Gigi dan periuk karen

Sakit gigi. Tak brapa teruk, tapi agak terasa. Dah minta nombor dental dari Putri (Durham gak) tapi Putri kata kena call hanya pada pukul 8. Memang klinik kat UK camtu. Nak buat appointment hanya pada waktu pagi jer dulu waktu aku kat London. Kalo call petang, diorang cakap, sorry takleh buat appointment waktu petang, sila call semula esok pagi.

Lagu baru Jesse Mccartney sangat tak best. Aku download dan dengar. Erk.. Satu lagu jer yang okey, yang lain suma menyakitkan gigi lagi jer.

Aku dah sampai di Durham kul 2 lebih tadi. Bawak balik periuk karen dari Dundee. Zahiruddin (Master x-Bristol, PhD Dundee, aku kenal kat BTN) bagi sebab dia dah beli periuk baru. So, periuk karen bleh masuk dalam list la benda yang aku tak pernah beli. Dulu waktu kat Brunel, sorang bro PhD bagi sebab dia dah tak makan nasik. So, aku memang gunakan sepenuhnya waktu kat sana. Nih waktu kat sini, aritu macam cadang nak beli. Alih-alih dapat free jugak.

Lagi satu benda yang aku tak pernah beli ialah wallet. Waktu Form 1, first time guna wallet, kak aku beli. Tahan sampai Form 5 gak. Pastu Kak Shimah (kawan kak aku, cikgu SMK Labu Besar) bagi, aku guna sampai abis Master. Lepas abis Master, dapat hadiah gak. Selagi orang yang seterusnya tak bagi sebagai hadiah, aku akan guna wallet yang sedia ada demi menyimpan rekod. Ahaks


Leave a Reply

See also: