Out and About

BBQ

bbq

Semalam, orang-orang Malaysia Durham buat BBQ aka family day dekat Hamsterley Forest, dekat Bishop Auckland. Aku bawak mak dan ayah aku join sekali. Semalam pulak bukan main panas lagi, takde angin pun, jadi aku taklah risau sangat bila mak dan ayah aku duduk kat luar. Tak sejuk. Macam kat Malaysia pun ada.

Banyak jugak komuniti Malaysia kat sini. Semalam jer dah ada lebih kurang 15 family.

York

york2

york1Hari ni plak, kitorang gi York. Aku, parents aku, Kak Nur dan Kak Shifa satu kereta; Yasmin, Kak Dijah, the Bruneians – Nurul, Arni dan Zeah satu kereta.

Pergi York Designer Outlets. Tapi aku tak beli apa pun. Mak ayah aku ada la beli sikit-sikit.

Lepas tu balik dari York, sempat singgah rumah kawan Kak Shifa, Kak Uda, solat dan dijamu makan sekejap.

Sempat la berjalan dalam 45 minit dekat bandar York.

[Gambar: Mak dan abah kat York]

Pastu kitorang pun bertolak ke balik ke Durham. Sekarang nih dah musim panas, jadi gandum-gandum dan bunga-bunga kuning yang diorang tanam untuk dibuat minyak dah dituai. Banyak gak kitorang tengok jerami dekat tepi-tepi jalan digulung-gulung bulat-bulat. Macam dalam citer-citer kat Texas plak sikit-sikit. Aku geram. Rasa nak bergambar dengan jerami-jerami tersebut. Sampai jer dekat satu tempat yang kitorang terasa bleh park, terus park kereta dan keluar tangkap gambar.

Dan bleh tahan gak hasil-hasil gambar dia. And here it is:-

jerami1

jerami2


One Response to “Out and About”

  1. jue...big pumpkin says:

    ai….try posing cam2 kat sawah padi kat malaysia lak…ahaks..

Leave a Reply

See also: