define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Mix - Pagi Hari di Durham

Mix

Basikal

img_3268Aku dah jual basikal aku yang aku beli kat Brunel dulu. Disebabkan bebudak rumah sebelah tetiba membuat onar gara-gara tak pinjamkan basikal (kitorang suspek itu sebabnya), aku terus listkan basikal aku dalam ebay. Tapi delivery method : PICK UP ONLY. Aku pun tak tahu berjaya dijual ke tak pada mula-mulanya.

Alih-alih, aku kat Scotland hari tu, aku dapat email dari seorang nenek, dia nak beli basikal untuk cucunya. Dipendekkan cerita, basikal tu pun terjuallah semalam dengan harga 30 pound. Daripada dibiar berkarat dan tak boleh naik, okey lah juga dibiarkan ia pergi. Boleh la belanja duit tu untuk benda-benda yang perlu (dan tidak perlu juga)

[Gambar: Basikal yang banyak berjasa di Brunel dulu. Meredah kedinginan siang dan malam berulang alik ke universiti. Uuh, those sweet days]

Sweet Days?

img_3037Walaupun aku dah duduk luar, aku, Andros dan Kak Nur selalu gak gi shopping kat Tesco sama-sama. Oh, lupa nak boh Andros dalam senarai ‘So Long Farewell’ September. Andros pun abis bulan September nih. Agak sedih gak la sebab dia jer orang UK yang aku kenal sekarang nih yang aku bleh talk in a real friend mode.

Dah la dia nak gi Cyprus lepas abis sebab nak gi rumah ayah dia.

Takpe takpe, then I got a reason to visit Cyprus.

[Gambar: Aku dan Andros. Aku dan Kak Nur celebrate belated birthday Andros itu hari:]

Waktu aku dalam perjalanan pulang dari Scotland, aku terima email dari host brother aku di Jepun, Ken.

Dah lama jugak dia tak contact aku, alih-alih dia hantar email sebab dia pergi Kyoto dan dia bergambar

20080820205257_479123562

dengan bukit yang ada diorang bakar huruf [rujuk gambar]. Kat Jepun ada festival selepas musim menuai, diorang bakar beberapa huruf kat gunung untuk meraikan tamat musim menuai. Semua informasi ni aku tahu dari membaca Detective Conan.

Host brother aku Ken teringat aku sebab dalam salah satu buku Detective Conan (kalau tak silap aku No 7), ader citer fasal Conan ke festival yang macam ni.  Dia tahu yang aku suka sangat Conan.

Aaah.. damn, I do easily attached to people. Now I’m thinking of going visiting Japan again. But hey, I’m doing PhD, not suppose to berjalan giler2. Aaah.

Mom & Dad

Dah kurang 2 minggu mak dan abah nak balik Malaysia. Seriously I’ve changed a lot. Kalau waktu aku kecik dulu (dulu waktu Darjah 6, aku duduk dengan tok aku sebab abah nak pencen tengah tahun, taknak kacau UPSR), aku sure nangis kalau mak dan abah nak balik. Biasa la kan, anak bongsu.

Tapi Alhamdulillah, kalau kat Brunel dulu, okey jer walaupun time-time raya. InsyaAllah okey jer kot kalo parents aku balik kali ni. Bukannya apa, perasaan aku sedikit bercampur baur juga. Memanglah seronok diorang ada kat sini, tapi selalunya aku kesian dengan parents aku sebab takde apa nak buat. Bila gi Amsterdam atau Scotland, kira ada la aktiviti. Nih dah balik dari Scotland, diorang tak keluar mana pun sebab aku kena recover study. [Sigh]


One Response to “Mix”

  1. Razali says:

    Huhuhu….kenapa tak jual beskal hebat tu kat aku??? mcm best aja kalau dibawak lenjan…..hehehe

Leave a Reply

See also: