define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Hey baby! - Pagi Hari di Durham

Hey baby!

7.30 petang (tak Maghrib lagi), mega merah di angkasa.

Aku melangkah kaki ke rumah bebudak Brunei. Membawa cakera keras mudah alih ke rumah Arni. Gambar-gambar Amsterdam masih belum diambil. Juga gambar Scotland.

Aku melalui jalan potong di belakang dewan. Ternampak sekumpulan remaja perempuan dan satu dua kanak-kanak sedang melepak di sebelah jalan kecil itu. Dalam lingkungan 10 hingga 14 atau 15 tahun. Adalah dekat 8 orang.

Tangan diseluk ke dalam poket depan baju panas. Mata memandang ke depan. Kontrol macho. Haha.

Tetiba seorang menegur, ‘hey!’

Dan lagi seorang, ‘hey ya’.

Aku terkesima. Aiseh, terasalah macam perempuan-perempuan Malaysia yang diganggu dengan lelaki-lelaki di pinggir jalan. Tapi, terbalik kes lah pulak.

Nak buat tak tahu ke, nak senyum? Teringat kawan aku kena sumpah seranah. Aku kena ‘hey’ dengan nada gersang elok, sudah cukup baik.

Aku memandang ke arah mereka, sedikit tersenyum. Kalau reaksi negatif, nanti lagi teruk kena, ye tak? Lagipun setakat senyum. Lelaki bukan boleh kena rogol, ye tak? Oops, teringat pulak cerita panas di Malaysia. Betulkan kenyataan – lelaki bukan boleh kena rogol dengan perempuan, ye tak?

Lagi aku senyum, lagi banyak pula yang ber’hey hey’. Sampai ada salah seorang menjerit, ‘hey baby!’

Aah, nasib baik muka aku memang tak boleh merah, kalau tak dah tentu merah padam.

Kena komen racism – sudah
Kena campak dengan telur – sudah
Kena tegur dengan budak perempuan 5 tahun yang suka basikal aku (Imagine when she’s grew up she’s gonna go like, ‘uuh, nice bike’) – sudah
Kena kacau dengan bebudak perempuan bawah umur – hm.. baru sudah.


4 Responses to “Hey baby!”

  1. nuar says:

    Macam best jer kene kaco ngan budak pempuan.
    wakakaka

  2. iNa says:

    ……….

  3. Pingu Toha says:

    Ish…ish…ish… Paedophilia rupanya kwn aku ni…

  4. Maybe it’s like a reversal. Old caucasian dicks like asian girls. Caucasian tweens like young asians kot. LOL!

Leave a Reply

See also: