Memori

Baru bangun tido dalam sejam lepas. Rasa sedikit kering tekak. Semalam selsema, hari ni dah berkurangan.

Aku terduduk di depan laptop, tak tahu nak berbuat apa. Bukannya tiada kerja hendak dibuat, tetapi otak ini tidak segar. Banyak sangat benda-benda yang difikirkan. Ada yang perlu, ada yang tidak.

Aku lemparkan ingatan ke beberapa tahun yang lampau. Tika definisi keriangan itu bila bersama rakan-rakan.

Sesuatu tempat itu istimewa kerana orangnya, kata-kata aku pada abang angkat Jepun aku, Ken. Dia turut mengulang beberapa kali dalam sesi emel kami.

Candi

Aku rindu akan Candi Pengkalan Bujang. Tempat bersantai aku dan rakan-rakan SMK Merbok selepas membeli makanan di pasar minggu. Beralaskan rumput dan sawah terbentang luas di depan mata. Tatkala mentari ingin terbenam, kami berkongsi kisah-kisah remaja. Sambil mulut menyuap mi goreng, keropok lekor atau bebola ikan yang baru dibeli.

Adakalanya lembu-lembu bermain riang di tengah sawah.

Matriks

Aku rindu akan hidup di KMPP. Pernah aku terfikir, aku mahu merasai kembali, bangun pada hari Sabtu di bilik lama aku, C1-2-15. Biasanya tiada siapa di bilik pada jam 9 hari-hari Ahad. Aku akan bangun dan mandi. Kemudian turun ke kafe mencari makanan-makanan baki. Habis makan, singgah sekejap di bilik tv, menonton Ninja Boy selepas tamatnya Dragon Ball.

Malam pula dipenuhi dengan acara menonton tv beramai-ramai. Dari The Mole, Roswell, 24, Survivor dan Charmed. Sebelum Piala Dunia merosakkan segalanya. Piala Dunia menyebabkan bilik tv dikunci disebabkan ramai yang ponteng kelas (is that the reason, I can’t remember but I love to put the blame on World Cup).

Aku masih teringat Awin berseloroh selepas mesyuarat Biro Akademik, ‘Cepat Am. Cerita dah nak mula dah tu’. Hehe

USM

Semuanya di USM itu manis. Biar kisah-kisah lara sekalipun, aku mampu mengingatinya sambil tersenyum. Bersantai di kedai mamak jam 2 pagi bersama pendebat; bergegas ke Gurney untuk menonton Cold Mountain bersama Mahadi, sedang itu kali pertama kami pergi dengan motorsikal, dan akhirnya berlari ke tingkat tujuh menggunakan laluan kereta (ingatkan macam BJ, kitorang masih innocent ketika itu).

Batuan di depan bangunan HEP menjadi tempat persinggahan aku dan rakan-rakan (Mahadi dan Naz) tika mahu bercerita, sambil melempar pandangan ke Jambatan Pulau Pinang (sekarang dah ada bangunan yang tiru KLCC tuh block).

Soalan

Kadangkala aku tertanya, kenapa segala yang baik itu tidak kekal selamanya. Biar Khalil dan Subaidah terus menjadi tempat persinggahan pada dinihari. Biar pagi Ahad itu dihabiskan untuk menjadi kanak-kanak di bilik tv. Biar batuan HEP itu terus jadi tempat persinggahan ketika sunyi.

Namun aku tahu, tanpa keadaan itu terhenti, tiadalah cerpisan pengalaman, yang tersemat indah di dalam memori.


8 Responses to “Memori”

  1. mahadi says:

    Variasi sebahagian kisah “Gurney” boleh dilanjutkan pembacaan disini.
    http://mahadi_ed.blogs.friendster.com/my_blog/2007/07/i_still_remembe.html

  2. ratu kamben says:

    kenapa akak rasa entry kali nih penuh dengan ayat2 novel? kehkehkeh

  3. ratu kamben says:

    er..abang angkat hang tu dah kawen belom? kekeke

  4. Lutfi Amri says:

    belom lagi kak dijah. lupa lak kak dijah suka lelaki jepun. hehe

  5. Emmy Hermina Nathasia says:

    suka entri kali ini. buat emmy teringat kembali kenangan dulu jugak. dgn senyuman, walaupun tak semua indah.

  6. awin says:

    eh, ada pulak watak awin?
    hehe..

    the memories were sweet, but never afraid to make more and more beautiful memories..ok.. =)

  7. Haldir says:

    br mula bc certa2 kamu…
    bc yg ats tu boleh menyebabkan nk dgr or nyanyi lag gradutiaon(friends forever) dr vitamin c…
    alih bhs lagu itu bule..? msti best…

  8. NS says:

    KMPP sekarang siap tayang LCD screen kat dataran pelajar masa world cup.

Leave a Reply

See also: