Archive for April, 2008

Baru Balik dari London


2008
04.21

Mahadi, Abg Driss (yang hang kenal kat BTN) tinggalkan komen dalam post aku bertajuk Durham. Dia suruh pesan kat hang,

‘dah putih la ni noo.. pipi siap kemerah merahan lagii..’. Ha ah, aku pun nak cakap macam tu dalam blog gak. tapi terlupa. Nasib baik ada third party yang peringatkan.

Well, that’s about Mahadi. Kepada pembaca-pembaca blog aku, sepatutnya korang dah terbiasa dengan watak-watak sekunder dalam blog aku nih. Macam Mahadi – kawan Sekolah Menengah Merbok yang sekarang ni buat Master fizik kat Dundee yang mana kulitnya semakin cerah sejak duduk kat UK sampai pipi jadi merah. Sentap.

Watak-watak lain merangkumi Abg Tra – budak debat USM yang sambung Master kat Bristol. Memang sudah sedia berkebolehan untuk blushing sejak dari Malaysia, so agaknya beradaptasi dengan lebih cepat kot di UK (tak jumpa lagi sejak sampai, so takleh judge); Tahir, kawan aku kat London – dulu satu kelas waktu Master, dia memang lahir kat UK dan berketurunan Pakistan + India. Amirul dan Kak Nur plak orang Malaysia yang ada kat Durham nih.

Kalau kat Malaysia pulak, selain dari keluarga asas aku yang tak berapa besar, korang patut kenal Kak Khalidah – teman seper’keji’an, dan Kak Dijah – teman seper’keji’an online yang aku belajar menggunakan perkataan ‘sentap’ secara meluas daripada dia. More character will be revealed as the story goes just like one you read in novel, I hope:)

Aku baru je sampai dari London. Naik bas pukul 11.15 semalam kat Victoria Station, sampai Newcastle dalam pukul 5.30. Bukan main sejuk lagi kat stesen Newcastle. Aku dah mula berniat untuk amik teksi bila sampai Durham. Bukannya apa, teruk jugak kalau nak tarik beg berat ke stesen bas dari stesen keretapi etc.

Tapi, bila sampai kat stesen keretapi Durham, dan teksi tak muncul-muncul tiba walaupun selepas aku minum coklat panas dari Costa, aku tarik la beg berat tu ke stesen bas. Nasib baiklah cuaca dah kurang sejuk. Tadi kat Newcastle aku menggigil macam apa lagi. Mula la terfikir, boleh ke guna pepatah ‘alah bisa tegal biasa’? Takkan nak duduk kat luar bilik nak bagi biasa?

Aku mengambil balik barang-barang dari London. Dulu waktu nak balik Malaysia, banyak sangat baju-baju yang ada sebab aku sempat balik lepas 6 bulan dulu, dan angkut lagi barang-barang. Ni kiranya turun London nih sebab tu la (er.. maybe juga disebabkan nak tengok Simple Plan).

Semalam, Tahir duk mencari-cari barang yang aku tinggalkan.

‘Is this yours?’ Tahir menunjukkan 3-4 helai baju.

‘Nope, not mine. It must be Chris then’, hari tu Chris pun lepak rumah Tahir gak lepas abis semester. So, adat orang merantau, banyak la benda-benda yang takleh nak dibawa balik.

‘Oh yeah, he asked me to just throw it away’, Tahir teringat.

‘No no, don’t throw it away, just give it to me then!’, aku mengambil lalu memasukkan ke dalam beg. Rasa rugi la pulak nak buang t shirt macam tu saja. Boleh pakai lagi. Sekurang-kurangnya t-shirt Chris nih style dia lain sikit. Kalau nak harap aku pergi beli t-shirt macam tu, susah sikit la. Aku punya taste of clothing agak decent and nerdy.

Blue Water Shopping Complex

Blue Water Shopping Complex – the 2nd largest shopping complex in Europe.

Dalam BlueWater. Mula-mula Barnye bergambar. Pastu Barney makan budak itu:)

Simple Plan


2008
04.19

Sebenarnya turun London kali ni sebab nak tengok konsert Simple Plan (Kak & Abang, jangan bagitau mak yek).

The concert was fine. Dia buat kat Astoria, sebelah Tottenham Court Station. Tahir dengan kawan-kawan dia tanya camna? Aku jawab, ‘It’s too loud’. It was. I’m more into Westlife pop kind of music. So, punk/rock nih agak bingit sikit la.In the concert, I mean. Anyhow, they were still rock!

Antara lagu yang diorang cover – Addicted, Love is A Lie, What If (my favourite song from the latest album), Jump, Thank you, When I’m Gone, Shut Up, Perfect etc..

The drum sound was too loud, I hated it. But Pierre’s voice was well-mantained throughout the night, so it was good.

Anyway, aku lebih enjoy lagi pengalaman aku ke CD Signing!

Dalam laman web diorang ada bagitau yang CD Signing juga pada hari yang sama. Katanya wristband bleh amik percuma kat FOPP (Kedai Muzik) Covent Garden mulai 8 pagi. Semalam dah tido pun kul 4, rasa malas sangat nak bangun awal. Aku pergi dah kul 3 petang. Ingatkan dah abis wristband tuh, rupa-rupanya ada lagi. Signing kul 6.

Tengah, beratur, aku jumpa dengan Megan, seorang Chinese UK yang juga peminat Simple Plan. Ingatkan nak suruh dia tangkap gambar aku. Tapi dah sampai kat depan, tak leh amik gambar. Tapi dapat ler signing. Aku minta diorang sign atas cover single When I’m Gone yang baru aku beli dan jugak atas DS aku.

Everyone of them were nice. Kinda asking of ‘how’re you doing’. I shook Pierre’s hand. Really unfortunate that I can’t take pictures. But below is the aftermath of the signing. And a video of me going for the signing.


Apologize


2008
04.18

I just woke up. Dah kul 12 pun. The room felt strange when I started to open my eyes hours ago (sebelum sambung tido), coz

I’m back in London! London, baby! (teringat gaya Joey dalam Friends sebut).

Aku sampai semalam dalam pukul 8.25 kat Victoria station. Pastu terus pergi rumah Tahir, lepak makan sana. His mom was there as usual so I was having a good food. Mungkin setip minggu aku kena pergi tempat2 yang orang tau masak kot – macam minggu lepas Mahadi masak, minggu ni rumah Tahir. Abg Tra pandai masak tak??? (Memikirkan sasaran seterusnya).

Semalam cadang nak tido awal sebab letih tapi akhirnya melepak sampai kul 4 pagi. Aku tido rumah Feyaz. And this is what we do:-

 

Mahadi, you can do the ‘yeah, yeah’ thing and we called Mahadi feat Amri. Lol.
 

I’m fine


2008
04.16

“There’re too much things that I have in mind but I can’t write. It is too weird to write in here. I dunno. Probably after some time, I will have the courage to share…”

That was what I wrote in my earlier post (Refer Scream). Now that I had the courage to write about it, I feel like sharing.

It is kinda annoying-funny experience when one of my friend made a guess out of it. He started to give some advice through email. Man, you were so wrong and you are over think stuff. Such a guy!

Actually the issue was pretty simple. I was lonely. I was feeling bad and lonely while I wrote that post.

Very simple case explanation, Mahadi went home to Dundee, I was left alone. There was no internet in my room and I had just arrived. And honestly, it is hard to admit that I was lonely. Basically because of my man ego had run the show. But more importantly telling people I close with and strangers on the net of how lonely I was, wasn’t a good idea.

I was torn. I didn’t want to admit my loneliness as I had to show some strength especially to my family. Letting them worried should be the last thing I do. Especially when I am this faraway and the remedy of the loneliness is not for them to seek for.

I was also hate getting the motivation. My man ego (again) said that getting the flowery motivation is a sign of weakness. I always appreciate friends commenting, especially Emmy who always write good things on my blog comment. But still, I had some ego. That was why I didn’t want to write.

I’m writing it right now because I cope very fast!

I am now living alone in my room, sleeping alone (sure laa kan), and cooking alone. Just eating with Hannah Montana or Bree Van De Kamp, or sometimes Brooke Davis (Sophia Bush). That’s all about it.

I woke up, living the same routine of eating, reading journals/papers, answering call of nature, etc BUT; I feel alright.

Alhamdulillah, I feel very fine! It is cold outside, and I only went out to Porters Room in Fisher House for the last 3 days which means I didn’t go out at all, but I feel fine. I imagine me living in here doing the same things for 3 years, struggling more and more; but I feel fine about it.

Alhamdulillah, I feel fine.

I had just remember me sitting on the swing at my house in Merbok with Anuar. We talk about his wife, Ros who currently living in Langkawi (teaching) while he’s in Merbok (Bendang Dalam actually). I said, ‘you gotta feel lonely, aren’t ya?’. And he said, ‘yup, but it’s you know when you are on the prayer mat, making wishes and prayers. That’s when it all matters. Being closer to Him’. Sort of like that. I already forgot.

And I thank Him for making me coping very quick. Hopefully I will be as energetic as I am now, for the next 3 years. Amin..
Dinner is ready. Gotta grab some plates:)

New Printer


2008
04.16

So, I get myself a new printer. Baru jer pergi amik kat Porter House. Hari tu beli online waktu Mahadi ada, patutnya sampai hari Jumaat, tapi sampai awal pulak. The price is quite fine. Like 35 pound which is around RM250 excluding postal price. Dalam 5 pound untuk penghantaran. 5 pound is good enough considering that I gotta spend nearly 2 pound already for bus to Durham, and then surveying and waste some time in the coldness of spring which I hate cold. So, stayback in the room, do some clicking on the net is very fine enough:)

Bilik air


2008
04.14

Baru lepas berbual pendek dengan Andros. Andros tinggal sama wing dengan aku. Kat Durham ni pelik sikit. Walaupun aku dah tanda kotak ‘living in same gender’ (that sort of), tapi sebelah bilik aku ialah budak perempuan China. Kat wing aku, ada 2 perempuan dan 2 lelaki (termasuk aku).

Disebabkan aku nak berjimat sikit (dan duit yang dijimatkan itu boleh diperabih dengan benda lain), aku amik ‘standard room’. Kalau bilik ‘en-suite’, ada toilet dan bilik air dalam bilik. Tapi disebabkan aku rasa rugi bayar beberapa pound lebih hanya untuk ada toilet dalam bilik air, maka aku amik la standard room.

Tak sangka plak bercampur camnih, so share la bilik air dan toilet. Okla sebab aku lelaki, so tak la susah sangat nak masuk gi mandi. Malas-malas pun, pakai towel jer. Tapi kengkadang aku bawak baju sweater ke dalam bilik air. Bukan la sebab segan apa, tapi sebab sejuk sangat bila keluar bilik air. Pemanas kat hallway tak brapa panas sebab ruang besar.

‘Abis Kak Nur tak susah ke pergi bilik air?’, terus aku bertanya selepas aku beritahu yang budak sebelah bilik aku budak pompuan.

‘Taak, akak bilik air dalam bilik’, Kak Nur menjawab. ‘Tapi kebanyakan yang duk sebelah bilik akak, budak-budak lelaki’. Kak Nur amik en-suite. Tak berapa cekap la pekerja Durham nih. Kak Nur pun mintak aras yang same gender gak. Tapi ntah kenapa ntah.

Moral of the story: Kepada sesapa yang akan fly, check dulu penginapan tuh camna. Ya lah, kalo korang perempuan Muslim, kena share plak bilik air kat luar, susah la sikit (not impossible, just not comfortable enough) [Ini nasihat baik]. Tambahan pula kalau korang jenis orang yang freak out bila tengok lelaki tak berbaju [Ini sedang mengeji seseorang].

Scream


2008
04.13

Cuaca sejuk seperti biasa. Mahadi sudah pulang ke Dundee. Mungkin sudah tiba. Tidak pula aku tanya.

maakan.jpg Mahadi sempat memasak lauk sebelum blah. Udang masak pedas, ayam masak kari (Kak Nur bagi kuah separuh masak dia beli) dan sardin yang semalam masih lagi ada di dalam peti sejuk.

Sekejap lagi lah aku balik dan panaskan. Sempat juga aku dan Mahadi jemput Kak Nur dan Amirul datang makan bersama. Walaupun takde perancangan awal, tapi dah terasa cam nak masak banyak mata, jadi lah ‘welcoming lunch’ sikit.

malaysian.jpgInternet masih belum dapat dalam bilik aku. Kabel yang compatible pelik sikit. Esoklah pergi amik kat ITS (Information Technology Service).

Semalam aku pergi jalan-jalan dengan Mahadi ke Newcastle. Pergi beli dalam 3 kg lebih ayam halal. Malangnya takde kedai daging halal kat Durham ni. Majoriti populasi orang kat sini ialah orang putih. Walaupun banyak juga student Muslim kat sini, dengar kata orang Malaysia jer dah 70 orang, tapi penduduk tempatan tak banyak yang Muslim kot. Katanya tak lama lagi diorang nak buka kedai daging halal. Let me just wait and see. Kalo tak, terpaksa la ke Newcastle yang takla berapa lama naik keretapi (12 minit jer) tapi tambang laa mahal.

newcastle.jpgI started to miss Malaysia. Walking around Newcastle under the coldness of spring (spring suppose to be quite warm, but it is UK, so…) made me remember of the reason I stayed most of the time in my room when I was doing MSc.

Images of friends, family and Pumpkin Racers are playing in my head. I don’t feel really bad and it didn’t make me feel like wanting to go home. It is just some kind of fond memories I wanna keep with me.

There’re too much things that I have in mind but I can’t write. It is too weird to write in here. I dunno. Probably after some time, I will have the courage to share or else, let it be things I share with myself. And my good friends know that they don’t have to ask me of this matters.

newcastle2.jpg

[Gambar bandar Newcastle]

Durham


2008
04.12

Cuaca sejuk seperti biasa di Durham. Alhamdulillah, kali ni tak lah rasa begitu terkejut. Kebanyakannya di dalam jangkaan. Walaupun jarak Durham ke London lebih kurang 300 batu lebih, tapi perbezaan persekitaran tidaklah begitu banyak.

Dengan berbaju 2 lapis ditambah sweater RM35 yang aku beli di The Store Sungai Petani, aku pergi mendapatkan kad pelajar semalam. Laptop tetiba pening waktu aku nak suruh abang kat kaunter tuh tolong register bagi boleh online dalam bilik. Agak tertekan gak aku sebab memikirkan kemungkinan laptop ni pening sistemnya. Sebab buka kot Safe Mode, okey, buka kot normal mode, terus restart.

Tapi, Alhamdulillah, dah okey balik plak. Aku harap laptop ni terus okey untuk sekurang2nya 3 tahun akan datang.

Mahadi sampai di Durham dalam pukul 2. Aku pergi cari dia kat situ. Naik bas dari perhentian dekat dengan bilik aku ke Durham hanya mengambil masa dalam 5 minit. Tidaklah begitu jauh perjalanannya kalau nak berjalan kaki pun. Cuma, kalau balik semula ke bilik aku di Ustinov College, kena memanjat bukit. Maka, agak penat la kalau tak naik bas.

mahadi_aku_gates.jpg

Sesampainya Mahadi di Durham, terus aku ajak dia pergi shopping beli barang-barang untuk masak lunch. Habis banyak gak la duit beli beras, udang, sardin, sayur, minyak, kuali, bantal, biskut etc.

Pastu dah dekat kul 6, baru kitorang masak. Beli macam-macam last last kitorang masak sardin dan sayur sikit. Tapi Mahadi masak best. Sedap ar. (Thanks Mahadi)

makan.jpg

Satgi nak pergi jalan-jalan kat Newcastle dengan Mahadi. Kena beli garam. Semalam lupa beli, terpaksa pinjam dari bilik sebelah punya

Laptop


2008
04.11

Laptop problem la pulak. Lepas jer aku uninstall Kaspersky dan Mtorrent, tetiba bila masuk dalam laptop, terus keluar skrin biru dan restart. Waaa.

 Sekarang ni aku kat dalam bilik komputer kat bangunan IT Service.

Lagi 10 minit, aku nak kena jumpa supervisor aku untuk mulakan discussion. Pastu kul 2 lebih, Mahadi sampai kot kat Durham

Pagi Hari di Durham bermula


2008
04.10

‘Siapa yang buat ayat tu, tadi. Hang ka Am?’ Kak Khalidah bertanya sambil memandu kereta. Aku menoleh-noleh ke kiri, melihat klu-klu untuk jawapan soalan bagi tugasan budak-budak Pumpkin Race. ‘Taklah… Sham yang buat tuh. Saya swastakan bagi dia buat untuk game tuh’, aku menjawab.

Dalam pusingan pertama Pumpkin Race 4, budak-budak Pumpkin Race perlu menyahkodkan satu frasa. Sham, salah seorang krew memilih frasa berikut:-

‘Absence makes heart grows fonder’

Kata-kata itu bermain-main dalam kepala aku ketika di atas kapal terbang. I’m gonna miss a lot. I know it. 

Kat Penang Airport

Dalam pukul 10 lebih, akhirnya aku sampai di Durham, setelah penat ber’amazing race’ dari Penang.

hantar2.JPG

Penang – KL : Kapal terbang delay 1 jam, tak sempat jumpa abang aku dan famili dia yang menunggu aku di KLIA. Sepatutnya transit sempat, tapi sebab tertangguh, takdelah
2 jam

KL – Amsterdam : Perjalanan yang agak memenatkan. Aku tak dapat tidur sebab kat area-area Pakistan, turbulence agak kuat. Rasa risau sikit
12 jam

Amsterdam : Tunggu transit
1 jam lebih

Amsterdam – Newcastle : Naik business class tapi kerusi cam economy class jer. So, takder la apa yang menarik. Naik KLM (sekutu Air France)
1 jam 10 minit

Newcastle – Durham: Naik Metro (cam STAR), pastu naik First Great Western (cam LRT), pastu naik bas
30 + 12 + 5 minit

Pastu aku pun sampai kat Durham.

Kebetulan yang baiknya ialah aku terjumpa seorang Malaysian waktu nak pergi amik kunci. Kak Nur, buat PhD gak kat sini (kawan Faiza, UiTM) tolong-tolong aku daftarkan bilik. Pastu, aku jumpa lagi sorang Malaysian yang sama aras dengan aku kat Birch Hall – Amirul (buat Master Islamic Finance).

amirul_kaknur.JPG

Petang tadi aku gi jalan dengan diorang berdua (gambar di atas), gi daftar, jumpa supervisor, dan juga jalan-jalan kat Pekan Durham. Dan terjumpa lagi Malaysian – sorang lelaki dan Kak Khadijah. Banyaknya Malaysian kat sini…

 horlicks.JPG

Abg Tra, ader jer Horlicks kat Durham. Takkan la takde kat Bristol kot.

Internet tak dapat lagi, so sekarang tengah guna laptop Amirul. Sekarang 8.25 malam dan aku sangat letih. So, takde sebarang emosi apapun. Cumanya aku terasa sedikit ‘semacam’ bila terbuka drive D dan nampak folder Pumpkin Race. Aku tengok sekali lagi lagu yang aku rakam semalam – ‘Hello Beautiful’. Pun rasa semacam. Mungkin disebabkan badan dan otak penat, jadi tak la terasa sangat. But still…

absence makes heart grows fonder…