Catching up

‘hws tok lang?’

‘tok lang is good’. Aku jawab lepas Ili, anak sepupu aku tanya. That’s been the questions people keep asking lately, and as it is asking about my parents, I would gladly answer.

Aku tengah catching up dengan study. Kurang sedikit masa untuk tengok Stargate sebab tengok-tengokkan parents aku. But hey, it’s a good thing!

It is easier than I expected. Mak dan abah agak cepat juga beradaptasi dengan cuaca yang sejuk. Hari pertama jer yang mak dan abah mengeluh banyak. Pastu, dah tak kisah dah melepak-lepak kat ruang tamu kalau tak buka heater pun. Aku jer yang selalu buka heater untuk diri sendiri. Aku masih tak tahan sejuk.

Minggu pertama mak dan abah di UK dah officially tamat semalam. Hari ni dah masuk minggu kedua dari 7 minggu mereka di sini. Kalau percutian aku kat UK, macam bila aku pergi tempat Abang Tra atau Mahadi, aku suka jer lepak-lepak dalam rumah. Janji diorang masak, dah cukup best dah. Tapi, takleh la nak buat camtu kat parents aku kan. So, untuk minggu kedua nih, schedulenya adalah seperti berikut:-

Isnin – hari ni, lepak rumah. Sebab semalam dah keluar
Selasa – esok, turun Newcastle untuk tengok-tengok barang, window shopping and charity shop shopping, serta membeli daging halal. Kak Shifa dan Kak Dijah Durham akan turut serta
Rabu – cadangnya waktu pagi, pergi ke Tesco besar, saja jalan-jalan situ sementara tak pulangkan lagi kereta sewa
Khamis – Rehat rehat. Aku kena jumpa supervisor lagipun
Jumaat – bawa abah gi solat Jumaat kat pekan Durham. Nak gi masjid pun adalah dalam 20 minit naik bas. Pastu kalau diorang nak join, ada Kuliah Tafsir/Hadis kat Bowburn. Aku baru first time nak pergi. Amirul berseloroh, ‘tahu la ko tak pernah pergi sebelum ni, takkan takut nak pergi sampai bawa parents kot?’. Macam masuk sekolah waktu first day plak.
Sabtu – Orang-orang Bowburn (lupa lak nak bagitau, tempat aku duduk namanya Bowburn, adalah banyak gak orang-orang Melayu kat sini) buat BBQ kat Newcastle. So pergi BBQ
Ahad – Join Kak Shifa and the gang ke York sebab Kak Shifa nak pergi shopping barang untuk kahwin. Dia nak balik kahwin.

Hmm.. not bad eh.


Leave a Reply

See also: