Restless

Jadual aku agak teruk sejak kebelakangan ni. Dah pukul 5 atau 6 pagi, baru tido. Pastu bangun dalam kul 2 macam tu. Hari ni awal sikit, pukul 1 petang. Mak dan kak aku tanya dalam sesi webcam 2 minggu lepas, ‘kenapa tak tido dulu, pastu bangun laa Subuh’ sebab aku bagitau aku berjaga tunggu subuh. (Mahadi pun buat camtu gak tapi dia bangun awal la, tak macam aku)

Aku bagitau kat famili aku, aku susah bangun. Nanti kalau dah tido, payah nak bangun, lagi tinggi kebarangkalian untuk termiss. ‘So, nanti kalau mak datang takpalah, mak boleh tolong kejutkan’, aku berseloroh, tapi turut memaksudkannya. Haha. Dah besar duk UK pun nak suruh mak kejut Subuh, aku pasti Kak Khalidah sedang mengutuk aku sedemikian rupa kalau dia sedang membaca perenggan ini.

Andros pernah cakap, terjemahan: ‘abis, tak rasa tak best ke bangun-bangun hari dah nak abis?’. In a way, agak tak best jugak. Tapi salah satu benda¬† best kat UK nih ialah cuacanya sejuk sepanjang masa. So, takde la rasa macam bangun kul 2 petang kat Malaysia di mana badan berpeluh dan rasa tak selesa. Aku pulak buat konsep macam nih, asal kerja siap lantakla nak tido kul brapa.

Minggu lepas turun London, aku tak banyak sangat buat kerja. Disebabkan malu sedikit dengan supervisor aku, minggu ini aku agak bertungkus lumus la. Dapat la perabih 5 paper dibaca dalam minggu nih, which I’m happy enough sebab nak habis 1 paper pun amik masa at least sejam. Aai..

Sabtu nih aku gi Bristol. A lil bit excited sebab tak jumpa lagi Abg Tra sejak sampai di UK (Mahadi dah jumpa 2 kali). Ish asyik jalan jer. Takpe takpe, nanti kena study gak kat rumah Abg Tra. Dan cam biasa, aku akan buat video log. Tengoklah ada drama apa plak ek. Peace..

Dulu waktu aku kat Brunel, aku ada gak buat sedikit video log. So, sebab aku tak tulis banyak minggu nih, aku boh sekali satu video lama. Nih waktu salji turun kat London dulu. 10cm tebalnya. First time in 10 years.

 


5 Responses to “Restless”

  1. ratu kamben says:

    Yuuuhuuu, I’m back..busy sikit lately..
    Akak takleh nak tgk video log hang kat opis sini sebab kena blok.
    Uhhhhh, hang nak pi lepak ngan Abang Tra? hang dah pikiaq habih ka? Akak rasa hangout korang akan jadi kurang drama dengan adanya abang tra…mesti sembang bab jiwa2 n bab cinta..bosan…kekeke
    Errr..ke korang nak buat pembikinan video klip ngeliat2, baring2..keke

    *wah terasa cam taip entry pulak…keke*

  2. mahadi says:

    wah…dasatnya ratu kamben kalini…

  3. Lutfi Amri says:

    Kak Dijah>> saya ketawa guling-guling membaca komen akak (metafora jer ek)

  4. muzem says:

    jalan, jalan, jalan & jalan selagi boleh, Am.. hehe
    aku pun wish satu hari nanti aku leh dpt tour europe. :)

  5. muzz says:

    Argh!!! i’m so jelous with you right now,bercuti sana sini..best jadi student kan..neways,msong okhlahoma really touchy touchy!!

Leave a Reply

See also: