Pukul 1 pagi lebih. Aku menaip post ini menggunakan handphone. Sedang duduk di meja makan rumah Kak Azu. Kak Azu ialah adik kepada kawan kak aku.
Mahadi dah selamat dibuai mimpi. Aku – tunggu subuh.
Mak dan abah dah selamat sampai pukul 9 malam. Alhamdulillah, ada special service, mak dan ayah aku ditolak dengan wheel chair sepanjang transit di KL dan Bahrain. Jadi, urusan amik tiket di kaunter pertukaran, cari gate, proses di imigresen dan mengambil beg – semuanya ditolong oleh orang airport.
Tapi, bila sampai jer kat balai ketibaan, mak dan abah dah kelihatan tersangat penat. Mak bagitau yang orang2 imigresen pakat pakat gelak baca aku punya manual panduan. Diorang pegi selak satu satu. Amazed kot sebab orang lain tak buat macam tu.
Lega juga sebab takde apa apa masalah sepanjang perjalanan. Sambil mandi kejap tadi, aku terrisau sedikit. Baru hari pertama. 8 minggu nih, aku harap semuanya berjalan lancar gak. Takpe takpe, nanti aku ajar mak ayah aku cakap BI, suruh tengok tv UK. Balik, bleh cakap English, slanga UK.
Well, they did it good today without the ability of speaking English, I’m so proud of them!
Looking out the airplane window
Thirty thousand miles of shadow
All the silver linings bend into the night
This is my soundtrack for whenever I board a plane. And mom and dad’s gonna will be aboard in 1 hour (for Penang – KL flight), so I kinda remember this song suddenly.
Status: Nervous.
Pukul 12.29am (UK) dan 7.30am di Malaysia. Kakak aku dah check in kan parents aku.
Seriously, I’m excited and nervous. I really hope that everything is smooth. I can’t do much today. I mean, I did quite a lot – pick up Mahadi in the town, play frisbee, and cooking, but whenever I had a free time, it is my time to keep thinking of ma parents.
Darn, now I understand when parents keep worrying about their children’s safety. I’m feeling it now. I guess it’s kinda overconcern, or being a lil bit overprotective.
Mahadi made a joke when I told him about what I’m thinking. He joked, ‘Takpa, depa kan dah besaq …’.
[Soundtrack of the day: Jordin Sparks - Shy Boy, I was randomly listening to her album, and eh, this techno song is kinda cool, so here it goes]
Dua tiga hari kebelakangan ni, aku bertegur sapa dengan kenalan-kenalan di Malaysia yang aku jarang-jarang bersembang. Shila dan Kimi cerita fasal diorang punya updates dan tarikh konvo. Aku ingat bulan nih, tapi lepas aku telefon Pidin, baru aku tau yang bulan depan rupanya.
Pastu Ain (x-SMKCFB), Ira (anak murid kakak aku, bekas budak SMK Labu Besar) dan Mahfuzah (debat-USM) tanya-tanya khabar. Tak sempat nak jawab kat Ira sebab connection problem, Mahfuzah plak sebab aku dah tido waktu tuh. Ain tanya fasal PhD.
So here’s the story for them:-
Dah 3 bulan dah kat UK, semuanya baik-baik belaka. Walaupun namanya musim panas, tapi cuaca kadangkala sejuk.
Hari ni Mahadi (x-SMK Merbok, MSc Physics kat Dundee,Scotland) sampai kat Durham nih, untuk sama-sama turun ke UK menjemput parents aku yang InsyaAllah sampai pada Isnin, jam 9 malam waktu UK.
Pastu konvo hari Rabu kat Brunel University, dekat pinggir London.
Life here is good.
But PhD is kinda scary.
Satu benda yang tak berapa best fasal PhD ialah aku tak tau kat mana aku skarang (takde silibus macam undergrad). Sama ada laju, biasa atau slow. Sure tak laju, tapi harap-harap tak slow. Cukup atau tidak, tu antara benda yang aku tanya pada diri sendiri. Yang okey PhD ni sebab kita boleh ikut kelajuan sendiri pada peringkat awal-awal nih. Tapi sooner or later, kena pick up pace gak. At least supervisor aku banyak membimbing, so okey la.
So ma parents gonna be here for 8 weeks. Balik bulan September. Whoa. Agak lama jugak tu. Aku bagitau kat kakak aku, ‘I ‘am’ nervous, it is like all of the responsibilities is under me, and they are gonna be in UK.’
My sis was laughing, taunting me with, ‘haha, rasakan!’
My write up
New thingy on the right bar. It is called ‘My write up’ box. Recently I’ve been using my blog quite frequently to track back my life – such as, when I moved in to new house when Amirul (my housemate) asked me or referring to my YM session with Kak Ina (Dundee) about how to make sambal; so I want to remind myself of how many write up had I done.
I went to a seminar about ‘Effective Writing of Thesis’, and the coordinator taught me of writing up lil by lil. So, that had been amount of what I had write so far. Hopefully it will motivate me to write up more:)
[Soundtrack hari ini, lagu dari zaman Form 5, Backstreet Boys - Shape of My Heart]
Fasa 1: Tetiba menghayati plak lagu Shape of My Heart. Not the meaning, much more about the tones.
Fasa 2: Potong rambut
Hari ni kali pertama aku potong rambut kat UK. Dulu waktu kat Brunel, aku tak pernah potong rambut. Waktu balik Malaysia lepas 6 bulan, mak aku sempat adjust sikit sikit. So hari ni gi potong. Sebab dulu abang ipar aku pernah cakap, kalo nak konvo patut kena potong rambut, baru nice sikit pakai topi. Dan aku teringat gambar kawan aku yang konvo dengan rambut panjang – agak buruk; so aku pun nekad membayar 6 pound untuk potong rambut.
Dah genap 3 bulan aku kat UK hari ni, so takpela. Kiranya purata 2 pounds sebulan. Tapi kalau kira duk membazir kot benda lain..
[Gambar: Kat kedai Lebanon - Basha Grill, tengah tunggu makan. Baru lepas tengok Wanted dengan Kak Nur, Yasmin dan Kak Dijah]
[Soundtrack hari ini - Chris Richardson (Top 6 American Idol sama season dengan Jordin Sparks) - Mayberry]
Weekend lepas aku abiskan dengan bermain Wii. Akhirnya aku dah dapat main Wii kat rumah. Remote takde sebelum nih, so tak dapat tukar channel ke video mode. Koman punya tv. Nama jer Toshiba, tapi nak tukar ke mode video pun nak kena guna remote. Terpaksa aku perabih duit beli remote control yg memang untuk tv nih. Universal remote control? Takleh pakai. Tak support model tv nih.
Tadi (semalam sebenarnya, tapi disebabkan aku tak tido lagi, perlukah guna semalam?), aku jumpa supervisor. Tapi tak sempat nak sarapan. Er.. bukan tak sempat, bangun tadi terasa malas nak makan. So, aku terus … [break call parents]
..
[dah abis call parents]
Alhamdulillah, mak aku dah macam okey. Ayah aku excited jer. Dia memang suka berjalan-berjalan nih. Dia macam tak risau pun fasal tak reti cakap omputih. Agaknya aku turun dia la bab-bab belasah jer jalan-jalan nih.
Mahadi, mak aku dah suruh hang masak apa-apa untuk bawak bekal turun London. Nanti bleh boh dalam peti ais dalam hotel. Oh ya, Mahadi akan ikut aku turun London untuk jemput parents aku.
Oh ya (lagi), aku punya konvo 16hb. One of the reason ma parents comin’. Tapi seriously aku tak excited bab tuh. Parents coming to UK, I gotta be more excited (+nervous) about that. Tapi aku agak melihat ke hadapan (looking forward) untuk berjumpa balik dengan kengkawan Jerman dan Austria aku + Udy dan Seimon. Ooh, suddenly a rush came thru, reminding me of my life back in Brunel. Ooh, tetiba terasa rindu kat rumah lama kat Albert Road, tetiba terasa rindu mengayuh basikal di dalam kedinginan musim sejuk, tetiba terasa sejuk makan kepak ayam 3 ketul 1 pound dengan nasik siap masak, tetiba terasa rindu menyinggah kat Tesco Metro dekat rumah aku dulu, tetiba rasa rindu lepak-lepak kat bilik Chris, balik dari rumah Tahir lewat-lewat malam ~ aku yang nostalgik tetiba di kala 3.38 pagi.
Oh, apa yang aku stop sebelum call parents aku?
Oh, aku jumpa supervisor aku lagi hari ni (selalunya hari Khamis/Jumaat) tapi tak sempat abis bincang ari Jumaat lepas, so..
Hari ni aku duk berdiskusi dari kul 3.10 lebih kurang sampai 5.10 lebih kurang. 2 jam. Aku taklah kisah pun sebab perbincangan dengan dia menjana idea, tapi sebab aku tak sarapan/lunch, maka sedikit kebuluran rasanya.
Terus aku call Kak Nur, menagih simpati untuk makan. Kak Nur okey jer. Maka kenyanglah aku hari ni Kak Nur masak.
Finally I finished the editing. The Bruneian and Kak Dijah(Durham) kinda reminded me of those yesterday. So done today. Here is the video log for Hairi’s Birthday. We did play some games after eating but unfortunately I didn’t have it on video, I was enjoying myself and sending the happy aura to people who can receive it, so I didn’t bother to record it.Here it goes:-
Coz YouTube quality is sucks, so I upload the better quality on here.
Baru balik dari parti surprise Kak Nur. Surprise party saja. Hari tu birthday Hairie pun buat surprise party gak. Aku dah selamat menyembunyikan tarikh lahir dalam Facebook (baru jer buat beberapa saat lepas) dan tarikh lahir dalam Friendster jua. Dari segi keselamatan, sebenarnya agak tidak elok memaparkan tarikh hari lahir kerana bank-bank dan perkhidmatan (seperti telefon bimbit dan perubatan) menggunakan maklumat tarikh lahir sebagai pengesahan.
Tapi kalau cakap yang sebenar, aku tak berapa suka sangat special party for myself. Paling hebat aku pernah buat pun adalah secara kecil-kecilan dengan family atau gabung birthday dengan Shila, Kimi dan Kak Mariani (semua tadi pendebat USM).
Anyway, I am counting down the day. Mak dan ayah aku akan sampai dalam 7-8 hari lagi. Oooh, kinda nervous sebab nih kali pertama diorang datang UK, kali pertama diorang fly on their own.
Aku sedikit kaget pun ada. Yalah, nanti bila sampai di sini, diorang akan duduk dengan aku. It’s gonna be my responsibility and it’s a new place for me. I’m laughing at myself sometimes. As the youngest in the family, I never take care of my parents in my own place(as I had just came out of their shell quite recently). This is gonna be a nice experience eh.
Abang aku tergelak melihat manual yang aku sediakan untuk parents aku. Aku dah buat satu buku yang agak lengkap fasal penerbangan, dan bila sampai di sini. Aku masukkan sekali muka surat yang diorang boleh gunakan untuk minta tolong dari orang awam untuk mencari platform bagasi, balai ketibaan, gate dan sebagainya. Let’s see the sneak peek down here (4 pages out of 19 pages).
Lalu dari dapur tadi, lepas masukkan pizza yang baki ke dalam freezer, aku nampak lintah bulan menguek-nguek di atas lantai. Uh, musim panas sudah tiba. Kalau ikut kalendarnya, dah lama dah masuk musim panas. Aku jer terasa hari ni agak signifikan. Sebabnya, waktu balik dari tengok Narnia dengan Andros dan Kak Nur, kitorang terasa best sangat dengan cuaca. Rasa macam panas pukul 6.30 kat Malaysia. Aku cakap, ‘it is always like this in Malaysia’.
Andros sambung, ‘then I wanna be in that kind of place’. Tahir pun cakap macam tu jugak. Agaknya aku nih secara tidak sengaja menunjuk-nunjuk lebih. ‘Well, actually I always moan about the heat before I come to UK’. Sejak sampai di UK, aku lebih menghargai panas di Malaysia.
Malam nih pun tak sejuk. Aku pakai baju satu lapis dan tak pakai stokin. Aku harap cuaca nih berkekalan sampai bulan 9. Mak aku dah menunjukkan tanda-tanda positif. Dia tak fully healed, tapi agak okey. Aku dah minta kerusi roda untuk disediakan dia airport KLIA dan Bahrain (dua-dua transit). Sekurang-kurangnya kalau mak aku tak larat jalan, boleh lah ditolak. Kalau tak ada aral, 14hb ni diorang mendarat di Heathrow.
My parents and friends keep asking about my condition in the new house. Agak okey sebenarnya. Aku harap aku tak annoy Amirul dan Yusran sebab I’m always the worst in the house – orang yang menyemak rumah, basuh pinggan lambat-lambat, buat bising (tapi tak buat bising lagi kat sini). But for the moment, contact time aku dengan Yusran sangatlah sikit. Kul 5 pagi dia bangun prepare food, aku pun bersedia ke bilik tido untuk beradu. Kul 1 petang aku bangun, dia takde. Kul 8 atau 9 aku balik dari office, dia dah get ready nak tido.
Other than that, I’m all good. Oh ya, last nite I was kinda piss off with the doctor which my mom met. The doctor kinda went unethically and said harsh word to my mom. I was piss off to hear the story. First, I wish I won’t becoming such person if I ever get the title (not medical but you know what I mean). Second, nobody force him/her to becoming a doctor, it is supposed to be a noble job, and it is a noble job still, and he/she has just to get a grip and treat her patients better.
Ooh, tetiba terus terasa negative energy around myself (thanks to a friend of mine, I kinda dragged down to has sense to this kind of aura).