Hey baby!

Friday, 29 of August, 2008 at 10:14 pm

7.30 petang (tak Maghrib lagi), mega merah di angkasa.

Aku melangkah kaki ke rumah bebudak Brunei. Membawa cakera keras mudah alih ke rumah Arni. Gambar-gambar Amsterdam masih belum diambil. Juga gambar Scotland.

Aku melalui jalan potong di belakang dewan. Ternampak sekumpulan remaja perempuan dan satu dua kanak-kanak sedang melepak di sebelah jalan kecil itu. Dalam lingkungan 10 hingga 14 atau 15 tahun. Adalah dekat 8 orang.

Tangan diseluk ke dalam poket depan baju panas. Mata memandang ke depan. Kontrol macho. Haha.

Tetiba seorang menegur, ‘hey!’

Dan lagi seorang, ‘hey ya’.

Aku terkesima. Aiseh, terasalah macam perempuan-perempuan Malaysia yang diganggu dengan lelaki-lelaki di pinggir jalan. Tapi, terbalik kes lah pulak.

Nak buat tak tahu ke, nak senyum? Teringat kawan aku kena sumpah seranah. Aku kena ‘hey’ dengan nada gersang elok, sudah cukup baik.

Aku memandang ke arah mereka, sedikit tersenyum. Kalau reaksi negatif, nanti lagi teruk kena, ye tak? Lagipun setakat senyum. Lelaki bukan boleh kena rogol, ye tak? Oops, teringat pulak cerita panas di Malaysia. Betulkan kenyataan - lelaki bukan boleh kena rogol dengan perempuan, ye tak?

Lagi aku senyum, lagi banyak pula yang ber’hey hey’. Sampai ada salah seorang menjerit, ‘hey baby!’

Aah, nasib baik muka aku memang tak boleh merah, kalau tak dah tentu merah padam.

Kena komen racism - sudah
Kena campak dengan telur - sudah
Kena tegur dengan budak perempuan 5 tahun yang suka basikal aku (Imagine when she’s grew up she’s gonna go like, ‘uuh, nice bike’) - sudah
Kena kacau dengan bebudak perempuan bawah umur - hm.. baru sudah.

Comments (4)

Category: Durham

Mix

Wednesday, 27 of August, 2008 at 10:26 pm

Basikal

img_3268Aku dah jual basikal aku yang aku beli kat Brunel dulu. Disebabkan bebudak rumah sebelah tetiba membuat onar gara-gara tak pinjamkan basikal (kitorang suspek itu sebabnya), aku terus listkan basikal aku dalam ebay. Tapi delivery method : PICK UP ONLY. Aku pun tak tahu berjaya dijual ke tak pada mula-mulanya.

Alih-alih, aku kat Scotland hari tu, aku dapat email dari seorang nenek, dia nak beli basikal untuk cucunya. Dipendekkan cerita, basikal tu pun terjuallah semalam dengan harga 30 pound. Daripada dibiar berkarat dan tak boleh naik, okey lah juga dibiarkan ia pergi. Boleh la belanja duit tu untuk benda-benda yang perlu (dan tidak perlu juga)

[Gambar: Basikal yang banyak berjasa di Brunel dulu. Meredah kedinginan siang dan malam berulang alik ke universiti. Uuh, those sweet days]

Sweet Days?

img_3037Walaupun aku dah duduk luar, aku, Andros dan Kak Nur selalu gak gi shopping kat Tesco sama-sama. Oh, lupa nak boh Andros dalam senarai ‘So Long Farewell’ September. Andros pun abis bulan September nih. Agak sedih gak la sebab dia jer orang UK yang aku kenal sekarang nih yang aku bleh talk in a real friend mode.

Dah la dia nak gi Cyprus lepas abis sebab nak gi rumah ayah dia.

Takpe takpe, then I got a reason to visit Cyprus.

[Gambar: Aku dan Andros. Aku dan Kak Nur celebrate belated birthday Andros itu hari:]

Waktu aku dalam perjalanan pulang dari Scotland, aku terima email dari host brother aku di Jepun, Ken.

Dah lama jugak dia tak contact aku, alih-alih dia hantar email sebab dia pergi Kyoto dan dia bergambar

20080820205257_479123562

dengan bukit yang ada diorang bakar huruf [rujuk gambar]. Kat Jepun ada festival selepas musim menuai, diorang bakar beberapa huruf kat gunung untuk meraikan tamat musim menuai. Semua informasi ni aku tahu dari membaca Detective Conan.

Host brother aku Ken teringat aku sebab dalam salah satu buku Detective Conan (kalau tak silap aku No 7), ader citer fasal Conan ke festival yang macam ni.  Dia tahu yang aku suka sangat Conan.

Aaah.. damn, I do easily attached to people. Now I’m thinking of going visiting Japan again. But hey, I’m doing PhD, not suppose to berjalan giler2. Aaah.

Mom & Dad

Dah kurang 2 minggu mak dan abah nak balik Malaysia. Seriously I’ve changed a lot. Kalau waktu aku kecik dulu (dulu waktu Darjah 6, aku duduk dengan tok aku sebab abah nak pencen tengah tahun, taknak kacau UPSR), aku sure nangis kalau mak dan abah nak balik. Biasa la kan, anak bongsu.

Tapi Alhamdulillah, kalau kat Brunel dulu, okey jer walaupun time-time raya. InsyaAllah okey jer kot kalo parents aku balik kali ni. Bukannya apa, perasaan aku sedikit bercampur baur juga. Memanglah seronok diorang ada kat sini, tapi selalunya aku kesian dengan parents aku sebab takde apa nak buat. Bila gi Amsterdam atau Scotland, kira ada la aktiviti. Nih dah balik dari Scotland, diorang tak keluar mana pun sebab aku kena recover study. [Sigh]

Comments (1)

Category: Durham

Scotland Pictures

Wednesday, 27 of August, 2008 at 1:53 pm

For the story, please refer to Arni’s blog entitled Amazingly beautiful =). Arni is one of the Bruneians who was in the trip.

scotland1

Being kiddos on the way to Nairn. Damn I look like a chimp.

scotland2

Mom and Dad by the Scottish houses.

scotland3

scotland4

scotland5

Everyone by Loch Ness

scotland6

In front of Urquhart Castle

scotland7

scotland8

Dunrobin Castle

scotland9

Playing Uno in the garden by the sea and castle

scotland10

Dunrobin Castle

scotland11

Inverness Castle

Comments (5)

Category: Out of Durham

‘So Long, Farewell’ September

Tuesday, 26 of August, 2008 at 10:04 am

August is approaching its end. Bulan puasa dah nak tiba. Tapi kiranya ramai jugak orang-orang kat sini yang nak balik Malaysia.

Mak dan ayah aku balik 8hb dari London.
Hairi akhir bulan nih dah balik.
Putri, Yasmin semuanya dah habis dan nak balik.
Singaporean Shaheera as well.
Bruneian is on the line - balik ke tak…
Abg Tra pun cakap dia akan balik pada bulan September.
Mahadi pun ada cadang nak balik beraya di Malaysia.

Well..

On the other hand, a lot of tv shows starts this September. Here are the release dates:-

1 September - One Tree Hill Season 6
1 September - Gossip Girl Season 2
4 September - Amazing Race Asia Season 3
22 September - Heroes Season 3
25 September - Survivor : Gabon (Season 17)
25 September - Ugly Betty Season 3
28 September - Desperate Housewives Season 5
28 September - Amazing Race Season 12
29 September - Chuck Season 2

Oh yeh, socializing with the tv-series, that IS adorable. Duh

Comments (4)

Category: Durham

Pusing Nairn

Saturday, 23 of August, 2008 at 10:24 pm

Tengah taip dalam phone. Lokasi - Nairn, dekat Inverness di utara Scotland.

Lepas balik dari Loch Ness, mak dan abah lepak kat caravan, kitorang berlima jalan-jalan di sekitar Nairn. Pusing Brody Castle dan ke tepi pantai waktu matahari dah terbenam.

Lepas kitorang beli barang makanan kat Somerfield, kitorang pun masuk town centre. Alih alih kitorang salah masuk one way dari arah bertentangan. Waktu kitorang perasaan yang kitorang salah jalan, terus nampak ada kereta polis kat sebelah kitorang.

Zeah tengah drive waktu tu. Aku dah kecut kat belakang sebab aku yang suruh masuk ikut situ. Polis tu minta lesen dan dia teka yang kitorang naik kereta sewa.

Dia tanya kitorang nak pergi ke mana dan dia cakap,’ikut saya…’ aku dah berderau sebab ingatkan dia nak suruh ke balai. Dahlah kitorang sebelum ni dah sesat ke balai polis.

Dia sambung, ‘…saya hantar ke tempat tu’. Semua orang lega tapi masih lagi tergamam.

Fuh, nasib tak kena saman. Kami akhiri perjalanan malam ni dengan mengekori kereta polis balik tempat caravan.

Comments (1)

Category: Out of Durham

Melepas aura?

Thursday, 21 of August, 2008 at 9:02 pm

8 lebih malam.

Status di YM: ~ membakar CD lagu untuk dibawa berjalan esok. Mahadi, bakar format audio kalo hang nak lagu-lagu hang. JANGAN BOH LAGU HIP HOP

Satu

Aku chat dengan Ina (x-USM, x-The Mole USM Version), tetiba bercakap tentang kawan dia (budak USM gak yang aku pernah nampak) yang tengah buat Master kat Sussex (selatan England).

Aku tanya Ina, sama ada budak tuh bawah USM, sambil otak memikirkan sama ada dia dapat sambung PhD kat UK ke tak sebab isu KPT sekarang nih.

Amri: ghause tu dok online lg kah?
Ina: aah
Ina: nape?
Amri: dia attach ngan usm ke?
Ina: ye la kot
Ina: tp phd die dh mcm nk sngkut
Amri: ish, macam tahu jer nak tanya

Wah, cam tahu-tahu jer apa aku fikir. Takpelah, kebetulan kot.

Dua

Pada waktu yang sama aku berchat juga dengan Zeah (Brunei, budak Durham).

Cakap fasal insuran kereta sebab sewa atas nama dia. Pada ketika itu aku memasang lagu David Cook - Always be My Baby. Tetiba aku teringat yang aku tak burn lagi CD audio untuk didengar dalam kereta esok.

Amri: aah, tak burn lagi cd lagu
Zeah: arni dah
Zeah: aku dengar je
Amri: aku nak burn
Amri: skarang nih
Zeah: ko ada lagu si david cook?
Zeah: burn sekali eh… yg mariah cary
Zeah: tq
Amri: mariah carey?
Amri: mana ada
Arni Brunei: ohh
Arni Brunei: yg lagu always be my baby tue

Eh, dapat tahu ke aper yang aku yang aku tengah dengar sekarang nih. Hmm… kebetulan yang menarik:D

Tiga

Berchat juga dengan Kak Khalidah pada masa yang sama. Sedang mengeji dia dalam hati (dan tengah tulis dalam blog), nak buat eksperimen; dia terperasan ke tak. Haha

p.s: Amri melepas aura!

Comments (2)

Category: Durham

Bumbung

Wednesday, 20 of August, 2008 at 2:15 pm

Pukul 2 petang. Masih belum mandi. Bukanlah teruk sangatpun kalau belum mandi pukul 2 petang di UK. Badan tak berpeluh dan alasan-alasan yang sewaktu dengannya. Tapi hari ni, aku punya sebab baik kenapa tidak mandi. Tuan rumah aku bertukang di dalam bilik air. Oh, tiada apa-apa benda buruk berlaku, sekadar budak nakal sebelah rumah mengorek lubang di atas bumbung rumah (bumbung rumah rata macam dalam video Simple Plan  - Perfect tuh, tapi yang ni bumbung rumah yang ground floor, so bleh nampak bumbung tu berlubang dari rumah aku).

Budak-budak nakal…. Kecoh sebenarnya rumah kitorang fasal isu ni. Bumbung tu pecah, jadi air masuk dan bertakung dalam siling kat dalam bilik air. Mak aku suspek diorang buat macam tu sebab tunjuk perasaan sebab tak bagi pinjam basikal yang aku bawa balik dari London hari tu. Duk tersadai basikal tu kat belakang rumah, menarik perhatian kanak-kanak inilah.

Tegang sedikit suasana dalam rumah. Yer la, memandangkan kitorang ni foreigner, rasa la semacam sikit. Sebab bebudak tu rasanya tak berani buat bebenda macam tu kat rumah orang UK.

Mak dan ayah aku berjalan-jalan ke kawasan sekitar nih. Alih-alih ader orang Malaysia yang dia terjumpa cakap, ‘jangan jalan ke situ, ada budak-budak baling batu’.

Aku sebenarnya kurang sedap sikit dengar fasal tu. Sebab mentaliti aku tak sama. Aku tak berapa suka kalau mak ayah aku balik nanti, diorang cerita budak-budak UK nih kurang ajar.

Nih kawasan kampung, memang bebudak dia ganas sikit. Kawan aku pernah kena swear words waktu mengayuh basikal kat area ni. Aku pelik. Aku lain jer.. Aku dah cerita ari tu - aku kayuh basikal, sorang remaja perempuan (yang nampak liar) mendekati aku sambil menyanyi lagu Cranberries - Zombie; aku nyanyi sama-sama dia. Mungkin aku yang weirdo, boleh turut menyanyi tengah-tengah orang tak berapa betul buat macam tu. Tapi, esoknya waktu aku berjalan merentasi denai ke arah rumah Bruneian, budak perempuan tu tegur, ‘hey, aren’t you the guy who sung the other day?’

‘Yes, I am’, aku tersenyum sambil menangkat tangan menandakan selamat tinggal.

I dunno man, this kids are naughty, but you gotta treat them with respect! Entah, mungkin pengalaman mengajar kelas-kelas hujung waktu kat SMK Merbok dan SMK Bedong waktu jadi guru ganti dulu mengingatkan aku kot.

Aku cakap kat mak aku, ‘mak, kita ni orang luar. Kalau orang putih datang masuk kampung kita pastu menyombong jer, sure la orang-orang tak suka’. Analogi.

Harap-harap takde dah isu-isu nih berbangkit waktu parents aku ada kat sini; dan selepas itu pun lah.

Comments (3)

Category: Durham

Oh yeah?

Tuesday, 19 of August, 2008 at 10:55 am

Pdin: manjang bz ko neh.

Pdin:tau da ko pure2 je

Aku: weh, tak berpura2 laa

Aku: baru lepas vacum rumah

Pukul 5 pagi, bangun Subuh. Aku call Human Resource USM. Nak call Puan Nina tapi dia takde. Hari ni aku bangun pukul 9.30. Call skali lagi, tak dapat pulak. Line engage.

Jumaat ni nak gi berjalan lagi. Nak bawak parents aku gi Scotland. Bebudak Brunei join skali. Mahadi masih belum beri kata putus. Mengalahkan terima pinangan pulak sehingga hati berbelah bagi - oops. So minggu ni kena la rajin lebih sikit. Aku tak bagitau pun kat supervisor yang aku nak pergi Scotland. 4 hari jer. Nanti dia ingat aku banyak jalan sangat. Dahlah hari tu pergi Amsterdam dah.

Nak gi Scotland nih pun satu ‘mission’ gak. Sebab bebudak Brunei tak ler cadang nak pergi pada asalnya. So, dengan penatnya aku memujuk (Kak Khalidah should know how much I hate doing this:D); akhirnya berjaya jugak.

Tapi to Arni (on of the Bruneians) yang membaca blog aku, InsyaAllah tak menyesal gi Scotland. Scotland is beautiful and it is worth a visit.

Hmm.. bau wangi tetiba muncul dari dapur. Semalam mak masak nasi daging. Nih tak makan lagi nih. Tengah menunggu High School Musical : Get In The Picture episod 8 habis didownload. Dah 93% dah by the time I write this:D

Comments (3)

Category: Durham

Graduasi

Sunday, 17 of August, 2008 at 12:43 pm

Video log untuk hari graduasi di Brunel University itu hari. Dah sebulan dah, tapi baru edit hari ni.

Comments (2)

Category: Out of Durham, Soundtrack of My Life, Video Log

Red light district

Saturday, 16 of August, 2008 at 12:11 am

I’ve just feeling tired today. Probably because I had to go to Sunderland Hospital for my dental appointment. Gonna have my wisdom tooth removed in 8-11 weeks. It had gone bad - perhaps infected from the bad tooth close to it before, or probably because the way it came out.

Anyway, Sunderland from Durham is nearly one hour by bus. Coming back and forth, and meeting my supervisor at 3, not having lunch - I was so damn exhausted. Thanks God that Mom cooked my favourite spicy prawn - that recovered me while watching Friends on TV.

Last nite mom and dad were giggling about our experience in Amsterdam. Before departing, Andros asked me to tell him if I’ve ever gonna cross by a place call Red Light District. It’s a place where the prostitutes are finding their customer. But in a lil bit different way - they are all stay in behind the mirror advertising themselves. Well, that is what I heard.
Of course that is the place I don’t want to bring my parents to. It is just doesn’t fit - that’s pretty obvious, I should say.

So, when Kak Nur told me that she’s planning to go there when we arrive, that is the moment I asked them to just walk first and leave me and my parents behind. Ah yeah, that’s why the whole drama in the previous post happened (Andros, if you are reading this, I tell you about it later eh). But still it is for two different reasons - first, I don’t want the rest of the group to feel obliged to walk slowly just because my parents had to; second, coz they want to go to red-light so..

But the irony is, I got lost and while the rest of the group head to the flee market, I ended up bringing my parents to the red light district where lot of sex shops lie over there- selling dvd and things I don’t wanna tell in my blog. Hey, I thought when you say it is place for prostitution, it is supposed to be dark and kinda evilish look. It is actually by the canal and quite nice place to take a walk. I didn’t realize it is the red-light district up until I see there are 5 women in their bikinis behind the mirror of a shop.

I hissed to my mom, ‘mak, tu pelacur tu’ (mom, they are the prostitutes), and mom is surely surprised. That is totally not my proudest moment as a son - bringing my parents to see that. Haha. I thought it is kinda funny in a way.

I didn’t talk to my dad about it along the road but surely mom and dad talked about it. They are both

canal

laughing about it - as those prostitutes are actually are not that pretty, some are fat and pretty much not arousing (whoa, that’s a cruel way of telling, but ..)

I told Mahadi, ‘hey, I thought they are supposed to be pretty (and hot). The prostitutes’

Mahadi said, ‘No they are not’.

Ah, so much for my imagination.

[Pix: This is actually in the red light district. See.. kinda pretty innit. That’s why I dun know that it is ‘the place’]

Comments (5)

Category: English Post, Out of Durham

As the sun rises...


Subscribe by e-mail

Get updates through email whenever I updated this blog. Sure, only if you don't mind having my updates flooding your mailbox. But anyway, it had been set to send maximum of 1 email per day, so it seems fine if you check you email everyday. Otherwise, it still going to flood your mailbox.

web statistics