Hujan

payung1

Asal hujan jer, lagu Umbrella. Tak best tak best. So;

[Soundtrack hari ini: Daughtry - What About Now. Listen to the the mood of this song - kinda melancholic]

Hujan renyai-renyai turun sekejap membasah bumi Durham selepas aku balik dari Tesco. Takdelah plan awal pun nak pergi Tesco. Waktu Andros tengah menjamah dinner dia dalam pukul 6 petang, aku tanya la sama ada dia nak pergi Tesco atau tidak. Semalam hari Khamis. Bas ke Tesco ader setiap Selasa dan Khamis.

Andros macam tak kisah. Aku pun macam tak kisah jugak. Last-last kitorang bercadang nak pergi (macam mana tuh?). Aku bagitau Andros, ‘I don’t mind going to Tesco. It is my happy place’.

Kak Nur pesan ikan haddock. Aku pulak cadangnya nak beli periuk dan oven tray jer, alih-alih makanan-makanan tidak berkhasiat seperti dorritos 18p pun aku capai (Ya Abg Tra, saya amik sebab murah, tapi pisang masih amik yang 1 pound 6 biji, sebab nak bagi tahan lama).

Hari ini aku dah recover mood dan energy. Agak kepenatan dari balik dari London itu hari. So what’s next? Melepak kat bilik dan hanya ke school sehingga 6hb untuk simpan duit. Pastu 6hb nak gi Bristol lak (lawat Abg Tra). Jalan lagi..


Leave a Reply

See also: