define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Pusing Nairn - Pagi Hari di Durham

Pusing Nairn

Tengah taip dalam phone. Lokasi – Nairn, dekat Inverness di utara Scotland.

Lepas balik dari Loch Ness, mak dan abah lepak kat caravan, kitorang berlima jalan-jalan di sekitar Nairn. Pusing Brody Castle dan ke tepi pantai waktu matahari dah terbenam.

Lepas kitorang beli barang makanan kat Somerfield, kitorang pun masuk town centre. Alih alih kitorang salah masuk one way dari arah bertentangan. Waktu kitorang perasaan yang kitorang salah jalan, terus nampak ada kereta polis kat sebelah kitorang.

Zeah tengah drive waktu tu. Aku dah kecut kat belakang sebab aku yang suruh masuk ikut situ. Polis tu minta lesen dan dia teka yang kitorang naik kereta sewa.

Dia tanya kitorang nak pergi ke mana dan dia cakap,’ikut saya…’ aku dah berderau sebab ingatkan dia nak suruh ke balai. Dahlah kitorang sebelum ni dah sesat ke balai polis.

Dia sambung, ‘…saya hantar ke tempat tu’. Semua orang lega tapi masih lagi tergamam.

Fuh, nasib tak kena saman. Kami akhiri perjalanan malam ni dengan mengekori kereta polis balik tempat caravan.


One Response to “Pusing Nairn”

  1. Nursyeff@rni says:

    Salam, Shouldn’t blame 100% on us,it was raining & dark and the sign is not clearly visible in that condition.

    Oh and I didn’t expect Zeah to think of the extreme procedure masa kena tahan tu! Alhamdulillah with smiles (not everyone was smiling – i could hear me and mahadi saying a few words/lines together with zeah masa polis tu tanya soalan haha) and also with the innocent faces (and for some – speechless, blank face kot) in the car, everything went fine.. =)

    Plus, bukan selalu dapat kena escort by polis tau.. tapi u r right masa dia ckp “please follow me” memang terdetik gak nak kena bwk gi balai polis tapi syukur alhamdulillah, tidak.

    Furthermore.. dalam keadaan terkejut + tergamam + kecut perut dah.. maseh jugak sempat nak memvideo ;oP dan masing2 didn’t realize that we followed the police car dlm keadaan senyap sunyi tanpa music/radio – terus off.

    So people.. please avoid the red sign with a white line in the middle to avoid from being escorted by police cars hehe..

Leave a Reply

See also: