Kemas

Soundtrack hari ini: No Air (Jordin Sparks & Chris Brown)

Hari ini sangat penat. I do not know why. Mungkin sebab semalam tak boleh tido sampai pukul 5 pagi, jadi impactnya sampai hari ini. Lepas makan tadi dengan Kak Nur, Amirul, Kak Shifa dan Kak Eli (2-2 ni baru jumpa ari ni jer), terus aku tido.

Sesi 1: 10 – 11 malam.

Sesi 2: 11.20 – 1 pagi.

Sekarang ni peralihan antara musim bunga ke musim panas. Hari Isnin, 2 hari lalu, aku pergi tengok Iron Man dengan Kak Nur dan Andros. Andros bawak 2 orang lagi kawan Jerman dia join kitorang. Suhu petang tu agak baik. Dalam 14 darjah, tak sejuk sangat. Tapi hari ni sejuk pulak.

Flashback ke hari Isnin lepas.

Knock knock. Aku mengetuk pintu bilik Andros.

‘Come in’, aku terdengar suara dari dalam. Aku membuka pintu.

‘So Nur told about the movie. Are you going at 7?’ lebih kurang macam tu la aku tanya lepas greetings. Mata aku seperti radar melihat bilik Andros untuk kali pertama. Giler kemas. Sangat-sangat kemas.

‘Okay, when you’re leaving, knock on my door, we’ll go and meet Nur outside of her building,’ aku bagitau Andros untuk kali kedua lepas conform nak pergi.

Setengah jam sebelum pukul 7, aku pun mengalihkan baju-baju yang tersepuk atas kerusi ke atas katil (alih sikit jer), susun pinggan mangkuk kat rak (pinggan mangkuk simpan dalam bilik sebab malas nak tinggal kat kitchen takut sesapa terguna plak. Bukan kedekut, tetapi disebabkan diet makanan yang berbeza, I hope you guys know what I mean), kutip kertas-kertas atas lantai. Okay laa. Masih tak kemas, tapi kemas la cara aku, which is still messy (Mahadi, care to certify as an ex-roommate?). Terpaksa kemas sikit, sebab terasa segan plak nanti kalo Andros tengok bilik berkelabung (kelabung : (Bahasa Kedah) bersepah)

Flashback ke pukul 5 lebih hari ini. Amirul datang bilik aku. Amirul dah duduk kat Bowburn, kat luar. Dia masuk dia cakap, ‘eh, macam dah kemas sikit.’ Waaa, thanks for noticing! Ha ha.


2 Responses to “Kemas”

  1. mahadi says:

    Amirul seakan menjelaskan segalanya.
    Keadaan paling kemas kot setakat ni…

  2. WaReMoN says:

    Err..ape dah jadi ngan blog ang yg ari tu punya? dah tukar layout ke or tukar completely?

Leave a Reply

See also: