Bristol

abgtra‘Ader ke patut aku diattack dengan soalan-soalan teka-teki sesampainya aku kat piknik Bristol itu hari. Pastu keesokan harinya pulak diorang habis-habisan suruh aku ajar Matlab. Rosak percutian aku kali ni. Tak jalan ke mana pun, duk mengadap komputer jer. Malas ah nak turun Bristol lain kali’, bebudak Bristol, kengkawan Abg Tra mereka-reka dialog aku. Seperti biasa aku senyum jer.

[Gambar: Abg Tra sedang membaca suratkhabar. Er.. no need for explanation right?]abglie

Abg Lie dan Kak Wan (2-2 Bristol, kawan Abg Tra) tanya la aku sikit sebanyak fasal MATLAB. Luckily bebudak math USM memang belajar Matlab. So, ader la basic. Sebab memang bebudak engineering dan course-course lain pun kena guna Matlab nih. Kak Wan yang amik Audiology pun kena guna Matlab.

[Gambar 2: Abg Lie, kawan Abg Tra]

kakwanSo semalam, sehari suntuk gak la duk develop coding untuk program Kak Wan. Aku cakap kat Kak Wan, ‘jangan ar rasa bersalah plak’. Tapi lumrah orang baik, muka dia nampak sedikit bersalah sebab dia rasa dia kacau percutian aku kat Bristol. Aku sendiri menyoal-nyoal keikhlasan hati (wah, bab ajar Matlab pun nak kena fikir lebih-lebih ek). Aku cakap kat Abg Tra – sebenarnya saya ni (dengan Abg Tra, ber’saya’) taklah baik sangat. Bukannya rajin sangat nak entertain orang, tapi kalau orang tuh kena ‘gu’ dengan saya, saya betul-betul tak kisah’. Kak Wan meminati David Cook(turut merasa terharu dengan kemenangan beliau), layan Jyve V- Solo a tu lado quiero vivir (lagu tema Juana La Virgen), lagu Jac & Vince – Kau Muzik di Hatiku dan beberapa lagi minat yang sama = ‘gu’ la tuh. Walaupun baru je kenal, tapi bleh get along la.

[Gambar 3: Kak Wan memulakan Round 2 dinner]

Betul la kot. Sebab kalo aku ada rasa aura negatif, atau rasa kurang selesa, kurang la sikit semangat untuk menolong. bukansawahAku tambah lagi – tapi kira surrounding pun okey gak, bincang-bincang Matlab, pastu makanan dah tersedia. So, tidaklah terasa ‘lapaq macam nak pengsan’.

Mr Wan (juga kawan Abg Tra) duk suruh aku datang lagi ke Bristol. Katanya ada BBQ lak hari Sabtu nih. Tapi tak dapatlaa nak pergi memandangkan Bristol itu 5 jam jaraknya naik train.

Er.. Abg Tra, jemput la saya pergi lagi ke Bristol (aka tumpang bilik). Kalo tak jemput, saya crash down jugak!

[Gambar 4: pemandangan dari tingkap keretapi, waktu on the way balik ke Durham]


One Response to “Bristol”

  1. retu kamben says:

    wahhh…menarik percutian hang di bristol..eh, tra skang sudah maju..spek ala2 alternatif gitew..hakhak

Leave a Reply

See also: