Baru hendak rajin…

… tiba-tiba baru terasa mahu check email Durham Uni. Baru tersedar sv hantar email, mahu postpone meeting ke hari Senayan.

Dia hantar pukul 2 petang tadik. 2 pagi baru aku balas.

Supervisor aku sangat cool. Kalau aku terasa mahu postpone (kengkadang sebab tak sihat, kengkadang sebab otak tak sihat, kengkadang sebab takde progress so malu nak pergi jumpa dia), aku akan bagitau dan so far memang dia cakap okey.

Kengkadang bila dia nak postpone meeting 30minit after atau 1 hour ataupun macam kes ni, 2-3 hari, of course la aku kena cakap okey jugak sebab dia supervisor aku kan. Although if I ever be a lecturer, I think I would not inherit this flexibility. Mesti aku cranky bila student tak ikut schedule aku.

Sedangkan mintak tolong Mahir pun macam aku bagi arahan dari seorang bos. Malu sekejap dengan diri sendiri.

Tapi mahu nekadkan hati, makan sekejap lagi, dan sambung juga kerja.

Bukan apa, dah esok cancel, mulalah aura mahu berlengah-lengah muncul.

***

Oh, tadi berbuka puasa kat rumah Abg Amir. Tengah nak makan nasik, tiba-tiba Syamil, anak Ustaz Yunus yang baru nak belajar berjalan berlari menerpa kat aku, mahu aku dukung. So, sambil makan nasik, sambil suap dia ayam. Sentap sikit sebab disayangi baby-baby (sekali lagi konsep perasan sendiri).

TV9, boleh tak nanti kalau saya nak balik Malaysia buat rancangan kanak-kanak dan jadi pengacara macam Blues Clues tu? Halim, ko jadi pengarah.


Hampir 4 muka

Aku bangun pagi semalam,.. eh, tak petang semalam dan aku terfikir, ‘ah, sudah hari Khamis’. But then aku teringat, ‘nope, baru hari Rabu’. Happynya sebab ada lagi satu hari untuk tidur takyah kunci alarm (iaitu hari ini hari Khamis). Esok jumpa supervisor aku pukul 3 dan kena bangun pukul 12 sebab Solat Jumaat.

Sekarang sudah pukul 7 pagi. Ngantuk gila lepas abis sahur tadi. Tapi aku merayau-rayau di web baca one of this comedy site, mata dah segar sikit, terus sambung writing. Tup tup, dengan ayat tunggang langgang semua, dah nak sampai 4 page. Alhamdulillah. Hari ini, which is probably malam nanti sebenarnya,.. or which is probably lepas tengah malam, akan touch up touch up dan esok boleh tunjuk kat supervisor dengan hati yang lebih sikit dari separa tenang.

Minggu ni betul-betul berlalu dengan lambat, which is really good! And rarely happen! (Sorry Syafiqah dengan statement nih, but if you are reading this, that’s where your time goes! Keke)

Really. I’m thinking again and minggu ini memang berlalu dengan lambat.

Sempat call mak aku 2 kali dengan bersembang yang panjang.

Sempat call kak akuĀ  2 kali jugak dan berbincang fasal projek video raya dan buku Personality Plus. Oh, tu pun 2 malam yang berbeza.

Sempat call Kak Khalidah untuk bergosipan pendek.

Sempat juga bergosipan dengan Syafiqah.

Sempat juga bersembang giler panjang dengan Mahadi dan Elly.

Sempat mengerah tenaga kepada Lembaga Pengurusan untuk tujuan lagu raya.

Haha, semuanya aktiviti sosial.

Tapi sempat juga hampir 4 muka, maka mahu terlompat-lompat gembira.

[Tambahan: Minggu yang tak efektif, tak call panjang-panjang, tak dan buat kerja, tup tup seminggu]

Alhamdulillah. Minggu yang efektif. Lega rasanya nak balik.. eh, lagi 4-5 hari.

P.S: Tanak bagitau tentatif flight sebab takut peminat tegar tunggu kat airport. Aku takde bodyguard. Eceh (bunyi Halim), perasan plop (juga perkataan Halim).

Selamat tidur.

Dan selamat pagi da-rem.


My own bubble

Last couple of days had been fun. Walaupun berbuka asyik tak best ja sejak 2-3 hari lepas. Nasi goreng tak menjadi. Terbeli beras yang kaler koko-koko tu, tapi bukan brown rice. Mak aku cakap beras usang. Mak aku tanya, ‘kenapa beli beras tu?’ Aku cakap, ‘dah tak besa beli, beli baru tau.’ Complaint. Sebab rega berasnya sama ja dengan beras putih tesco yang selalu aku beli (long grain). Tak beli basmati walaupun basmati kat sini pun lebih kurang sama harga. Sebab beras basmati katanya kurang kalori!

Walaupun nasi goreng tak menjadi, burger pun tak menjadi (sebab guna minyak bekas goreng ayam, tak sedap rupanya) dan tadi punya maggi goreng sangat so-so, tapi Alhamdulillah bersemangat.

Sampai ke dalam mimpi petang tadi pun (sebab bangun dah petang), ada 2 part.

Part I: Mimpi adventure. Entah apa entah,… jap jap, da nak ingat. Hm.. Something like I was driving! Ha ah, macam trip dengan kengkawan camtuh. Pastu ada part aku naik satu benda nih yang cool giler. Macam motor 2 tayar side by side macam dalam cerita yang bodyguard kat supermarket tuh, apa ntah nama ceirta tuh. Tapi aku duduk macam atas handle dia, macam unicycle.

Part II: Mimpi sedang buat pembentangan fasal buku Personality Plus. Satu pada sorang bos yang tegas camtuh. Dia tanya apa kepentingan untuk tahu personality orang. Aku pun jawab, yada yada yada. Tapi pembentangan tuh dalam Bahasa Inggeris.

Teringat waktu kat sekolah menengah, ada cikgu suruh praktis BI. Katanya biar sampai mimpi pun dalam BI. Oh cikgu, saya sudah berjaya mimpi dalam Bahasa Inggeris. Sayangnya tak ingat cikgu mana yang bagi nasihat tuh.

Anyway, keroyanan awal bulan lepas sudah dihandle dengan baik. So happy. Walaupun writing slow sikit, tapi okey lah..

Anyway (again), sekarang ni tengah buat projek lagu raya, yang so far paling banyak kolaborasi dengan orang lain. So far dah 6 orang terlibat dalam benda nih. Aku call mak aku bagitau fasal benda ni. Dia gelak ja. Dia pulak mereport yang Unik dan Najla dok rajin nyanyi lagu What About Now tuh.

Oh, and refer to previous post, I’m looking for pictures! Contribution is appreciated.

I asked you-who-I-gossip-on-FB, fasal how do I actually sounded in my blog. One of her comment is ‘hidup dalam dunia sendiri’. Haha, I like!

Oh, baru teringat, 2 tahun lepas punya lagu raya pun ramai jugak yang join sekali. So, tahun ini kena cuba beat! Ala.. tapi takleh la beat bilangan penyanyi… adeh


Picture needed!

Hi.

So, projek baru untuk video lagu raya akan on. Maka dengan ini, sesiapa yang mahu menyumbangkan gambar atau video, dialu-alukan.

Syarat adalah seperti berikut:-

1. Bukan setiap penghantaran akan dimasukkan ke dalam video. Kena pilih jugak bergantung pada sela masa.
2. Hantarkan ucapan untuk gambar mahupun video, serta lokasi pengirim dan nama.
3. Jika video, sila hantarkan link untuk video tersebut (dengan anggapan anda sudah upload di Youtube).
4. Gambar berlatar hari raya atau bertemakan hari raya akan diberikan keutamaan. Maksudnya kalau gambar tengah berposing makan kat KFC, kuranglah sikit serinya nak boh dalam video raya.

Hantarkan ke studypix@yahoo.com

Kinda need it before this Friday.

P.S: Silent reader dari Bowburn, sila-silalah menghantar juga:D


Merbok

So yep, Merbok is where I came from. It is not a popular place until UiTM Merbok was built up. Last time I was back home, I went to Pasar Malam Lembah Bujang where UiTM students roam around as one of their playground, I guess. And there’s one girl who notice me and later that night told me on my Amri’s FB page.

When I was a little kid, that area is rather scary. Not because there are bad people. Just because there’re not many people using that route.

Pepohon getah menyuburi kawasan dan lembu-lembu akan tidur bergelimpangan di tengah jalan. Biasanya tiap kali aku balik kampung, aku akan melalui Jalan Sungai Batu yang menghubungkan Kampung Bujang dan Kampung Tempoyak.

Jalan Sungai Batu? Nowadays people call it Taman Lembah Bujang. Dan sudah tiada lembu-lembu di tengah jalan seperti mana dahulu.

Where to go around Merbok? Candi Lembah Bujang or we called it Candi Batu Pahat. Ada sungai kat situ, so kadang-kadang pergi mandi kat sana. Or the infamous Tupah is just around the corner. It’s a nice place, but how unfortunate that some people think that it’s ‘a nice place’.

Go to Pasar Malam Pengkalan Bujang. Grab some food, and then make your way to Candi Pengkalan Bujang. Right after I finished my SPM, me, Mahadi of Dundee and some other friends are going to sit down by the paddyfield next to the candi and wait for the sunset and eat some food. Rubbish is to be brought back with you, okeh! Back then it was going to be study and future planning and gossiping about Ros and Anuar (which they are happily married now with 1 kid). Oh, also gossiping about ‘that girl will never be mine‘ jua. Haiyoh, boleh la Kak Khalidah tanya if I’m still thinking of her. Nah nah. Itu drama teenager which I’ve learnt a lot of it. One of the lesson? Love does not happened because you fight for it. Love happens.

I usually go to one particular mosque for Jumaat prayers and terawih.. er.. because it’s quicker than the other mosque nearby. Tapi saf dia selalu tak rapat.

Tanjung Dawai offers a very good belacan. And some overpriced ikan bakar as well, duh. But again, for a brilliant romantic setting of sunset, Tanjung Dawai is the place to be. Again, it was our pot of study and future planning and gossiping about girls. We’re guys, what do you expect?

Bendang berlatar gunung jerai

Senja di Tanjung Dawai

Deretan kedai kat Tanjung Dawai. Budu pun ada jual kat sini.

I love my place and I love Malaysia. Salam Merdeka


667

Rupa-rupanya dah 666 posts aku tulis dalam blog ini sejak April 2008.

Not bad. Purata? 23.7 post sebulan. Wah, hampir 1 hari satu post.

So within a week, I’ll be home, InsyaAllah. Half excited, half .. nah, probably excited more. Walaupun balik tak lama, but should be a nice holiday.

So Durham masuk Jejak Rasul season ini. Rujuk Episod 19 dan Episod 20. Waktu diorang buat pengambaran kat Durham, aku kat Dundee itu hari. Ada one of Malaysian suruh aku pergi masjid malam tu (ada shot diorang kat masjid dalam Episod 20), tapi takpelah jugak tak pergi. Ala-ala bila Jejak Rasul datang, baru nak nampakkan diri kat masjid, tak ikhlas sangat..

Tapi confuse sikit sebab diorang cakap surau. Kitorang biasanya panggil masjid, tapi maybe status dia aku pun tak tahu. Dan mari belajar pronounce Durham dengan betul! Tambahan lagi kepada sesapa yang nak bergosip seperti ini.

“Oh, ko kenal Amri tu?”

“Ha ah, dia belajar kat Durham”

So, Durham disebut begini (pronounced
/ˈdʌrəm/
, locally [ˈdʊrəm]) <– ini copy dari Wikipedia.
Iaitu da-rem (da seperti bunyi sebutan damai, dan rem seperti sebutan.. er.. rembulan)
atau katanya locally, du-rem (du seperti dadu, dan rem sekali seperti rembulan).

Jangan bunyi ‘h’! Silent h tuh.

So, mari menyebut tajuk blog ini dengan betul. Pagi Hari di Durham = pa-gi ha-ri di da-rem.


Sahur

2.46 pagi sekarang. Sudah makan burger 2 ketul. Tengah menunggu subuh.
Somehow, aku terasa yang Subuh sudah semakin lewat. Sekarang 3.38 pagi. Ironinya sebab sebenarnya 3.38 pagi tu dikira awal, tapi dek kerana terlatih start bulan puasa Subuh pukul 2.44 pagi, so sekarang dah terasa lewat.

Khutbah 2 minggu lepas, khatib cakap yang bulan puasa tahun ni di UK, semua orang memula nervous sebab waktunya panjang. Tapi once dah go through, taklah rasa sesusah yang disangka. Aku setuju. Alhamdulillah, walaupun hari panjang, tapi taklah terasa teruk bebenar. Tambah lagi, panjang-panjang hari pun, tak seteruk orang kat Pakistan yang dilanda banjir. Semoga mereka dipermudahkan. Amin.

Buku Personality Plus tu sampai semalam. Aku dah mula baca dan memang seperti yang dikatakan oleh kak aku, aku memang Popular Sanguine dan Perfect Melancholy, tapi berat kat Melancholy. Gaya penceritaan buku ini seperti orang-orang yang bergosip.

Penulisnya Popular Sanguine, dan suaminya Perfect Melancholy. Dia cerita, ada time dia ke pasaraya 7 tingkat dan terlupa dia parking kereta kat mana. So, ada mamat datang tolong dia, dan dalam pencarian kereta tu, 2-3 orang lagi datang tolong. Dia excited sebab dia make friends in a short period. Then, dia balik rumah dan beritahu pada suami dia fasal benda tu, all excited. Sekali kena laser balik, like, ‘I’m so ashamed of you.’ And dia cakap, dia expect suami dia untuk respond excited macam dia sebab her point was making friends, but her husband saw more about the forgetfullness.

Orang Popular Sanguine katanya, extrovert, social type of person, dan sometimes love to react childish. Perfect Melancholy on the other hand, lebih generic, planner type of people, a bit perfectionist.

And I’m between both of that. No wonder sometimes I love to say something childish or so-called innocent type of statement to attract attention; BUT in the same time I am really bugged by the people who are looking for attention. Clash up between Sanguine and Melancholy! Aiyo.

I think you who are with my red thingy is also Choleric+Sanguine; that other girl in Taman Gilesgate Jaya is Popular Sanguine. Zeah is obviously Popular Sanguine, but I haven’t read the other 2 parts yet to decide the combination.

Okeh. Nak kena ciao. Nak minum something sebelum waktu sahur tamat.