Sesat ke Leytonstone

Aku masih di London. Mungkin berjaga terus sampai kul 7. Aku punya train bertolak kul 7 ke Durham. Dalam kul 5.45 pagi dah kena keluar dari rumah Fayaz sebab nak kena naik bas dan tube.

Anyway, semalam jalan-jalan di London lagi. Pastu gi dinner kat rumah Kak Sharidah. Nanti aku akan upload sikit gambar dan edit video kat London. Actually everything was fine up until I was on the way back to Fayaz’s house.

Matahari dan terbenam. Dalam kul 9 lebih dah waktu tu. Stesen tube yang terakhir ialah Stratford (Zone 3, Timur London). Nak gi rumah Fayaz kena naik satu bas. Lepas tunggu dalam 15 minit, aku pun naik bas.

Nak dijadikan cerita, aku tak cam kawasan mana nak stop, jadi aku pun turun lepas aku rasa yang aku dah sampai kawasan yang sepatutnya. Tapi lepas turun, aku sedar yang aku salah.

‘Oh, aku turun awal la nih’, fikir aku. Aku terus jalan ke depan sambil tetiba dapat panggilan dari Fayaz. Dia kata aku stop agak jauh. Aku bagitau dia, ‘takpe, aku okey’. Aku pun jalan jer la. Sebenarnya bukanlah aku tak biasa sangat dengan kesunyian kat pinggir London nih, tapi hati aku dah mula rasa tak sedap. Ada aura negatif sedikit kat sekeliling.

Dulu kat Uxbridge (Zone 6, Barat London), walaupun aku balik dalam kul 11 kadang-kadang dari rumah Tahir, tapi aku taklah terasa macam tadi. Tadi pun dalam kul 11 gak. Dah jalan dalam 5 minit, aku tersampai kat satu tempat nama Leytonstone. Aku tahu yang aku dah sesat teruk sebab Leytonstone tuh bukannya berada di antara rumah Fayaz dan Stratford. Aku confuse sekejap.

Aku call Fayaz dan dia bagitau yang aku terlajak. Terlajak? Aku ingat aku stop awal. So aku bergerak ke arah bertentangan la nih? Aaah.

Aku patah balik. Lintas jalan ke sebelah sana kalau-kalau boleh naik bas bernombor sama ke arah bertentangan.

Keadaan sekeliling tidaklah sunyi sepi. Ada kedai yang masih buka walaupun pukul 11. Timur London memang macam tu. Otak aku agak negatif sedikit sebab cerita fasal salah seorang pelakon Harry Potter yang ditikam mati kat London masih terngiang-ngiang kat kepala. Berita top dalam surat khabar kat London. Aku terus berjalan. Kawasan sekeliling berlampu tapi masih agak gelap. Tak banyak orang kat jalan. Dah lewat kan.

Aku melintasi Balai Bomba Leytonstone. Tiba-tiba, ‘pooop’, ada benda jatuh atas belakang aku. Kena bawah sikit dari tengkuk. Aku terkejut. Aku menjerit sedikit, dan berlari cepat dari tempat tu. Aku tengok belakang, tapi takde apa. Aku terus lari sampai aku rasa aku dah jauh sedikit.

Aku pegang belakang, agak melekit. Aku cium, takde bau apa. Err… buah kot. Tapi cam tak logik la pulak, mana ada buah kat pokok-pokok macam kat pinggir jalan London nih.

Pastu, ada bas sampai dan aku terus naik. Sekejap jer lepas tuh, aku sampai balik ke kawasan rumah Fayaz. Selamat sampai. Masuk rumah. Rasa lega sangat.

Aku tanya Fayaz, ‘Is there anything at my back?’.

‘No man… [pause seketika] ah, there’s an egg’. Aku baru tahu. Aku tanggalkan coat aku dan baru tahu yang ada telur dengan kulit yang melekat kat bahagian hood. Ni ader la kerja orang-orang mencampak ni. Maybe dari atas bangunan sebab takde pun orang kat belakang.

I dunno, but this practical joke is kinda scary. Whether it came from a kid or a hater, it made me feel a lil bit insecure. Aaah…. [sigh], harap-harap tak jadi lagi la..

[Untuk berita fasal pelakon Harry Porter tuh, rujuk sini)

 


5 Responses to “Sesat ke Leytonstone”

  1. Emmy Hermina says:

    i hope that you will remain safe. i hope that nothing bad will ever happen to you. i hope that you will continue to do whatever u want do regardless of the surroundings and experiences you’ve had.

  2. raft says:

    sory ar. Mula dari “Tiba-tiba, ‘poooh’, ….” akak dah tegelak kerana membayangkan lakonan seterusnya. T.K. dapat gelak percuma

  3. nuar says:

    HUHUHU.
    nasib kena telur jer…
    ahahaa

  4. Lutfi Amri says:

    Emmy, yup i’ll do that. i dun wanna live life in paranoia.

  5. dayang says:

    hehehe…kelakar pulak…

Leave a Reply

See also: