada kemampuan berkelahi, tetapi orang yang kuat itu adalah yang dapat mengendalikan diri mereka ketika sedang marah.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Translated as ‘A strong person is not the person who throws his adversaries to the ground. A strong person is the person who contains himself when he is angry’ (I took the translation from here)

I told Andros, I believe that if we are doing good things towards others, we will be rewarded – like what goes around comes around. Andros joked, ‘so someone who do bad things to you will be going through bad stuff?’

‘No, I never wish for that’, I laughed. Perhaps I was lying a little bit, but that is something I have to reorientate myself as well.

Anyway, if there is one thing I wanna achieve through this fasting month, I wanna have a lot of patience not just when I deal with other people but also during my study and other stuff.

BTW, I just came back from Newcastle. Me, Andros, Kak Shifa, Kak Nur and Nurul (Brunei – sorry Nurul, got to many Nurul so I have to put a label) went and break our fast in Newc. Andros is going back to London tomorrow morning. Sigh, it’s the start of people going home. Andros is one of my good buddy – I’m dedicating this post to him:)

Telefon


2008
09.14

Minit

Sekarang ni aku guna bayaran bulanan untuk telefon bimbit. Sebulan aku dapat 500 minit / sms tambah lagi 300 minit untuk telefon orang-orang yang guna line 3 (three – nama company telefon kat sini). Orang-orang yang aku kenal yang guna 3 hanyalah Mahadi, Kak Nur dan Abang Amir satu department dengan aku.

Hasilnya, bila aku tengah menunggu bas di dalam kedinginan musim aper-aper pun, aku akan telefon Mahadi. Kalau Mahadi sibuk, Kak Nur la yang aku call.

Malas

500 minit atau sms tu agak banyak sebenarnya. Kalau purata, sehari aku boleh bercakap selama 15 minit. Banyak tuh. Aku bukan seperti orang itu yang.. oops, posa posa..

Hasilnya rasa  malas timbul. Yusran, housemate aku kat bawah. Aku dalam bilik. Nak tanya dia sesuatu tetapi terasa malas hendak bangun dari kerusi yang tak empuk pun. So, aku terus call dia.

Kalau ari tu waktu aku kat bawah (aku study bawah sebab mak dan ayah aku duk kat bilik), aku kejutkan Amirul untuk sahur pun pakai call jer. Giler malas

Internet

Salah satu fungsi handphone yang aku suka ialah internet. Aku langgan unlimited access for internet (*sebenarnya masih takleh melebihi 1GB tapi untuk phone, kira cukup la). Jadi senang jugak nak check email, tulis blog atau bila bosan-bosan buat apa-apa yang patut. Youtube pun bleh view jugak. So agak okey sebab kawasan 3G dan 3.5G agak luas di UK.

Kecuali waktu on the way dari universiti ke rumah aku. Ader satu kampung nih High Shincliffe, memang takde 3G. Usah cakap 3G, line telefon pun selalu terputus. Selalunya kalau aku tengah cakap dengan Mahadi, aku akan cakap, ‘Mahadi, aku dah mendekati kawasan takder line nih’. Tup, putus. Tapi sejak kebelakangan nih dah tak putus dah bila melepasi area tu. Dah boh line baru kot.

Tapi internet nih lagi berguna bila sampai tengah London. Sebab ader website Transport For London yang menyediakan kemudahan menyemak waktu bas, tube dan pengangkutan awam lain, sekali mencadangkan laluan, notis pembaikpulihan bagi sesetengah perkhidmatan dan sebagainya. Jadi senang juga ada internet on the go untuk check bebenda alah macam tu.

Terma


2008
09.14

Penggunaan terma-terma nih sebenarnya menunjukkan identiti. Boleh juga didefinisikan secara berbeza melalui budaya.

InsyaAllah

Ada seorang junior aku pernah cakap bila dia suruh aku janji, ‘takmau sebut InsyaAllah, sebab nanti mesti tak buat’. Er.. aku pun tak berapa pasti tapi mungkin dia dah berjumpa dengan orang yang cakap ‘InsyaAllah’ yang tak sure nak buat benda tu ke tak.

Kalau aku, aku cakap bila nak buat. Kalau tak, aku cakap, ‘er..’ dan melakukan reaksi taknak buat. Contohnya, bila Amirul, housemate aku tanya, ‘ko pergi tak usrah petang ni..’, aku jawab (sambil sedikit malu), ‘er… tak kot’. Honesty is the best policy, er.. not always.

Yo

Honestly I got some semi-traumatic effect for using of the word ‘hi’. It sounded a lil bit cheesy with some people, so I kinda use ‘yo’ or ‘weh’ instead. Feel more friendly. But that’s absolutely paranoia talking rather than ‘rationality’.

Ciao

Ada benda menarik berkenaan perkataan nih. Orang Malaysia biasanya merujuk perkataan ‘ciao’ untuk mengucapkan selamat tinggal apabila mereka berusia remaja dan muda belia.

Waktu aku nak pergi melawat Rome dulu, aku ader dengar satu podcast (podcast = rakaman berkenaan sesuatu yang didengar melalui mp3 player). Nama site tuh ‘MyDailyPhrase‘ yang memuatkan rakaman pengajaran Bahasa Itali melalui audio. Kalau tak subscribe,  boleh dengar jugak, tapi takde bahan bertulis la. Bleh pandai-pandai mimik pronounciation jer la.

Menurut podcast tersebut, orang Itali menggunakan ciao bukan sahaja untuk mengucapkan selamat tinggal, tetapi juga sebagai ganti kata hi. Kadangkala disebut ciao ciao juga.

So, it’s kinda a way of me reminiscing that I’ve learnt some Italian for saying ciao instead of bye.

Impatient


2008
09.13

Sakit gigi terasa lagi. Tadi tak terasa sangat waktu sahur, so tak makan ubat. Petang ni agak tarik ke kepala. Terus tetiba moody dan rasa nak marah kat orang. Bebulan posa nih.. ai..

Dah nak dekat setengah bulan berpuasa rupanya. Selasa nih aku nak pergi cabut gigi. Actually, takde la besar sangat fasal benda tuh tapi disebabkan gigi bongsu dan aku MESTI bawak seorang orang dewasa untuk mengiring sebab diorang nak bius, so agaknya lalok kot lepas tuh : so it’s seems big. Lagipun dah berapa lama tak cabut gigi. I couldn’t remember. Sejak masuk sekolah menengah mana pernah cabut gigi. Tampal jer biasanya.

Yang tak bestnya lagi sebab kepala rasa berat dan pening. Aku pernah baca kat mana ntah, ader proses untuk putuskan urat antara gigi dan urat ke kepala nih. So, taklah sakit kalau sakit gigi. Jap nak cari.

[selepas mencari]

Tak jumpa la pulak. Waa.. nak study tapi sakit kepala. Damn!

Imperfection


2008
09.12

is there such word?
Not sure.
Im on the bus now and suddenly feel like blogging.

Dont you just love the concept of – human is not perfect. Im not talking about doing good and bad deeds at the same time.

Like me who can be cool about lending my stuff but so ill temper when someone disturb me eating while watching tv on laptop.

Like my friend who is so friendly that everyone always like him, but scary when he is moody.

Or my other friend who is so damn strict with her time and work stuff that she warns others for not doing it right but is actually soft inside and fragile.

Or my other friend who appears to be boring as he doesnt speak or jokes much but he is kind of person who would never hurt his future wife by cheating or flirting around.

Or my friend who appears to be so perfect in front of everyone but is struggling with lot of self conflict.

Dont you just like the concept of imperfection?

Oh, nak sampai dah rumah.

Raya, Gulf Air & Kehidupan


2008
09.11

Sudah berjaya mencapapkan diri kah aku? Aku tahu yang masuk pun bila baca komen Shahrill, Ina dan Halim dalam blog aku. Bukan idea aku eh. Malas lak rasanya nak menghantar-hantar nih, tapi dah konsensus beramai-ramai dek idea Yusran, so aku join jer la. Note that aku pakai seluar Jeans jer dalam gambar tuh [gambar dari Berita Harian Online]

raya1

Gulf Air

Aku dah antar email kat Gulf Air, komplen fasal servis dan tak dapat wheelchair itu hari. Salah seorang pekerja dia dah balas, dah sekarang dalam peringkat untuk check out the fact. At least they said ‘sorry’. I’m waiting but the guilt is what counts.

Life

Life goes on. I got a new table and double decker bed in my room, thanks to Amirul for asking it from the landlord. Guess he doesn’t wanna lose in the competition of giving birthday gifts. lol.

Anyway, I talked to mom and dad once since they got back. Kinda miss them a lil bit. Tapi disebabkan banyak sangat benda nak kena cover untuk study, so taklah terasa sangat. Aku dah mula jadikan bilik aku sebagai port untuk study, makan dan menonton cerita. Takde dah lepak-lepak kat bawah. Sebelum ni aku duk buat kerja kat ruang tamu.

Aku masih tido lepas Subuh. Selimut mak dan abah aku letak bagi terjulur kat atas katil double decker, bagi cahaya matahari terhalang. Dah tido lepas Subuh kan. Aku plan nak cari kain terpal untuk buat cover supaya boleh pastikan tempat tido aku gelap meskipun tido waktu siang.

Selamat


2008
09.09

4.17pm, Abang Amir Durham call aku. Giler, aku tak sedar langsung sejak tido pukul 6 tadi. Tapi takpelah, semuanya setelah hal-hal penerbangan mak ayah aku dah selesai.

Dalam 4.30 masuk Asar, so aku bergegas gi mandi dan Zohor. Sempat membaca mesej kakak aku. Mak dan abah dah selamat sampai di Penang pukul 8 lebih waktu UK (3 lebih waktu Malaysia). Aku tarik nafas lega. Rasa lega sebab semua masalah-masalah yang dihadapi semalam diakhiri dengan happy ending.

Wah, lagi 2 jam lebih nak berbuka. Tido sepanjang hari, hari ni. Takpelah, I just went through a rough time, aku memujuk diri mengenangkan aku sepatutnya study hari ni sebab dah 2-3 hari tak pegang jurnal.

KL – Penang


2008
09.09

6 pagi waktu Malaysia
- aku call kengkawan area KL. Nak minta tolong sambut parents aku kat KL dan iring diorang ke kaunter. Sekurang-kurangnya ada juga familiar faces.

6.40
- dapat suruh bekas anak murid kakak aku, Iswandi yang belajar kat UIA sekarang nih, untuk gi tolong sambut.

10.40 – 11.00
- call handphone mak aku dan masih belum berangkat. Patut sampai 10.40

11 pagi lebih sikit
- discover dari laman web tentang arrival departure (laman web KLIA takleh pakai. Tengah update amendantah sampai lama sangat) yang flight dijangka sampai 10.50, bukannya 10.40

11.20
- telefon mak dan berangkat. Mak dan abah dah selamat sampai di KL. Iswandi pun dah sampai KLIA

11.40
- Iswandi dah contact mak.

12.00 pm *live typing starting from now
- mak dan abah tak dapat bagasi lagi. Aku suruh diorang tanya  pekerja dan baru pekerja tunjuk tempat amik bagasi kat lane lain. Mak bagitau aku yang takdak orang tolak kerusi roda di KLIA dan Bahrain juga. Aku sedikit berang. Bukan aku dah mintak ke??

12.05
-beg dah jumpa. Mak dan abah ke balai ketibaan

12.15
-abah dan mak tak jumpa Iswandi dan dah sampai ke Level 5. Aku telefon Iswandi untuk suruh cari mak dan abah. Dia on the way

12.20
-dah jumpa Iswandi. Aku dah minta tolong Iswandi tolong belikan tiket ke Penang dan check-in kan sekali. Aku nak dapatkan updates lagi 30 minit.

12.40
-masih di kaunter tiket. Tiket untuk senior citizen dapat potongan RM40 per kepala, tapi dimasukkan dalam standby list bukan confirmed list. Abah decide untuk amik tiket penuh sebab confirmed. Aku terkedu dari sini. Kalau standby list, kan ke kena tunggu sampai dah nak habis2 masa. Pastu? Biarkan senior-senior citizen ini berlari-lari ke gate? Er Amazing Race Asia versi MAS?

12.49
-tiket dah dibeli. Nak pergi check in.

1.08 petang
- dah check in, on the way ke gate. Ada sapa ntah bawak mak dan abah ke gate.

1.27 petang
- dah selamat masuk dalam gate yang sepatutnya. It’s 6.27 am in UK. Giler dah abis rasa mengantuk aku sebab duk berjaga sepanjang malam.

Amri’s signing out!