Malam Raya

Tuesday, 30 of September, 2008 at 2:47 am

2.39 am. Malam raya dan masih tak tido. Aku tido 3 jam jer semalam, tapi aku rasa taknak tido. Ah, perhaps feeling a lil bit incomplete.

Was that Kak Shifa or Kak Zila who asked me whether I cry during hari raya. My answer was simple - last time (when I was in Brunel), no. This time around, not sure. But so far so good. Kitorang bertakbir malam ni, tapi aku macam orang takde hati dan perasaan. Tak terasa sebak mahupun rindu yang amat kepada keluarga di malam-malam raya ini.

Tapi, mungkin juga minda separa sedar aku tidak bersetuju. Kalau tak, masakan dah ngantuk giler, dah dekat pukul 3 pagi, aku masih tak mahu tido.

Malam raya ini aku tidak berapa gembira. Call parents aku, dan mak aku tak berapa sihat. Surely I’m not in much mood of celebrating raya. But anyhow.

Malam raya, dan aku tidak mahu tidur…

Leave a comment

Category: Durham

Selamat Hari Raya

Monday, 29 of September, 2008 at 9:20 pm

Projek video clip raya dah siap. Here it is. Take a look.

Kitorang raya awal dari Malaysia. Malam ni, kitorang dah bertakbir. so, selamat hari raya semua

[Post continued at 11.58pm]

So kiranya orang kat UK posa 29 hari jer la tahun ni. Sama dengan waktu aku kat Brunel dulu. This is my first time wishing badly that the fasting period would be 30 days this year. Banyak sangat benda tak settle.

Pagi tadi aku pergi jumpa supervisor. Esok aku kena submit 6-months proposal. Dah nak siap. Should be able to finish in less than 30 minutes, InsyaAllah. Aku sempat tido 3 jam jer semalam. Lepas jumpa supervisor, aku pergi beli barang-barang yang kena beli untuk sambutan raya orang-orang Malaysia kat sini. Ader la things for hampers dan bebenda lain. Aku ingat dalam 1-2 jam dah bleh abis. Alih-alih, dari 12 tengah hari, sampai 6 petang baru abis beli bebenda. Termasuk gi cari reben yang tak jumpa-jumpa jenis yang kitorang nak kat Pekan Durham.

Bahan-bahan kuih raya aku dah complete. Kuihnya? Takde mood nak buat. Dah cranky sebab tak cukup tido.

Comments (12)

Category: Durham

Projek Raya

Sunday, 28 of September, 2008 at 12:06 am

Mahadi

img_3784Mahadi dah dihantar pulang. Aku, Zeah, Arni dan Kak Shifa pergi hantar Mahadi kat Newcastle Airport tadi. Pada ketika aku menulis, Mahadi sepatutnya dalam penerbangan ke Kuala Lumpur. Hari ni (Ahad) Mahadi patut sampai dalam pukul 5 petang waktu Malaysia.

[Gambar: kat depan pintu departure kat Newcastle Airport]

Kuih Raya

Kak Khalidah dan Ina dah mula tanya-tanya fasal kuih raya. Uh, penat jugak announce nak buat kuih raya kat blog.

Khamis dan Jumaat ari tu aku pergi jumpa supervisor, so tak sempat keluar cari bahan. Hari ni lepas hantar Mahadi, baru sempat cari-cari bahan yang patut. So, InsyaAllah aku buat soon enough.

Lagu Raya

Oh, projek yang aku memula berbolak-balik nak buat atau tak. Last-last Zeah tolong aku buat lirik. So, tadi kitorang dah ‘masuk studio’ untuk rakam suara. So called masuk studio. Rakam guna laptop aku jer. Esok shooting video clip. So, stay tuned.

AJK Hari Raya

Orang-orang Malaysia nak buat sambutan hari raya, so aku dah ditugaskan untuk membeli hamper-hamper. Ader diorang buat game-game skali. Aku join jer.

So, nak raya-raya nih, banyak gak la projek yang aku join. Projek peribadi (kuih raya), projek kengkawan (lagu raya) dan projek komuniti. Hm.. not bad eh.

Comments (3)

Category: Durham

Mi Goreng dan Makanan

Thursday, 25 of September, 2008 at 12:41 am

migoreng

I

Baru lepas masak mi goreng.  Walaupun lepas dah bubuh cabai dan kicap, baru teringat yang bawang tak bubuh lagi, dan bubuh bawang baru selepas itu; rasanya masih sedap. Boleh tahan jugak la. Pedas, but pedas yang aku suka.

Kalau mak aku dengar, mesti dia cakap, ‘masuk bakul angkat sendiri’

II

Sedang memasak-masak tadi, aku teringat abang ipar aku pernah bersembang fasal memasak. He thinks that ‘a wife should always need to know of how to cook’. No, it is not a conversation where we thinks that woman has to do all the cooking and that’s it because my sister is also working and studying and doesn’t have a lot of time herself.

If I were to elaborate it, it is about making a trademark. Coz everyone cooks differently and it taste different but it is outreaching some other people’s heart by cooking something; in this case, it is from a mom to her kids or from a wife to a husband. Whoa, what’s up with this arguement anyway. Just wanna let you know that I’m always over think while doing something.

III

Since when does I am good in cooking (refer to comments in previous post)? Seriously, not being humble here coz I surely tell you my cooking taste nice if it does (in the case of mi goreng, good enough for me, would be spicy for Zeah and will be advised (if I’m not using the word critiqued) by Kak Khalidah to put less of spices or more mi).

IV

Hari ni aku try makan roti dan salami. 2 lapis roti yang tak dibakar (sebab takmau keras) mengepit salami, mayonaise, sos dan sayur. Simple untuk berbuka puasa sebagai side dish untuk filet ikan aku.

Aku masih tak pass makan roti 2 lapis serentak. Rahang tak boleh buka. So, that’s is the condition for my mouth at the moment. Takleh buka mulut luas-luas lagi. Dah seminggu makan makanan lembut, gigit benda keras pun rasa pelik.

So this Ramadhan, usually I learn about poor people who don’t have food to eat. Living in UK actually teaches me a lot of similar lessons coz food is not that easy to get as oppose in Malaysia (yang banyak gerai etc). But this season of fasting, it is also about appreciating the ability to munch the food itself. Uh, munching food is a big bless. Otherwise, I’ll be eating just baby food all my life without that:)

Comments (5)

Category: Durham

Prep Raya

Tuesday, 23 of September, 2008 at 11:47 pm

‘Mahadi, can we chat (on YM) instead? Mulut aku dah sakit’, aku bagitau Mahadi bila dia call untuk mendapatkan nasihat aku berkenaan cenderamata yang boleh dibawa balik Malaysia. Seriously, I’m not good myself, but at least I’ve been back to Malaysia for couple of times, so I did trial and error thingy, but still, I’m bad in buying presents anyway.

Oh, Mahadi balik Malaysia 27hb nih. Nak kata jeles, tak jugak sebab parents aku baru jer hari tu kat sini. But surely it will be nice to celebrate raya in Malaysia. Agak okey jer nak sambut raya kat sini pun. But anyway, atas ajakan bertubi-tubi dari Abg Tra, aku dah pun beli tiket ke Bristol untuk pergi beraya. Abg Tra balik lepas raya sebab bebudak Bristol pujuk dia balik lepas raya. Pastu entah bila plak nak jumpa dia sebab dia nak sambung bukan kat UK, so aku pun setuju untuk pergi Bristol.

Tapi aku bagitau Abg Tra, ‘nak study’. Kena study gak.  Banyak sangat excuse aku sejak kebelakangan nih. Nasib baik dengan pipi bengkak tak lega-lega lagi nih, aku masih bleh buat kerja. Tapi minggu lepas tak jumpa supervisor. Khamis nih jumpa. Minggu depan pun aku tak cadang nak mintak break sebab dia baik sangat dengan aku. Lagipun kalau tak jumpa pun, duk rumah jer atau beraya kot belah-belah sini.

Anyway, tahun ni rasanya lain sedikitlah rayanya berbanding waktu aku kat London dulu. Dulu waktu baru sampai, tak kenal sesapa. Gi beraya rumah Tahir SAHAJA. Oh tak, Tahir bawak pergi rumah mak cik dia, tapi takde la kuih raya ke aper. Kat sini banyak Malaysian, agaknya ader la kot sambutan aper-aper.

Aku duk cadang nak buat 2 kuih raya. Ambitious nih! Entah jadi ke tidak. Selalunya kalau tolong mak aku buat kuih raya, aku hanya jadi tukang bentukkan kuih tuh jadi bulat-bulat. Tak pernah uli aper pun. Takpe takpe, tahun nih cuba. Cuba dengan kuantiti sikit. Kalau jadi, bleh buat banyak. Kalau tak jadi, cari biskut kat Tesco sebagai kuih raya.

Semalam aku dah mula makan benda sedikit keras. Fish finger semalam. Hari ni mi kari separa jadi. Ooh, lupa bubuh sos. Padanla. Aiseh, dah taip nih baru teringat aper yang kurang. Bengkak kat pipi dah mula hilang. Ok laa. Life moves on:)

Comments (16)

Category: Durham

Amsterdam Video Log

Tuesday, 23 of September, 2008 at 7:48 pm

Video log untuk trip ke Amsterdam itu hari.

Leave a comment

Category: Out of Durham, Video Log

Various

Monday, 22 of September, 2008 at 4:39 pm

1

It is all about my pipi bengkak these days.

Kak Nur tanya, sama ada aku join Yusran dan Amirul berbuka di masjid. Aku cakap, ‘tak boleh makan benda keras, Kak Nur.’ Dah mula craving, tapi takpa, aku boleh settle down makan benda-benda lembut. Malam ni nak pergi Tesco cari benda-benda makan yang lembut. Yogurt, cheese cake, what else? Hm..

2

lego

Lego hadiah birthday aku hari tu dah siap dipasang semalam. Aku buat sikit-sikit. Ada dekat 60 steps untuk siapkan dia, setiap 10 steps amik masa dalam 40 minit gak. Berapa hari ntah aku buat.

Kereta nih boleh buka pintu dan bumbung atas (bottom right) dan juga boleh buka enjin depan (top right).

3

Abg Tra, Heroes season 3 episod 0 dah keluar. Itu episod yang recap season 1 dan 2. Season 3 Episod 1 keluar esok waktu UK.

4

I’m back in t-shirt. Dah seminggu duk pakai kemeja. Hari ni dah boleh pedo-pedo masukkan kepala.

5

Free advertising. Aku dah ada column untuk gambar bersaiz 336×280 kat sebelah menu kanan aku. So to all my friends, subscribers and pembaca blog tetap, you are all invited to advertise your site (or your book, if you write one:). Just send me the picture of that particular size or smaller, together with links to lutfiamri (at) live.com.my

*Pictures and links may be rejected/resized if it is too cheesy or overshadowing my main picture on the blog (haha). Links will be rotated randomly.

Comments (3)

Category: Durham

Two days

Sunday, 21 of September, 2008 at 8:40 pm

In two days a lot of things actually happen.

Jumaat malam, darah keluar dari mulut aku tak berhenti-henti sampai tengah hari Sabtu. No, I do not eat makanan-makanan keras. Kinda getting tired of people assuming that. Disebabkan bahagian kanan aku numb dan tak terasa apa, mungkin aku dah terketap gigi di sebelah kiri, dan pada masa sama di sebelah kanan mencederakan isi kat dalam yang tak sembuh lagi. Well, that may be the case.

Semalam dah berhenti, sampai ke hari ni aku ada sedikit ketakutan kalau-kalau darah keluar banyak.

But I guess I am getting better. Dah mula moody sikit - well, that is my normal attitude so it comes back after I’m feeling fine. Duh. Physically better walaupun aku masih tak boleh gelak mahupun tersenyum - dua-dua tuh membuatkan aku rasa sedikit sakit. Dah mula craving nak makan bebenda keras. So, guess that my appetite is back. Tapi mungkin jugak sebab dah penat makan benda-benda lembut - bubur, sup dan roti atau biskut dicicah air. Dah 6 hari dah masuk hari ni.

Bengkak dah berkurangan. So, guess it is going well. Damn, it is a pain to remember.

Comments (3)

Category: Durham

Kemeja

Friday, 19 of September, 2008 at 5:33 pm

Yasmin dah balik Malaysia hari ni. Semalam dia tanya aku, ‘kenapa you pakai smart-smart nih?’. Kitorang dekat rumah Yasmin beramai-ramai berbuka puasa (bagi yang berpuasa, oops) untuk mengucapkan selamat tinggal pada Yasmin.

duduktembamAku jawab, ‘kemeja jer yang boleh pakai’, mengingatkan balik pada Yasmin yang aku takleh pakai baju bukan kemeja sebab susah nak sarung kepala. Yasmin teringat sebab dia ari tu menunggu dengan Zeah sampai ke petang di hospital. To Yasmin, thanks a lot for that day, and for all the fun with Wii and UNO. Hopefully you arrive safely to your beloved husband and family:)

Untuk dua tiga hari ni, aku hanya memakai baju kemeja jer. Dan kemudian sarung dengan baju sejuk. So macam mana pipi aku? Tengok gambar sebelah, gambar lepas balik dari solat Jumaat. Cam dah kurang sikit tapi masih ada la tembam sebelah. Macam ubi plak.

Walaubagaimanapun, aku masih takleh kunyah bebenda keras. Semua kena telan macam tu jer. Pagi tadi bangun (dan semalam jugak), darah keluar dari mulut. Probably dari tempat luka kot. Aku pun tak tahu sebabnya. Aku dah gi jumpa doktor dan dapatkan antibiotik, sebab aku baca dalam internet, maybe dah ader infection.
Semalam Putri bagitau yang waktu dia cabut wisdom tooth dia, tak jadi pipi kembang macam aku.

Sekarang darah tak keluar dah kot mulut. Tadi baru lepas melantak yogurt dan 2 slice kek cheese. Tetiba nampak kek cheese kat Tesco Pekan Durham. Apa lagi, makanan yang lembut, boleh la.

Tapi agak bagus jugaklah sebab aku taklah craving nak makan bebenda keras. Semalam diorang makan pizza, aku rasa biasa jer. Taklah terliur sangat. Sebenarnya nak makan pun tak berapa ada mood. Tapi sebab perut lapar jer.

Comments (3)

Category: Durham

Kembang pipi

Thursday, 18 of September, 2008 at 11:21 am

So, how am I doing? Pipi masih lagi bengkak. Kalau tengok kat cermin, nampak la kembang sebelah. Bila aku tutup muka aku sebelah kiri, terus aku teringat sorang kawan aku kat USM dulu. Takde lah kesakitan yang teruk, cuma bila sujud, rasa macam pipi jatuh. Aku baca dalam internet, katanya 2-3 hari juga sementara nak surut. Kalau ada infection bleh lama lagi. Hopefully tak lama sangat.

Nak raya dah ek. Zakat fitrah tak bayar lagi nih. Ader amil ke ek? Tahun 2006, aku datang UK 10 hari selepas puasa, so dah bayar siap-siap kat Malaysia. Tahun lepas aku balik Malaysia waktu minggu kedua puasa, pun sempat bayar kat Malaysia. Tahun ni, agaknya esok waktu khutbah ader kot diorang cakap.

Ada jugak terasa di hati nak turun Bristol atau naik Dundee. Raya dengan Abg Tra atau Mahadi. Tapi banyak sangat benda yang menangguhkan aku study. Nih bengkak pipi lagi. So, probably tak gi mana-mana kot. But we’ll see.

Salah satu benda yang aku suka fasal sambut raya kat UK ialah sambutan dia yang simple. Actually, kemeriahan di Malaysia pun best. Tapi bila dah jadi student research, rasa bagus jugak yang hari rayanya simple. Sekurang-kurangnya taklah teraffect sangat jadual study. Lagipun suasananya tak macam kat Malaysia yang penuh dengan lagu-lagu raya, iklan raya dan sales raya. Jadi taklah terasa ketinggalan sangat. Cukup sambut sehari, dah okey. By that time, kengkawan aku pun dah banyak yang balik Malaysia (Yasmin, Putri, Syaheera Singaporean, Nurul Brunei) tapi Zeah, Zatul, Arni, Kak Nur, Kak Shifa dan my housemates are still here. Rasanya better dari raya aku 2 tahun lepas yang mana aku pergi rumah Tahir di waktu paginya dan kemudian naik London Eye waktu petang. Haha.

gemukTapi sekurang-kurangnya dengan sambutan raya yang sederhana, taklah terasa melampau sangat. Ramadhan tak seberapa, pastu raya nak lebih-lebih. Nih kira okey la kan.

At the mo, aku tak berani makan bebenda keras. Lagipun gigi tak larat mengunyah sebab kalau kunyah sebelah kanan pipi aku terasa. Kalau tak tengok cermin, taklah rasa teruk sangat. But I’ll survive, InsyaAllah:)

[Gambar: aku cuba mirrorkan gambar yang aku amik semalam untuk tengok macammana rupa aku kalau gemuk:D

Damn, I’m so positive about this swollen cheek:>]

Comments (3)

Category: Durham

As the sun rises...


Subscribe by e-mail

Get updates through email whenever I updated this blog. Sure, only if you don't mind having my updates flooding your mailbox. But anyway, it had been set to send maximum of 1 email per day, so it seems fine if you check you email everyday. Otherwise, it still going to flood your mailbox.

web statistics