Istinjak

[Terpengaruh dengan budaya Malaysia, asal nak bagi lembut dengar, guna istilah arab]

Amaran: Post kali ini mengandungi unsur-unsur jijik yang tidak keterlaluan.

Aku bersembang dengan Andros tadi. Andros agak lain dengan orang British yang lain. Disebabkan dia campuran Columbia dan Cyprus (Greek), dia mempunyai pengaruh budaya asing yang agak banyak dan dia berminat dengar citer fasal budaya-budaya lain nih. Aku cakap kat dia lepas kitorang abih sembang, maksudnya, ‘kalau aku nak citer fasal benda nih kat orang UK, agak susah sebab kapasiti aku foreigner. Kebiasaannya bila kita pergi negara orang, baru kita berminat nak belajar(tahu) budaya luar.’
Bersembang-sembang fasal budaya Malaysia, aku terkeluar citer fasal orang Malaysia yang basuh berak guna air. Andros sedikit terkejut. Seumur hidupnya dia tak pernah dengar yang orang basuh berak guna air. Aku tersenyum. Mungkin tertawa sedikit. Bukanlah kerana merendah-rendahkan. Tapi rasa lucu pula dengan reaksi dia.

Aku pun cerita la in detail macam mana yang toilet kat Malaysia biasanya basah, jika dibandingkan dengan toilet kat UK yang sememangnya kering. Dan toilet kat Malaysia ada paip (tapi kat KLCC takde, hampeh).

So soalan dia berlegar-legar tentang ada sabun atau tidak, guna sabun ke tak. Aku cakap la yang kalau kat rumah memang ada sabun. Tapi… kalau kat tandas awam, memang takde. Ye tak?

Sabtu lepas Andros first time cuba makan nasi guna tangan. Dia dah belajar konsep orang Malaysia yang makan nasik guna tangan. Jadi terus bermain di fikiran dia. Abis, dah basuh guna tangan, makan nasik guna tangan, macam mana tu?

Terus aku bawak kuar konsep makan guna tangan kanan, basuh berak guna tangan kiri. Sedikit tersenyum. Benda nih kita belajar waktu kecik, orang UK takde belajar camnih.

Andros sambung lagi, ‘tak ker macam tak berapa bersih guna air’. Aku ketawa. Bukan sebab aku rasa yang cara kita lebih betul, tapi sebab aku fikir yang orang kita berfikiran macam tu jugak. Aku cakap, ‘ko tau’, tidak diterjemah kepada Bahasa Kedah, ‘aku sure yang orang-orang Malaysia (rujuk Melayu) fikir macam tu jugak pada orang-orang Barat yang guna tisu’.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama aku dengar pertikaian macam tu. Chris (kawan Jerman aku waktu kat Brunel dulu) pun pernah ragu-ragu kebersihan menggunakan air sebab mungkin diorang bayangkan lebih-lebih.

Aku tak menjawab soalan Andros tentang yang mana satu lebih bersih. Aku tinggalkan terapung soalan tuh. Aku sambung, sebenarnya kalau ikut agama, takdelah kisah pun (*bersyarat, tapi aku taklah terangkan in detail), pakai air nih lebih kepada faktor budaya sebenarnya.

Mesej aku mudah jer. Aku taknak lah nanti dia fikir Islam nih rigid, sebab memang takde problem pun nak instinjak guna kertas tisu, tapi orang kita jer tak buat (Rujuk sini).

Andros sambung, dia cakap kalau aku tak bagitau, rasanya entah bila la dia nak tahu fasal nih. Aku tersengih. Teringat aku bersembang dengan seorang kawan aku kat UK.

‘Weh, ko kat sini basuh guna air ke, guna tisu?’

‘Air la..’ Ok, masih mengekalkan jati diri Melayu dengan membawa botol air ke dalam toilet.

Teringat pulak bersembang dengan kawan-kawan aku kat Malaysia bila aku cerita fasal bawak botol air ke dalam toilet.

‘Cukup ke air satu botol kecik tu?’ tanya mereka, termasuk mak aku.

‘Pandai-pandai bajet la’, jawapan separa sentap, ‘guna tisu dulu pastu baru guna air’. Aku sambung menerangkan. Inilah namanya penggabungan budaya XD


4 Responses to “Istinjak”

  1. nuar says:

    x pelah, citer jijik pun. janji kita dah dapat nak sebarkan budaya kita..

  2. Kak Nur says:

    Salam,

    U are indeed, a great explainer. Well done!

    Boleh ku terbayangkan muka Andros yang terperanjat itu…hehheheh

  3. mahadi says:

    unsur jijik yg ditonjolkan adalah pada rating “agak keterlaluan”.tak sesuai bg yg membaca smbil makan, atau tgh kekenyangan sekalipun.

  4. Emmy Hermina says:

    a compromise

Leave a Reply

See also: