define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); A taste of Amsterdam - Pagi Hari di Durham

A taste of Amsterdam

Rasanya, yang paling kekal dalam ingatan dalam perjalanan kami bersepuluh ialah ketika kapal meninggalkan perairan Belanda, memasuki ke Laut Utara (North Sea). Ombak beralun dengan sangat kuat, cuaca semakin mendung dan kapal dipukul kuat oleh ombak. Kami yang ketika itu berada di depan kapal, terhenti dari bermain Uno. Semuanya sedikit kecut dengan hayunan kapal yang naik dan turun. Seorang demi seorang beralah masuk ke bilik. Yusran muntah-muntah. Mahadi? Selamat tidur seperti tiada apa-apa (Mahadi, that’s ironic isn’t it?). Aku sangat jeles dengan Mahadi yang bleh senang-senang jer tido di kala orang lain takut-takut.

Other than that, the journey was great and sweet. Agak susah jugak nak kumpulkan 10 orang naik satu kapal, ditambah dengan mak dan ayah aku dan kawan sekampung Mahadi – I couldn’t ask for more. I am blessed.

Tapi dah berapa lama tak menyebai, aku ‘berjaya’ menyebai di Amsterdam. Citer dia mudah jer. Seperti kebiasannya sejak parents aku sampai di UK, aku bawak la diorang pusing-pusing. Kalau kat MetroCentre, sementara menunggu Kak Shifa dan Kak Dijah bershopping, kitorang melepak kat Starbucks. Waktu kat York, sementara aku nak pusing-pusing, aku tinggalkan kejap parents aku kat kedai kopi gak kat situ. Dah mak dan ayah aku tak larat nak jalan-jalan lebih, so aku tinggalkan la sekejap, dalam tak sampai setengah jam.

Aku nak buat la macam tu jugak itu hari. Saja nak pusing-pusing sorang, bleh jalan laju sikit. So aku masuk kedai halal nih, order kopi, teh dan sandwich. Aku nak blah, tapi kononnya nak beradab sikit, bagitau la kat tuan kedai. Sekali tuan kedai tak bagi. Dia kata kalau setakat makan sandwich, sekejap jer. Aku cakap, tapi dah order makanan kan. Sementara parents aku nak makan. Dia bagi alasan, nanti bila pelanggan dia datang, sampai 20-30 orang, macam mana?

Aku bara. Tapi disebabkan aku malas nak cari gaduh, aku beralah. Parents aku senyap jer tengok aku, diorang tau yang aku tengah marah. Lepas makan, bayar kat orang lain, aku blah tanpa mengucapkan terima kasih (bagi orang Eropah, selalunya agak bigger deal untuk cakap terima kasih, so diharap dia sedar yang aku marah). Sepanjang 15 minit kitorang kat situ, sorang pelanggan pun tak masuk kedai dia.

Pastu, mak aku insists aku pergi jalan sorang-sorang gak sebab dia tau aku dah merajuk macam zaman-zaman kecik-kecik dulu (lama giler tak buat perangai macam nih). Mak dan ayah aku tunggu kejap kat tempat bas nak amik kitorang sementara aku gi join Mahadi and the rest jalan penutup kat Amsterdam. Mahadi, nampak je muka aku terus :- ‘what’s wrong’. Sekali lagi aku menyumpah seranah orang itu – ‘Well, it’s not like I don’t buy anything!’. Lepas dah marah-marah, mood aku pun baik kembali.

amsterdam2

amsterdam1


3 Responses to “A taste of Amsterdam”

  1. nuar says:

    boleh ek macam tue…
    ciannya..
    tapi peliklah..

  2. mahadi says:

    dah terbuai2 camtu apa lagi.bukan senang nk merasa tido dlm ‘buaian’ yg besar. he….

  3. Emmy Hermina Nathasia says:

    wah haha… bukan senang nak nampak am mengamuk!

Leave a Reply

See also: