define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Bumbung - Pagi Hari di Durham

Bumbung

Pukul 2 petang. Masih belum mandi. Bukanlah teruk sangatpun kalau belum mandi pukul 2 petang di UK. Badan tak berpeluh dan alasan-alasan yang sewaktu dengannya. Tapi hari ni, aku punya sebab baik kenapa tidak mandi. Tuan rumah aku bertukang di dalam bilik air. Oh, tiada apa-apa benda buruk berlaku, sekadar budak nakal sebelah rumah mengorek lubang di atas bumbung rumah (bumbung rumah rata macam dalam video Simple Plan  – Perfect tuh, tapi yang ni bumbung rumah yang ground floor, so bleh nampak bumbung tu berlubang dari rumah aku).

Budak-budak nakal…. Kecoh sebenarnya rumah kitorang fasal isu ni. Bumbung tu pecah, jadi air masuk dan bertakung dalam siling kat dalam bilik air. Mak aku suspek diorang buat macam tu sebab tunjuk perasaan sebab tak bagi pinjam basikal yang aku bawa balik dari London hari tu. Duk tersadai basikal tu kat belakang rumah, menarik perhatian kanak-kanak inilah.

Tegang sedikit suasana dalam rumah. Yer la, memandangkan kitorang ni foreigner, rasa la semacam sikit. Sebab bebudak tu rasanya tak berani buat bebenda macam tu kat rumah orang UK.

Mak dan ayah aku berjalan-jalan ke kawasan sekitar nih. Alih-alih ader orang Malaysia yang dia terjumpa cakap, ‘jangan jalan ke situ, ada budak-budak baling batu’.

Aku sebenarnya kurang sedap sikit dengar fasal tu. Sebab mentaliti aku tak sama. Aku tak berapa suka kalau mak ayah aku balik nanti, diorang cerita budak-budak UK nih kurang ajar.

Nih kawasan kampung, memang bebudak dia ganas sikit. Kawan aku pernah kena swear words waktu mengayuh basikal kat area ni. Aku pelik. Aku lain jer.. Aku dah cerita ari tu – aku kayuh basikal, sorang remaja perempuan (yang nampak liar) mendekati aku sambil menyanyi lagu Cranberries – Zombie; aku nyanyi sama-sama dia. Mungkin aku yang weirdo, boleh turut menyanyi tengah-tengah orang tak berapa betul buat macam tu. Tapi, esoknya waktu aku berjalan merentasi denai ke arah rumah Bruneian, budak perempuan tu tegur, ‘hey, aren’t you the guy who sung the other day?’

‘Yes, I am’, aku tersenyum sambil menangkat tangan menandakan selamat tinggal.

I dunno man, this kids are naughty, but you gotta treat them with respect! Entah, mungkin pengalaman mengajar kelas-kelas hujung waktu kat SMK Merbok dan SMK Bedong waktu jadi guru ganti dulu mengingatkan aku kot.

Aku cakap kat mak aku, ‘mak, kita ni orang luar. Kalau orang putih datang masuk kampung kita pastu menyombong jer, sure la orang-orang tak suka’. Analogi.

Harap-harap takde dah isu-isu nih berbangkit waktu parents aku ada kat sini; dan selepas itu pun lah.


3 Responses to “Bumbung”

  1. khalidah says:

    sí estoy de acuerdo realmente con usted. Adat merantau, ‘Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’ and ‘Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’…ow to translate these… hahahhahaa
    Ich bin sicher, dass Sie sich glücklich fühlen, weil ich addmit, dass Sie recht haben :)

  2. Nursyeff@rni says:

    Lutfi.. Bukannya kita nak bersombong ngan bebudak nih tapi diorang yg memang kurang respect kat kita.. Baru2 ni dorang ketuk pintu belakang, pas tu panggil pakai tangan macam nak carik gaduh je.. Tapi dah negeri dorang kan.. kita x leh la lebih2.. Kes2 baling2 batu tu memang pernah terjadi, so x salah kita sesama melayu beringat-ingat sebelum kena.. it’s for our own good. Setelah hampir2 rumah kena pecah masuk dulu, kitorang dah meningkatkan kewaspadaan.. ni x sangka pulak dorang sampai berani nk mengorek bumbung rumah kau.. hope everything’s gonna be fine pas nih.

  3. huda says:

    huda setuju dengan pendapat am tu…mmg betul pun…huda pun pernah mengajar kelas hujung…went we show respect to them they do the same thing to us…and yg pasal masuk kg org tu pun betul^_^

Leave a Reply

See also: