define('DISABLE_WP_CRON', 'true'); Surprise and nervous - Pagi Hari di Durham

Surprise and nervous

Baru balik dari parti surprise Kak Nur. Surprise party saja. Hari tu birthday Hairie pun buat surprise party gak. Aku dah selamat menyembunyikan tarikh lahir dalam Facebook (baru jer buat beberapa saat lepas) dan tarikh lahir dalam Friendster jua. Dari segi keselamatan, sebenarnya agak tidak elok memaparkan tarikh hari lahir kerana bank-bank dan perkhidmatan (seperti telefon bimbit dan perubatan) menggunakan maklumat tarikh lahir sebagai pengesahan.

Tapi kalau cakap yang sebenar, aku tak berapa suka sangat special party for myself. Paling hebat aku pernah buat pun adalah secara kecil-kecilan dengan family atau gabung birthday dengan Shila, Kimi dan Kak Mariani (semua tadi pendebat USM).

Anyway, I am counting down the day. Mak dan ayah aku akan sampai dalam 7-8 hari lagi. Oooh, kinda nervous sebab nih kali pertama diorang datang UK, kali pertama diorang fly on their own.

Aku sedikit kaget pun ada. Yalah, nanti bila sampai di sini, diorang akan duduk dengan aku. It’s gonna be my responsibility and it’s a new place for me. I’m laughing at myself sometimes. As the youngest in the family, I never take care of my parents in my own place(as I had just came out of their shell quite recently). This is gonna be a nice experience eh.

Abang aku tergelak melihat manual yang aku sediakan untuk parents aku. Aku dah buat satu buku yang agak lengkap fasal penerbangan, dan bila sampai di sini. Aku masukkan sekali muka surat yang diorang boleh gunakan untuk minta tolong dari orang awam untuk mencari platform bagasi, balai ketibaan, gate dan sebagainya. Let’s see the sneak peek down here (4 pages out of 19 pages).

guide_to_uk


4 Responses to “Surprise and nervous”

  1. Kak Nur says:

    Ehmm…no worries mike, we’ll get you into that as well..I have other means to know your DOB..:D

    wah..siap ada manual! Dahsyatnye..boleh la kot pinjam untuk kitaorang2 ni..

  2. ratu kamben says:

    Kak Nur, Happy birthday!

    Am, akak tetiba jadik terharu dengan manual itew. So nice of you!!

  3. awin says:

    hebatnya, siap ada manual~! apa lagi manual yg ada? nak order..hehe

  4. Lutfi Amri says:

    Kak Nur dan Kak Dijah, I take it as a compliment thanks

    Awin, hm.. setakat nih yg tu jer yg dibuat, but can be done upon request with small payment, cewah.. haha

Leave a Reply

See also: