Sakit Gigi di UK

8.40 pagi, waktu UK. Giler awal aku bangun hari ini.

Post kali ini didedikasikan kepada rakan-rakan di UK – Mahadi, Abg Tra, Kak Nur, Amirul etc dengan ucapan, harap-harap korang tak sakit gigi ketika di UK. Tapi kalau sakit gigi, nih aku nak share apa yang patut dibuat. Thanks to Putri(Durham) sebab bagi maklumat awal.

Kalau sakit gigi kat UK nih, agak teruk sikit la. Kalau nak pergi klinik swasta, ada yang caj dalam 40pound untuk rawatan keseluruhan merangkumi tampalan etc. Kalau tak kisah duit habis (baca: makan 8 hari tuh), bleh la gi swasta. Kalo tak firstly, call NHS Direct.

NHS Direct +44 (0) 1912186940  [Ini untuk kawasan Durham jer]

Semalam aku call NHS Direct. Konsep dia cam jumpa Dr la jugak, tapi semuanya buat secara online. Dia tanya fasal condition gigi etc. Dan selagi kes tak teruk dan di bawah emergency, diorang takkan suruh datang hospital untuk rawat gigi tuh. Macam kat Klinik Gigi USM la jugak. Diorang suruh aku makan Panadol. Dan kemudian dia bagi beberapa nombor telefon untuk dihubungi.

Aku dapat 3 nombor telefon, dan waktu buka. Dia suruh call awal-awal pagi untuk buat appointment.

Jadi semalam aku tido awal. Sebab ngantuk, bukanla sebab nak bangun awal untuk buat appointment.

8.30pagi, terus aku call satu klinik nih. Dan dapat la buat appointment, tapi Khamis minggu depan. Wah, nak kena parah dulu ke baru bleh gi klinik. Erk..


2 Responses to “Sakit Gigi di UK”

  1. mahadi says:

    tu dia…..

  2. huda says:

    adus sakit gigi…yg la sakit yg susah nak tahan….sabar la am

Leave a Reply

See also: