define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); KL – Penang - Pagi Hari di Durham

KL – Penang

6 pagi waktu Malaysia
- aku call kengkawan area KL. Nak minta tolong sambut parents aku kat KL dan iring diorang ke kaunter. Sekurang-kurangnya ada juga familiar faces.

6.40
- dapat suruh bekas anak murid kakak aku, Iswandi yang belajar kat UIA sekarang nih, untuk gi tolong sambut.

10.40 – 11.00
- call handphone mak aku dan masih belum berangkat. Patut sampai 10.40

11 pagi lebih sikit
- discover dari laman web tentang arrival departure (laman web KLIA takleh pakai. Tengah update amendantah sampai lama sangat) yang flight dijangka sampai 10.50, bukannya 10.40

11.20
- telefon mak dan berangkat. Mak dan abah dah selamat sampai di KL. Iswandi pun dah sampai KLIA

11.40
- Iswandi dah contact mak.

12.00 pm *live typing starting from now
- mak dan abah tak dapat bagasi lagi. Aku suruh diorang tanya  pekerja dan baru pekerja tunjuk tempat amik bagasi kat lane lain. Mak bagitau aku yang takdak orang tolak kerusi roda di KLIA dan Bahrain juga. Aku sedikit berang. Bukan aku dah mintak ke??

12.05
-beg dah jumpa. Mak dan abah ke balai ketibaan

12.15
-abah dan mak tak jumpa Iswandi dan dah sampai ke Level 5. Aku telefon Iswandi untuk suruh cari mak dan abah. Dia on the way

12.20
-dah jumpa Iswandi. Aku dah minta tolong Iswandi tolong belikan tiket ke Penang dan check-in kan sekali. Aku nak dapatkan updates lagi 30 minit.

12.40
-masih di kaunter tiket. Tiket untuk senior citizen dapat potongan RM40 per kepala, tapi dimasukkan dalam standby list bukan confirmed list. Abah decide untuk amik tiket penuh sebab confirmed. Aku terkedu dari sini. Kalau standby list, kan ke kena tunggu sampai dah nak habis2 masa. Pastu? Biarkan senior-senior citizen ini berlari-lari ke gate? Er Amazing Race Asia versi MAS?

12.49
-tiket dah dibeli. Nak pergi check in.

1.08 petang
- dah check in, on the way ke gate. Ada sapa ntah bawak mak dan abah ke gate.

1.27 petang
- dah selamat masuk dalam gate yang sepatutnya. It’s 6.27 am in UK. Giler dah abis rasa mengantuk aku sebab duk berjaga sepanjang malam.

Amri’s signing out!


One Response to “KL – Penang”

  1. kak dijah says:

    awat dasat sangat ek? Akak pon naik berang membacanya! tak convenient langsung..uhuk

Leave a Reply

See also: